# Terus terang WT katakan rakyat Malaysia terutamanya di Sabah sudah tidak sabar mahukan pencerobohan ini ditamatkan serta merta! Buatlah apa saja...gempur dan serang dengan segala tenaga dan peralatan yang ada. Jangan sampai kekuatan keselamatan kita diperlekehkan.....Jadi menteri jangan hanya tahu beri amaran...amaran...amaran! Kalau asyik nak popular, bagilah amaran beribu kali....kalau kumpulan Kiran kepala batu...mereka tatap kepala batu juga. Tiada pilihan....esok pagi rakyat Malaysia hanya mahu mendengar bahawa semua penceroboh telah ditewaskan...samada hidup atau mati! NOKTAH...
LAHAD DATU, SABAH, 3 Mac
Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya,
Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota
polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung
Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.
"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di media sosial rasmi PDRM," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment