Thursday, February 23, 2012

SPBA & Penjawat Awam: Kerajaan BN Bakal Tumbang PRU13!


WT memang berhasrat menulis tentang beberapa perkara yang sedang hangat di pasaran. WT boleh memilih tajuk cerita Anwar & Israel, NFC & Shahrizat, UMNO (Sabah) Sdn Bhd dan sebagainya. Tetapi cerita berkaitan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebenarnya lebih menarik dan perlu dikecohkan agar kerajaan BN sedar dan mendengar denyut nadi penjawat awam! Itukan namanya `rakyat didahulukan!'. Bukan isu lain tidak `seronok' diceritakan tetapi biar saja kita tunggu masa yang lebih sesuai.

Sebelum itu, WT setuju sangat bila Datuk Musa Sheikh Fadzir kata kabinet kerajaan BN jangan ada sindrom bisu yakni diam membatukan diri bilamana mereka perlu bersuara untuk mempertahankan kerajaan BN. Asyik-asyik DS Najib dan TS Muhyiddin bersuara! Yang lain dah kena penyakit mulut kot...tapi mungkin juga mereka sedang mempraktiskan strategi `bermain selamat atau playsafe dalam politik'. Bermain selamat untuk menumpukan `kempen dan lobi' diri sendiri agar menjadi calon BN pada PRU akan datang dan dalam masa yang sama tidak mahu terjebak sebagai seorang yang bersuara `lantang dan celupar' menentang pembangkang. Matematiknya mudah! kalau pembangkang kononnya menang, masih ada peluang ikut serta puak pembangkang...tidaklah rasa segan sangat sebab tidak pernah `suara menentang' pembangkang diluahkan. WT rasa sebabnya ialah tidak mahir dengan isu dan menanganinya dengan pembangkang. Kemudian sebab mahu menjaga kepentingan diri sendiri!

Balik pasal SBPA. Kerajaan BN selalu `masuk perangkap samar' yang dipasang oleh pegawai-pegawai kerajaan sendiri. Kemudian ia menyebabkan keputusan flip flop...zaman Pak Lah memang selalu dah berlaku flip flop ni! WT sokong sangat CUEPACS menentang keras pelaksanaan SBPA jika tiada penyelesaian win-win situation. WT ada keluarga, saudara mara dan rakan taulan yang berkhidmat sebagai penjawat awam. Sokongan ini juga untuk mereka. 

Bagi yang tidak tahu, dalam SBPA struktur perkhidmatan terbahagi kepada 4 iaitu, kumpulan premier (KSN / KSU), Pengurusan Tertinggi (JUSA), Pengurusan & Profesional (Gred 41-54) dan Kumpulan Pelaksana (Dibawah Gred 41). 

Jika kita teliti jadual gaji penjawat awam mengikut 4 kumpulan tadi, berbanding dengan skim perkhidmatan sedia ada iaitu SSM. Apa yang kita akan dapat lihat adalah kejutan 1Malaysia! Disinilah mengapa WT mengatakan segelintir pegawai kerajaan sendiri yang `mencipta bom jangka' untuk kerajaan BN. Malang berterusan apabila Menteri kerajaan BN berkenaan pun mungkin main angguk sahaja. Soal main angguk sahaja, ini sudah dijangka dan pegawai kerajaan terbabit sudah tahu bahawa `idea mangkuk hayun' mereka ini tidak akan mendapat bantahan dari kerajaan BN. Maka, apa yang berlaku sudahpun dilakukan dan sedang berlaku...peningkatan gaji bagi kumpulan Premier dan kumpulan JUSA memang berbaloi-baloi! Manakala peningkatan gaji kumpulan dibawah mereka sangat menyedihkan. Jika `orang atas' naik sehingga 80%, `orang bawah' ada yang cuma naik beberapa % sahaja. 

Isu utama SBPA ialah ketidakadilan yang sangat kronik kenaikan gaji dari SSM kepada SBPA! Adil dan berbaloi-baloi untuk orang atas tapi orang bawah dapat sisa tulang dan sudah macam kucing kurap! Soalnya idea bernas dan brilliant siapakah SBPA seperti ini? 

Orang atas ini selain umurnya semakin lanjut dan ramai yang suka berlagak. Ramai yang tidak memandang langsung pun surat sokongan para YB walaupun bukan surat sokongan berkaitan projek! Ada sahabat kata, kerja mereka turun naik kapalterbang kelas 1, ulang alik oversea hadir seminarlah kursuslah..., kemudian chair meeting dan menu lunch atau dinner boleh pilih caterer mana nak!, arah pegawai kumpulan Pengurusan Profesional (Gred 41-54) buat paperlah, cadanganlah dsbnya then main golf! Yang lebih berbaloi-baloi bila ada dikalangan mereka ini bukannya naik pangkat dalam kumpulan Premier dan JUSA sebab bagus kerja tapi sebab jaguh bodek! Jagoan bodek bukan perlu pandai dan hebat pun dalam kerja...

Dikhabarkan bahawa sekiranya SBPA diteruskan tempohari tanpa bantahan CUEPACS, 2/3 daripada bajet untuk imbuhan-imbuhan dibawah SBPA adalah untuk kumpulan Premier JUSA tadi! Bermakna, cuma 1/3 sahaja untuk kumpulan `balaci' atau `orang bawah' yang dikulikan untuk buat segala macam kerja! Mungkin ada yang akan bersuara, bajet besar dan imbuhan melampau itu memang padan dengan fungsi dan tanggungjawab Premier JUSA. WT sangat setuju, sebab Premier JUSA yang otak bergeliga inilah maka SBPA yang ada sekarang ini bakal menjadi bom atom kepada kerajaan BN! Otak yang digunakan untuk meratah dan membalun sebahagian besar bajet untuk imbuhan kumpulan mereka. Sedangkan jumlah mereka lebihkurang dalam 4-5 ribu sahaja dalam kerajaan. Mudah kata, `aku boss, aku punya sukalah!'

Kerajaan BN jangan lupa bahawa kumpulan `balaci' yang cuma mendapat kenaikan kecil tadi berjumlah lebih 1 juta orang. Semua sudah akil baligh dan layak mengundi. Campur dengan sedara mara, rakan taulan....maka, AnuWar Israel tersenyum panjang sebab walaupun identitinya sudah bertukar kepada AnuWar Israel dan dibenci oleh orang Melayu Islam (majoriti dalam penjawat awam) tetapi AnuWar Israel amat yakin bahawa undi mereka akan beralih kepada blok politik AnuWar Israel. Bukan sebab AnuWar Israel itu bagus dan diterima sebagai pemimpin tetapi sebagai `protes' kepada kerajaan BN jika kerajaan BN mengambil sikap `bangang' dalam menangani isu SBPA ini! Kalau kerajaan BN rasa kumpulan otak udang bergeliga iaitu Premier JUSA seramai 4-5 ribu orang lebih berharga berbanding lebih 1 juta kumpulan orang bawah dan `balaci'...maka, bermula dari sekarang eloklah berkemas dari pejabat dan rumah milik kerajaan!

Kalau iya pun nak capai cepat status negara berpendapatan tinggi, agak-agaklah wahai kerajaan BN! Berapa ramai YB dari BN yang tahu dan memahirkan diri dalam isu SBPA ini? Kalau tak tahu macam mana nak tackle hati cikgu-cikgu kat kawasan, jururawat, kerani dsbnya. Jawapan skema yang biasa didengar, isu SBPA sedang dalam kajian semula oleh JPA dan CUEPACS. Nak lebih skema, jawapan beginilah - PM telah arahkan dikaji semula, kita tunggulah keputusannya nanti!....Fuyohhhhh! Ada berapa ramai YB yang melalak memperjuangkan kepentingan kumpulan `balaci' tadi? YB-YB ni memang tidor! Kalau tak tidor pun tengah sibuk kempen untuk promosi diri kekal jadi calon...dulu biasa dengar ada yang bertapa sampai Indonesia! 

Kalau (Yang pasti akan digunakan) pembangkang menggunakan isu SBPA untuk menyerang kerajaan BN, bukan silap atau salah pembangkang. Memang kerajaan BN sendiri cari pasal. Sendiri cari pasal, sendiri juga yang tak tentu pasal! Tak tentu pasal menjawab sana sini....angkara siapa? angkara penjawat awam `balaci' lebih 1 juta orang ke? Lagi satu nak bagitahu kerajaan BN, 4-5 ribu kumpulan Premier JUSA....yang dapat kenaikan ribu-ribu ringgit, ramai juga agaknya yang tak menyokong kerajaan BN! Silap haribulan, masa hari pengundian muka-muka Premier JUSA ni duduk rumah, kalau tak bawa family `honeymoon' kat oversea! 

Jangan ingat majoriti penjawat awam kumpulan `balaci' tadi, sebab kerajaan dah bagi BR1M RM500 maka dah cukup tutup mulut! 

Dengar khabar, pegawai yang berkaitan dengan cetusan idea bergeliga  formula tidakadil SBPA telah ditukarkan dari posisi mereka! Kalau WT, cold storage then bila dah beku...campak le spesis ni kat mana-mana yang bersesuaian. Tindakan sangat-sangat keras hendaklah diambil sebab idea bangang mereka inilah yang menyusahkan kerajaan BN! 

DS Najib! Check betul-betul lain kali...bukan main sedap umum sana umum sini, Premier JUSA dalam kerajaan BN ni bukan tak ada yang spesies AnuWar Israel! Tapi kalau nak sangat kena kelentong dan tak nak undi penjawat awam dan mereka yang sewaktu dengannya...kita boleh kata apa! Kita tunggu sajalah....

Dengar-dengar juga, puak Premier JUSA ni nak mulakan `saman' kalau SBPA dibatalkan....ehmmmm...sahih kerajaan BN dah kena sepit! CUEPACS pun dah bagi kata dua.....By hook by crook, SBPA kena ON juga...ongkosnya, itu fikir kemudian....mana mahu cari ongkosnya?

Sahabat kata, siaplah korang.....lu fikirlah!

# TERKINI: CUEPACS selesai bertemu dan menyerahkan memo kepada PM. Dijangka PM akan umumkan penyelesaian pertikaian SBPA dalam masa terdekat. CUEPACS cuma minta kenaikan antara RM700-RM2500 sahaja! DS Najib jangan salah umum sudahlah....

Soal ongkos! PM ajaklah YB-YB BN fikir kat mana nak cekup....walaupun ada jugak YB-YB ni yang `sengal' dan bukan faham apa-apa pun pasal urus tadbir, pasal SBPA...! Yang mereka ligat fikir sekarang ni cumalah...bekerja bersungguh-sungguh, bertemu rakyat, tolong rakyat....dengan itu, mudah-mudahan terpilihlah lagi mereka jadi calon di PRU13!

Suka hatilah...asalkan korang bahagia!
 

3 comments:

TokMisaiGondrong said...

wow hebat bro, gue sokong lu.

Ghazali said...

Dalam hal ini, YB DS Najib perlu melihat dan memerhatikan perkara ini dengan lebih terperinci. Sebagai seorang penjawat awam yang telah bersara dalam kumpulan profesional dan iktisas, saya dan rakan-rakan sememangnya merasakan kumpulan premier dan JUSA ini khasnya mendapat seribu satu macam keistimewaan dan kelebihan dalam setiap kali perubahan skim perkhidmatan awam. Sebabnya mudah sahaja. Ini kerana sebahagian besar mereka yang membuat keputusan dalam memilih atau menentukan apa yang mesti diubah adalah dari kumpulan mereka ini (Premier dan JUSA). Kumpulan Profesional dan Iktisas tidak dapat bersuara. Lebih malang lagi bagi kumpulan pelaksana.

warisantamar @ KualaLumpur said...

TokMisai,
TQ...sokongan kepada penjawat awam! Gua bukan penjawat awam tapi family gua, sedara mara gua dan kawan-kawan gua......

:)

kerajaan sudah tersepit....yg jelas bajet akan melambung naik...premier dan jusa tak akan turun `harga' tapi CUEPACS dah kata dua...so, nak tak nak kerajaan kena naikkan juga...