Thursday, March 14, 2013

Update Terpanasss: Jumaat Ini Pembubaran Parlimen? KM& MB Jumpa PM!



(KM Melaka & MB N.Sembilan kelihatan masuk berjumpa PM!)

OPS Daulat tidak akan mengganggu perjalanan PRU13 sekiranya perlu diadakan pada ketika operasi masih berjalan. Dan SPR sudah pun menyatakan keyakinan bahawa PRU13 masih boleh dijalankan.

Esok hari Jumaat! Hari Jumaat adalah hari mulia bagi umat Islam.Menjadi kelaziman, pembubaran dilakukan pada hari Jumaat...Cerita `panasnya' hari Jumaat sebelum ini ada WT tuliskan DISINI

Selain daripada esok (15hb Mac 2013) ada dua lagi hari Jumaat pada bulan Mac ini iaitu pada 22hb dan 29hb!

WT tidak menjangkakan hari Jumaat esok pembubaran akan dibuat. Ada dua acara bertaraf antarabangsa pada bulan ini iaitu Formula One di SIC Sepang dan LIMA @ Langkawi. DS Najib pasti mahukan dua acara ini berjalan dengan lancar dan menjana impak positif kepada negara. Tetapi WT juga berpegang kata bahawa `politik adalah seni kepada sebarang kemungkinan'. Maka, esok juga boleh berlaku pembubaran Parlimen.   


Khamis semalam, dilaporkan beberapa Ketua Menteri & Menteri Besar dibawah BN sudah dipanggil bertemu dengan DS Najib di Putrajaya! Jangan terkejut jika esok diumumkan pembubaran di kala semua pihak `terleka' seketika....Bayangkan AlJuburi sedang meliwat semasa pembubaran diumumkan, bayangkan AlJuburi terkejut beruk tatkala sedang memperkudakan seorang (mungkin lebih:) lelaki....

WT dapat rasakan bahang semakin panas dikalangan mereka yang sedang menyandang gelaran Yang Berhormat sedia ada terutamanya yang masih menaruh harapan mahu dicalonkan semula (walaupun ada diantaranya sudah tidak sepatutnya dicalonkan semula atas sebab `kecemerlangan' perkhidmatan selama ini!) dan juga yang sedang mengintai untuk dijadikan calon muka baru! 

Bila pun pembubaran Parlimen dan kempen PRU13 berjalan, puak pembangkang PR sepertimana kita maklumi akan mempergunakan apa saja isu...kitar semula dan cipta kisah baru (biarpun bersifat fitnah dan hearsay)...asalkan undi untuk menang harus diperolehi! Bukan pembangkang Malaysia namanya kalau tak membohong!  



No comments: