Saturday, March 30, 2013

Update PRU13: Shahrizat Nak Bertanding di Lembah Pantai?





#Baguslah Datuk Seri Shahrizat! Kalau terhegeh-hegeh juga nak bertanding memang nak cari nahaslah. Pemimpin BN harus mempunyai sikap besar seumpama ini. Berundur dan sedar diri! Pemimpin UMNO/BN yang lain yang juga `expired' bila pula nak umum tak nak bertanding?

Masalahnya pemimpin dinasour yang enggan berundur sendiri inilah yang memeningkan DS Najib. Dah expired tapi tak sedar diri....

Contohilah Ketua Wanita UMNO ini...

Bekas ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin agar memenangi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Berdasarkan pretasi ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar, Shahrizat berkata, pengundi Lembah Pantai kini bijak untuk membuat pilihan.

shahrizat 300313 01“Tanyalah pengundi-pengundi tentang prestasi pemimpin di sana. Gah sahaja semasa berkempen. Kata nak buat itu ini, lepas itu… habis.

“Insya-Allah saya sokong penuh Datuk Raja Nong Chik sebagai calon dan akan berhabis-habisan. Saya pernah ada tiga penggal, saya akan turun membantu.

“Saya percaya, pengundi Lembah Pantai dah fikir, ahli Parlimen mereka tak buat apa-apa untuk bela nasib mereka. Insya-Allah pengundi Lembah Pantai akan beri mandat pada Datuk Raja Nong Chik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama penduduk PDRM Desa Tasik di ibu negara hari ini.

Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU 13 kali ini, Shahrizat berkata: “Tak ada. saya tak bertanding. Tapi saya akan bersama jentera Wanita di seluruh negara,” katanya.

1 comment:

otaistillkick said...

Kita akan menghadapi pilihanraya kali ke 13 pada 5 Mei 2013. Adakah rakyat benar - benar faham hak dan kewajiban sebagai pemilih berdaftar. Kenapa kita membuat pilihanraya. Ini kerana setiap 5 tahun kita akan memilih wakil untuk mentadbir negara atau pun negeri. Yang penting hak rakyat sebagai pemilih harus kita ketahui.

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/perubahan-minda-di-pru-13.html