Tuesday, December 30, 2008

ZIONIS LAKNAT


02 Muharam 1430h
30 Disember 2008, Selasa


ISRAEL laknat terus melakukan serangan durjana ke atas rakyat Palestin di wilayah Gaza tanpa berperikemanusiaan. Warisan Tamar menyeru seluruh saudara seagama agar melakukan apa jua usaha yang terdaya sebagai tanda mengutuk, menentang dan sebagainya ke atas serangan tidak bertamadun dan sikap binatang paling hina di muka bumi ini.


Warisan Tamar mendoakan agar musibah besar akan berlaku ke atas Israel dan sekutunya yang terus-terusan bebal dan dungu serta bangsat! Semoga rakyat Palestin terutamanya di wilayah Gaza akan terus dikurniakan kekuatan fizikal dan mental dalam menghadapi serangan laknat Zionis di tanahair mereka.



Allahuakbar!!!

Sunday, December 28, 2008

BLOGGER KURANG AJAR

29 Disember 2008, Ahad

WARISAN TAMAR mengutuk keras blogger ADIBAH yang melakukan penghinaan ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Sebarang tindakan keras yang akan diambil oleh pihak berkuasa amatlah disokong. Blogger seumpama ini seharusnya lenyap dari dunia yang fana ini. Ini bukan setakat mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara tetapi lebih besar daripada itu. Semoga blogger berkenaan (yang dikatakan menggunakan identiti orang lain) akan ditimpa musibah yang paling dashyat daripada Allah S.W.T.

SELAMAT TAHUN BARU - 1430H

01 Muharram 1430H
29 Disember 2008, Isnin



SELAMAT TAHUN BARU 1430H.
SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA
SAUDARA SEAGAMA DENGAN KU.
SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN MEMBAWA KITA KE SATU
TAHAP YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.
INSYA ALLAH!

SALAM TRANSFORMASI...

ALFATIHAH : TUANKU JA'AFAR MANGKAT

28 Disember 2008, Ahad
30 Zulhijah 1429H

YANG
Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pada jam kira-kira pukul 1145 pagi 27 Disember 2008, Sabtu kerana serangan angin ahmar. Jenazah almarhum akan disemadikan selepas solat Asar 29 Disember 2008.

Sesungguhnya kita manusia adalah sama disisi Allah s.w.t. Sampai saat untuk dijemput kembali maka tiada sesiapa mampu menghalang. Al Fatihah.

Saturday, December 27, 2008

BANJIR : JALAN RAYA PADAS DAMIT PERLU DINAIKTARAF

BEAUFORT: Jalan dari pekan ini ke Padas Damit, di sini perlu ditinggikan bagi mengatasi masalah sering ditenggelami banjir akibat limpahan Sungai Padas yang menyebabkan beberapa kampung terputus perhubungan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Kamarlin Ombi, berkata langkah itu perlu disegerakan bagi mengatasi kesukaran penduduk, selain memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan ketika banjir. "Jika bahagian jalan raya yang rendah ditinggikan, kenderaan dapat melaluinya. Ini memudahkan kita menghantar bantuan ketika banjir dan melaksanakan kerja menyelamat.


"Ketika ini, penghantaran bantuan terpaksa menunggu air surut bagi membolehkan kenderaan melaluinya," katanya selepas mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Suasa, di sini semalam. Beliau berkata, walaupun bot digunakan untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir, penggunaannya terhad hanya di kawasan tertentu. Katanya, ada kampung yang dilanda banjir tidak dapat dihubungi dengan bot, menyebabkan mangsa banjir lambat menerima bantuan.

"Sebahagian kampung yang dilanda banjir hanya dapat dihubungi melalui jalan raya tetapi jalan raya pula ditenggelami air, menyebabkan kenderaan tidak dapat melaluinya. "Saya meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenal pasti bahagian jalan yang rendah dan mudah ditenggelami banjir untuk ditinggikan bagi memudahkan perhubungan ketika banjir," katanya.

Kamarlin juga meminta Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pemaju Mukim mengemukakan senarai penduduk yang terjejas akibat banjir bagi memudahkan penyaluran bantuan. "Tanpa maklumat itu kerajaan sukar memberikan bantuan. Pemimpin masyarakat harus prihatin dalam soal ini," katanya.

WT - Harap YB K.O (Kamarlin Ombi) terus bertugas dengan sebaiknya. Tidak sedap rasanya mendengar suara-suara merungut bilamana seseorang YB hanya aktif semasa mahukan undi mereka. Biarlah kali ini YB di DUN Lumadan adalah YB yang OK!!!

Tuesday, December 23, 2008

APA ADA PADA BLOG?

Warisan Tamar
22 Disember 2008, Isnin


BLOG dan blogger sudah sinonim dengan dunia internet. Selain blog, ada banyak lagi instrument yang menjadi pilihan pelayar internet samada untuk sembang-sembang mahupun melontarkan luahan rasa melalui tulisan. Sebut saja Facebook, Friendster malah YouTube dan sebagainya. Saya menyentuh tentang apa ada pada blog…meski persoalan apa itu blog dan kegunaan serta faedahnya sudah hangat dibahaskan dibicarakan oleh pelbagai pihak. Sudah tentu kesan dan impak yang agak besar berlaku selepas PRU12 yang lalu dimana internet atau lebih khusus instrument internet yang disebutkan diatas telah diguna dan dilayari dengan giatnya samada oleh individu mahupun orang ramai.

Tidak hairanlah bilamana RTM1 mengadakan rancangan bual bicara khusus untuk blog@blogger. Semakin ramai individu yang teruja untuk melahirkan blog masing-masing. Saya akui saya adalah antara individu tersebut. Jika sebelumnya saya lebih gemar melayari dan membaca pelbagai bentuk tulisan tidak kira pro mahupun anti kerajaan. Akhirnya, saya beranggapan apa salahnya saya juga menulis apa yang saya mahu di dalam blog saya sendiri.

Baru-baru ini, seorang sahabat bertanya apa tujuan blog saya. Secara spontan saya menjawab blog saya adalah untuk saya. Saya akui apabila membina dan mempunyai blog sudah tentu ada pengunjung @ pembaca apa yang kita paparkan dan tulis di dalam blog kita. Secara lebih khusus, blog saya adalah juga menjadi platform untuk saya menulis apa yang saya rasakan adalah pendapat peribadi dan `menyalin’ info mahupun tulisan blogger lain yang berkaitan dengan `hala tuju’ blog kita sendiri. Kita bebas menulis apa saja. Saya beranggapan blog sudah menjadi satu wacana informasi yang baru (walaupun ia bukanlah baru dalam dunia internet) dimana kita boleh meluahkan apa pendirian dan pendapat kita sendiri.

Namun, sepertimana kata DS Syed Hamid Albar bahawa blogger harus mempunyai kod etika sendiri untuk mengawal dan memastikan tulisan di dalam blog tidak mengganggu ketenteraman awam dan mengugat keselamatan negara. Saya percaya kalaupun tidak sepenuhnya bahawa majoriti blogger tahu batas dan tanggungjawab mereka apabila menulis atau memaparkan artikel berkaitan. Cuma lagi memang ada segelintir blogger daripada ribuan blog yang mempunyai agenda tersembunyi. Memang kita bebas menulis dan memaparkan apa saja dalam blog `kepunyaan’ kita tetapi sendiri mahu ingat lah! Kadangkala segelintir blogger tidak atau gagal memahami apa itu tulisan mahupun paparan beretika. Apatah lagi dalam negara kita yang majmuk masyarakatnya dan pelbagai kepercayaan agama, social dan politiknya. Saya tidak berniat mengajar rakan blogger yang lain tentang etika atau sivik ketika menulis dan memaparkan subjek tetapi saya tidak akan sewenang-wenangnya menulis mahupun memaparkan apa-apa tulisan, artikel dan sebagainya tanpa memikirkan implikasi dari segi moral dan perundangan.

Ada bermacam jenis dan gaya blog, malah prinsip dan bentuk penyampaian juga berbeza antara satu sama lain. Ada blog yang memang goblok – tiada identity atau pengenalan diri dan menghentam tanpa rasa bersalah sesiapa saja atau individu tertentu atau parti tertentu dan paling mengecewakan serta menimbulkan rasa amarah pembaca bilamana blogger tanpa identity pengenalan ini menulis berkaitan agama khususnya Islam dan menyerang serta menghentam agama dan penganutnya. Saya mendoakan mereka akan mendapat pembalasan setimpal dari Ilahi. Namun ada juga blogger yang terang-terangan yakni beridentiti pengenalan diri begitu berani menghentam dan menyerang. Yang amat dikesalkan adalah fakta yang dipaparkan atau ditulis langsung tidak mempunyai kredibiliti.

Baru-baru ini, Lembaga Disiplin (LD) UMNO telah memberi amaran kepada Datuk Ahmad Kuris, bekas Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat kerana menggunakan blog sebagai platform kempen beliau. Ada beberapa blogger yang meluahkan pendapat. Antaranya tidak bersetuju dengan tindakan LD UMNO yang dianggap terkebelakang dan secara tidak langsung juga tidak menggalakkan ahli-ahli UMNO untuk `aktif’ dengan dunia blog. Saya setuju dengan pendapat ini. Kaedah dan sistem kempen UMNO/BN untuk PRU akan datang perlu dinaiktaraf bukan setakat infrastruktur perlu dinaiktaraf. Jika masih menggunakan pendekatan `zaman batu’ maka bagaimana informasi dan manifesto dapat disampaikan hingga ke akar umbi. Jika menggunakan blog adalah satu kesalahan dalam Tataetika UMNO, maka peri pentingnya Tataetika perkara berkaitan harus dihapuskan atau setidak-tidaknya dibuat pindaan.

Sesuai dengan etika sebagai blogger, saya juga bertanggungjawab untuk mengulas atau memberi pendapat apa disebalik `Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO menghalang apa jua penerbitan, penyiaran, penulisan dalam risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya yang mengandungi unsur menyokong, memfitnah, mencela dan mengeji ahli-ahli parti’. Ahli UMNO sebenarnya masih boleh memiliki blog masing-masing tetapi tertakluk kepada Perkara 5.3 tadi. Itu yang tidak ditekankan bila mengulas tentang kesalahan menggunakan blog oleh segelintir individu.

Kesimpulannya, pada saya UMNO harus belajar dengan lebih mendalam (walaupun saya tahu ramai bijak pandai dan yang mengaku bijak pandai dalam UMNO) tentang seni dalam menyampaikan sesuatu berita. Salah kah saya jika menegur bahawa cara Pengerusi LD UMNO, Tengku TS Rithaudden dan peguam UMNO `mengumumkan’ keputusan dan hukuman dakwaan salah laku ahli UMNO adalah tidak tepat. Saya bukan bijak pandai dalam soal komunikasi mahupun kewartawanan tetapi sebagai pembaca media massa dan pendengar/penonton kaca TV, tarikan utama saya bila membaca dan mendengar adalah apa ayat@perkataan yang ditulis atau diucapkan. Misalnya tajuk kecil di dalam Utusan Malaysia
`Kempen guna blog boleh kena tindakan disiplin’ sudah boleh mewujudkan persepsi awal pembaca bahawa UMNO tidak menggalakkan budaya blog! UMNO kena faham bahawa ramai pembaca akan membaca tajuk dan perenggan utama sahaja. Justeru bila bercakap pastikan orang faham. Jangan jadi ` engkau seorang sahaja yang faham apa yang engkau cakap’. Jika Perkara 5.3 diterangkan dengan lebih jelas dan kenyataan akhbar sepatutnya begini `Datuk X diberi amaran kerana melanggar Tataetika ahli Perkara 5.3 menggunakan blog sebagai medium untuk mengeji, mengutuk, memburukkan dsbnya’. Rasanya sedap sedikit dibaca. Maaf saya saya bukan pakar soal komunikasi mahupun bahasa tapi begitulah lebih kurang.

Blog adalah salah satu medium komunikasi. Jika kepimpinan UMNO, orang lama UMNO tidak berjaya memahami dan mengikut rentak orang baru yang suka kepada sesuatu yang terkini. Maka, amat dibimbangi seperti kata seorang saudara saya, kapal Titanic UMNO bakal karam dan menjadi sejarah untuk puluhan dan ratusan tahun akan datang. Politik tidak dapat lari daripada persepsi. UMNO hendaklah mewujudkan persepsi yang baik dan positif setiap masa. Jika persepsi negative dibiarkan dan dibenarkan wujud sepanjang masa, UMNO mungkin menuju ke jalan mati! (No way out unless to make U-Turn).

Lihat parti pembangkang tetapi kerajaan di 5 buah negeri - mereka tidak membenarkan persepsi negative berlegar-legar di pasaran. Kerana itu mereka aktif berceramah dan blog adalah salah satu medium mereka supaya persepsi positif dapat ditanamkan dikalangan ahlinya malah ahli UMNO sekalipun yang turut membaca. Persepsi negative diwujudkan untuk pihak lawan. Lihat bagaimana mereka melaung-laungkan nama mendiang Altantuya di seluruh ceruk negara samada melalui media cetak mereka, ceramah dan di dalam dunia internet a.k.a blog. Itu melahirkan persepsi negative untuk pihak lawan bro!

Persepsi positif - mereka mengusung kehulu ke hilir, dan blog ahli atau pro mereka juga membawa sama persepsi positif mereka dalam tulisan dan paparan mereka. Misalnya memperjuangkan hak kebebasan tahanan ISA, Anwar mahu menurunkan harga minyak jika memerintah dan sebagainya. UMNO – berbangga dengan langkah berani mengambil tindakan terhadap beribu aduan yang diterima tetapi `gagal’ pada saya melahirkan persepsi positif kepada ahli mahupun bukan ahlinya. Apa contohnya? Tajuk dan cara mengumumkan kesalahan dan hukuman. Apalah salah blog? Yang salah apa yang blogger tulis dan paparkan, ini yang perlu ditekankan bila mahu bercakap…

WT- Apa sudah jadi dengan `gesaan’ Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, supaya calon-calon bertanding dalam Pemuda harus mempunyai blog sendiri untuk menyampaikan visi dan misi serta hala tuju perjuangan masing-masing. Sekadar menyuruh sahaja siapa pun boleh!