Sunday, October 10, 2010

Perangai Buruk: Minta Macam2, Tanpa Memberi Apa2


# Seorang Menteri minta PM/Kerajaan BN supaya jawatan Menteri partinya ditambah satu lagi untuk bagi jawatan tersebut kepada bakal Presiden partinya tahun depan. Otak udang punya Menteri! Kerusi Parlimen partinya pun boleh bilang dgn jari...ada hati mahu minta macam2! Ini sebab mahu `selamatkan' kerusi Menteri beliau....poooraahhh cittt!

# Parti satu ni, asyik menyalahkan PERKASA sebab katanya racism/perkauman dan minta kerajaan BN putuskan hubungan. Ini pun otak udang busuk...otak dekat kepala lutut! NGO bangsa mereka yang terang-terang `main kasar'...komen manusia spesis ini adalah ~ itu `demokrasi', hak bersuara...blah blah blah...Kalau kena batang hidung mereka, salahkan orang lain. Anjing sendiri buang taik, salahkan kucing rumah orang lain!!!

# Alkisah seorang Ketua Pemuda, alahai...kesian dan kesian...harap2 Pemilihan parti beliau akan datang beliau sudah tidak ada dalam Pemuda parti ini...Bukan apa, kesian sebab lagi lama dia jadi Ketua Pemuda...lagi lama dia akan terus-terusan perasan dia Ketua Pemuda yang hebat! Realitinya, dengan menang jawatan Ketua Pemuda pun menggunakan taktik `al-sogok'...siapalah yang mahu menghormati beliau. Lagi lama dia memegang jawatan ini, bimbang dia makin sewel...dengan pelbagai program mengarut dan idea basi beliau!!!


SALAM TRANSFORMASI...

No comments: