Tuesday, April 7, 2009

MALANGNYA CALON RECYCLE BN...


Warisan Tamar
07 April 2009, Selasa (PM)



KEPUTUSAN rasmi sudah diketahui. Secara amnya, parti yang bertanding mengekalkan kerusi masing-masing dimana BN di Batang Ai, PAS di Bukit Gantang dan PKR di Bukit Selambau. Tiada kekalahan bertaraf K.O (knock out). Maksud saya, dua parti dominan mendapat undi yang agak banyak. Calon-calon BEBAS, semua terpaksa mendermakan wang pertaruhan mereka kepada SPR. Halalkan saja wang pertaruhan tersebut. Sebelum pintu-pintu pusat pengundian dibuka pagi tadi, saya menulis dengan tajuk `BN MENANG BESAR...’. Ada yang faham, ada yang memperlekeh dan ada yang senyum menyindir...Kepada yang tidak faham, saya fahamkan – BN menang besar memang benar! BN menang dengan majority hampir 100% dari jumlah undi pihak lawan di Batang Ai (BN-3900++ dan PKR-2000++). Jadi, betul lah BN menang besar!!! Soal kalah di dua bukit, itu kita terima dengan penuh semangat demokrasi. Tapi BN pun tidak kalah secara K.O. Jumlah undi diperolehi oleh calon BN bukan ratusan undi tapi melebihi 10K undi. Apapun, sebagai mendukung semangat demokrasi – tahniah kepada yang menang. Yang kalah terutamanya BN di dua bukit, bangkitlah dari tidur! Benarkah tukang kempen BN dari pelbagai negeri telah melencong ke Bukit Kayu Hitam? Saya juga menulis tentang `strategi’ kempen makan angin sebelum ini! Saya tiada bukti tapi sekadar bertanya...?

POLITIK PEMBANGUNAN
Selesai pengundian, informer di lokasi dua bukit memaklumkan memang ada kesukaran BN di dua bukit. Mungkin BN kena pakai kenderaan 4WD baru boleh panjat bukit! Setakat naik basikal, hanya menurunkan berat badan satu dua gram, saya rasa YB Nolee bolehlah amalkan sebagai amalan hidup sihat tapi lebih baik jangan buang karanlah! Komen-komen penganalisis politik terutamanya di Astro Awani, menyatakan bahawa pengundi di dua bukit sudah lali dengan kempen cara klasik yang bertemakan politik pembangunan! Umumnya, macam pengundi di Semenanjung sudah tidak makan strategi basi menggunakan isu pembangunan sebagai bahan kempen utama. Adakah kerana kehidupan orang di Semenanjung sudah maju dan tidak memerlukan pembangunan? Oh tidak!!! Kalau ya, masakan masih banyak kelompok miskin tegar di sana sini. Pokoknya, tema politik pembangunan tidak lagi relevan sebagai tema utama kempen BN. Adakah di Sarawak dan di Sabah, disebabkan pola dan jumlah kemiskinan yang masih ketara maka tema politik pembangunan masih sangat-sangat relevan? Mungkin ya! Tapi jangan sampai tema politik pembangunan juga dianggap gula-gula pahit oleh pengundi di Sabah dan Sarawak pada PRU13 kelak. Mengapa tema politik pembangunan perlu dikaji semula oleh BN? Selain beria-ia mahu mengkaji semula I.S.A, maka dari aspek politik masa depan carilah tema yang lebih segar dan ada ummpphh!!! Kalau tidak nanti BN akan ketinggalan keretapi. DS Najib perlu memerah otak untuk mencari formula yang lebih berkesan khususnya dari semua aspek dalam menghadapi sesuatu pilihanraya. Harus diingat, pada PRU13 akan datang melalui info SPR, pengundi baru dari kalangan pengundi muda adalah mewakili kelompok yang sangat besar. Mereka telah ditanamkan dan dibudayakan dengan soal politik integrity dan politik bersih.

POST MORTEM (BEDAH SIASAT)
Orang cakap kita mula mencari salah dan menuding jari itu dan ini apabila kalah. Betul bah itu! Mengapa? Bukan saja BN malah puak sebelah sana pun akan mencari dimanakah salahnya sehingga kalah. Bahasa `perubatan’nya dan lebih sedap didengar sebab nampak macam educated sikit kononnya ialah POST MORTEM! Jarang atau mungkin tidak pernah dibuat orang, bila menang maka POST MORTEM akan dibuat mengapakah menang dalam sesuatu pertandingan. Bercakap pasal POST MORTEM, BN sudah kalah beberapa siri Pilihanraya Kecil (PRK) dan POST MORTEM juga sudah dibuat. Tapi apa hasil POST MORTEM yang telah dibuat? Apa ertinya POST MORTEM kalau punca gagal dikesan dan diperolehi? Itu POST MORTEM buang karan dan menghabiskan beras namanya. Kalau hasil POST MORTEM tidak memuaskan, tubuhkanlah lagi Jawatankuasa Bebas...macam kes Kugan. Kalau J/Kuasa Bebas pun meragukan, tubuhkan pula Suruhanjaya...hahaha! Inilah politik orang melayu...sikit-sikit Jawatankuasa! Balik kepada soal asal, apakah penemuan dari POST MORTEM yang telah dilaksanakan? Benar, factor kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu manakan sama dengan kekalahan di dua bukit. Tapi ada sesiapa berani menafikan atau menidakkan sama sekali bahawa ada beberapa factor juga amat relevan walau dimana BN masuk bertanding. Ada betul tak? Saya rasa BN mungkin seringkali lupa untuk memanipulasi penemuan-penemuan POST MORTEM kekalahan BN di PRK sebelum ini. Saya percaya, hasil POST MORTEM di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu samada tiada pun POST MORTEM dibuat (cuma diheboh-hebohkan, untuk tunjuk konon-konon pisang tidak akan berbuah tiga empat kali...cari makan beb!) ATAU hasil POST MORTEM yang ada tidak langsung digunapakai apabila menghadapi PRK berikutnya. Alahai POST MORTEM!!! Lepas ini kalau TS Muhyiddin mahu membuat POST MORTEM, baguslah cakap serupa bikin. Atau kalau POST MORTEM itu kelak sekadar retorik untuk menunjukkan kepada ahli parti bahawa parti serius untuk mencari sebab musabab kekalahan, maka jangan buang karan sekali lagi. Bikin penat Setiausaha menulis, merekod dan menyediakan laporan saja!

MASALAH DAN SALAH CALON
Ini akan menjadi salah satu daripada banyaknya punca yang akan diuar-uarkan sehinggakan BN kalah dan kalah dan kalah....Betulkah? Kalau betul, penawarnya lain kali jangan pilih calon berma-salah! Tapi kenapa salah? Sedangkan calon dipilih selepas melalui pelbagai macam retorik (andaian saya lah!) kononnya telah disenarai pendeklah, kononnya calon disenangi rakyatlah dan macam-macam tapisan dan alasan bagi menunjukkan kepada ahli parti dan para pengundi bahawa BN memilih calon selepas melaksanakan 1001 jenis tapisan. Jadi, calon BN adalah calon yang sudah ditapis berlapis-lapis. Calon BN adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik! Terus terang, saya tidak jelas apakah criteria atau garis panduan yang digunapakai oleh pembesar-pembesar BN apabila memilih seseorang calon. Berdasarkan pengetahuan `sedikit’ saya, kononnya Ketua (tidak kira Ketua Menteri/Menteri Besar atau Pengerusi Perhubungan atau Ketua Bahagian atau sesiapa sajalah yang bergelar Ketua...) akan memberi senarai nama bakal calon untuk diangkat menjadi calon dan diberi restu oleh Pengerusi BN Pusat (Perdana Menterilah tu!). Pernahkah Pengerusi BN Pusat berkata saya tidak bersetuju dengan semua nama calon ini! Macam Sultan Terengganu (Pemangku Sultan...) dan Raja Perlis tidak bersetuju dengan calon Menteri Besar yang khabarnya sudah diberi restu oleh PM. Pernahkah??? Mungkin pernah kot...mana saya tahu sebab saya belum pernah jadi PM! Tapi lazimnya, PM atau Pengerusi BN Pusat akan say YES saja...Oleh itu, adakah relevan factor kekalahan BN adalah sebab salah pilih calon? Jawapan saya, RELEVAN!!! Kalau pembaca juga mengatakan RELEVAN bermakna mereka-mereka yang menyenaraikan dan menyenarai putihkan nama-nama calon adalah TIDAK RELEVAN. Setuju ke? Hahaha..Jawab dalam hati sajalah...

Saya tidak mahu menuding jari 100% kepada PM. Tapi PM juga harus advanced dan smartest dalam mengatakan YA atau TIDAK kepada senarai calon yang diberikan oleh pemimpin dibawahnya. PM bolehlah `lantik’ senyap-senyap ‘third party’ dan bersifat independent dalam memberikan maklumat lebih tajam dan tepat tentang calon yang diterima rakyat! Tapi PM kena awas-awas juga sebab ‘third party’ itu pun boleh jadi tidak bebas lebih-lebih lagi jika identitinya diketahui...Kenapa? Individu yang kemaruk menjadi calon akan berusaha sedaya mungkin termasuk mengambil tindakan secara halus dan kasar. Apa yang halus dan kasar?

Pernah dengar ada orang yang berjumpa dengan Pak Kiyai di seberang untuk menilik peluang menjadi calon dan Pak Kiyai itu akan `menghembuskan’ aura orang tersebut supaya pembesar yang akan membuat keputusan pemilihan calon akan terdorong untuk menyebut-nyebut nama nya sebagai calon...Jangan ketawa kawan! Kalau tidak pernah dengar, jalan-jalan jauh sikit...mudah-mudahan ada rezeki dapat maklumat tentang kemaruknya individu ini mahu menjadi calon atau YB sedia ada yang kemaruk supaya terus terpilih. Orang ini akan berkata ` ini pun usaha juga’...hantam lah kau labu! Satu lagi kisah, pernah dengar atau tidak bahawa ada individu tertentu yang mendakwa sebagai agen pelobi. Dan perkhidmatan agen ini bukan percuma beb! Lagi besar fulus maka lagi besar peluang menjadi calon...Lagi satu kisah yang pernah didengar, kononnya senarai calon-calon sudah dimuktamadkan di peringkat pusat. Maka Ketua a.k.a Pengerusi BN Negeri akan mengumumkan calon-calon yang terpilih. Ceritanya, kononnya si Ketua tadi boleh lagi memadam nama si polan dan menulis nama si polan yang `diminati’ oleh si Ketua sebagai calon. Boleh percaya ke?...hehehe...Itu antara alkisah disebalik cakap-cakap dalam soal pemilihan calon. Moral of the story...bukan mudah mahu menjadi calon...Tapi adalah mudah jika soal pemilihan calon menjadi lebih telus, lebih jelas garis panduannya, lebih ikhlas dan jujur pemilihannya...maka, tidak timbullah sebab musabab kekalahan BN adalah disebabkan oleh `kesilapan dan kesalahan’ memilih calon.

CALON `RECYCLE’
Menyentuh tentang keputusan kekalahan BN di dua bukit. Saya berpendapat konsep recycle yang dicanangkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan amatlah baik sebagai usaha murni menyayangi alam sekitar. Tapi konsep itu rasanya janganlah diamalkan dalam pemilihan calon BN di masa akan datang. Apa gunanya BN mempunyai ribuan pemimpin pelapis kalau calon-calon berstatus recycle ini juga disenarai pendek untuk diangkat menjadi calon. Tanduskah BN dengan calon yang segar/fresh dan berwibawa? Apa dia calon recycle? Banyak kategorinya. Antaranya calon yang kalah dalam pilihanraya sebelumnya, calon yang kalah dalam pemilihan parti dan sebagainya. Minta maaf banyak-banyak kalau ada yang tidak bersetuju – calon BN di dua bukit adalah calon-calon recycle. Ismail Safian adalah calon BN yang kalah jawatan Ketua Bahagian. Ganesan adalah bekas calon dan ADUN Lunas yang sudah digunapakai di kawasan lain. Lihat calon BN Batang Ai – Malcolm Musseh, bukan `pembesar’ dalam Parti Rakyat Sarawak pun! Jangan tiru DS Nizar, Pakatan Rakyat tiada masalah dengan calon recycle mahupun calon derhaka. Tapi BN tidak! Kenapa? Baca balik bagaimana seseorang individu kemaruk menjadi calon atau mahu kekal sebagai calon BN. Bayangkan apa akan mereka lakukan jika segala usaha Pak Kiyai, agen pelobi dan fulus gagal merealisasikan impian menjadi calon. Apakah sentiment ahli parti khususnya puak pro Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang bilamana mamat yang ditewaskannya dipilih menjadi calon BN? Tikam belakang, duri dalam daging dan sebagainya, berilah apa saja gelaran. Ada sesiapa kisah tentang sentiment tersebut? Samalah keadaannya dengan Datuk Jalil vs Datuk Ariff Shah di Permatang Pauh. Lepas PRK, BN kalah...mereka `berperang’ sesama sendiri! Cuba tanya Ketua atau Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang...kenapa kalah? Jawapan standard biasanya adalah ‘saya sudah jangka, orang UMNO pun tidak suka dengan calon BN apalagi pengundi’. Ada sesiapa berani, bahawa ada orang UMNO mengundi PAS di Bukit Gantang sebab kalau undi Ismail Safian, maka cerahlah politik Ismail Safian semula. Alahai! Ketua Bahagian atau Ahli Parlimen yang dapat atau ada dan control peruntukan untuk projek-projek di kawasan Parlimen mereka? Memenangkan Ismail Safian seumpama menggali lubang kubur politik Ketua Bahagian dan konco-konconya...

Sudahlah calon recycle...YB Nolee pula buat promosi kempen berbicycle! Kalau betul pun mahu membawa perubahannnnn...buatlah yang berpatutan. Tidak salah berbasikal...amat tidak salah! Tapi saya mahu tanya YB Nolee dan geng Puterinya, berapa rumah yang dapat dilawati, berapa KM sehari YB berkayuh atau sekadar mahu promosi diri sebagai YB...(Dalam YouTube...dengan bangganya YB Nolee menjelaskan betapa hebatnya kempen berbasikal yang diilhamkannya. Siap bagitahu mana satu basikal beliau...basikal yang ada tandanama YB Nolee itu saya punya basikal). Saya bukan menghina tapi cukuplah program Raja Lawak Astro...YB Datuk Rosnah (Ketua Puteri UMNO), tidak cuba-cuba berbasikal ke...?

TERIMALAH KEKALAHAN
Saya percaya DS Najib leka dengan susunatur cabinet barunya. Ada suara-suara sumbang berkata ` Najib sibuk dengan kabinetnya, peduli apa dengan kempen BN’. Jika DS Najib beranggapan bahawa barisan kabinetnya esok (dijangka pada 8 April 2009) akan diumumkan adalah langkah utama beliau ke arah transformasi kerajaan dan BN selepas tiga tindakan pertama – membebaskan 13 tahanan ISA, kaji semula ISA dan bebaskan Suara Keadilan dan Harakah maka, saya berharap dan percaya DS Najib juga menggunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk berfikir dan merangka tindakan berasaskan konsep Satu Malaysia. Itu sebabnya 100% tugasan berkempen untuk PRK diserahkan kepada Timbalan dan Naib-Naib Presiden UMNO. Bererti, DS Najib berfikiran `futuristik’. Sudah tentu kekalahan BN di dua bukit ini bukanlah pematah semangat DS Najib. Ayuh bertransformasi....

WT- Wakil Rakyat di kawasan DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang saya, khabarnya semakin dingin perkhidmatannya. Mungkin sebab musim hujan dan banjir yang terlalu kerap berlaku maka janji-janji dan keazaman untuk membawa perubahan dan kemajuan untuk kepentingan rakyat sudah semakin `menyejuk’ dan `dihanyutkan’. Ingat! Rakyat akan menghukum apabila tiba masanya. Ketika itu, Pak Kiyai atau orang atas sekalipun tidak akan menjamin kemenangan kalian jika sekali lagi diberi kepercayaan menjadi wakil kepada rakyat. Jika YB-YB membaca tulisan ini, kalian boleh memarahi saya sebagai rakyat yang kalian wakili kerana bertindak celupar di dalam blog tetapi buktikan kalian adalah calon pilihan paling tepat pada PRU13 kelak! Ada juga baiknya YB-YB mengambil iktibar dari kekalahan BN dalam beberapa siri PRK. Jangan sekali-kali over confident, hanya kerana BN masih mampu menang di Batang Ai, Sarawak!

5 comments:

CINTA DUNIA said...

Bagus komen kau ini saudara..ada harapan mau diangkat gantikan janang gayuh di beaufort..Pemilihan Ketua Bahagian akan datang ni, memang aku tengah merisik calon yang boleh diketengahkan untuk menggantikan JG sebagai ketua bahagian, sudah lama bah, abis sudah idea dia mau kasih bangung beaufort..Mau kasih azizah pun tiada juga sebab dia ni pun termasuk 'recycle'yang tuan bilang itu..Kita tengah mencari siapa orang muda yang mau kita angkat untuk memajukan beaufort..sudah 100 tahun asyik banjir saja, takkan tiada ingineer yang boleh mengatasi banjir ini..

Anonymous said...

Terima kasih atas komen yang begitu bernas dan penuh dengan fakta. Kami memang bersetuju dengan pandangan dan perspektif saudara. Kami sebagai golongan muda amat mengharapkan suara kami didengar, diambil kira dan di ambil peduli. Kenapa selama ini golongan muda hanya dipandang sebelah mata dan sekarang barulah mereka sedar apabila nasi yang dimasak sudah terlanjur menjadi bubur, mau tidak mau pemimpin yang ada kena terima hakikat yang nasi mereka sudah tidak menjadi nasi lagi. Semoga pembangunan di beaufort terus berkembang maju, jangan hanya menjanjikan jalanraya, jambatan dan segalam kemudaha asas yang lain kerana itu lah basic kepada yang bergelar YB. takkan kita makan nasi pun kita bagitahu semua orang kerana orang lain juga makan nasi. Usahakanlah membangunkan peluang-peluang pekerjaan,peluang perniagaan dan peluang pendidikan berkualiti kepada golongan muda. Harus diingat, kebanyakan orang muda sekarang pernah merantau dan melihat dengan mata kepala sendiri kawasan orang lain dan para YB sekalian jangan melenting mahukan menggelabah kalau majoriti daripada mereka berkata "kenapa beaufort tak maju mcm tempat lain"...Fikir2kan....

Azizahns said...

bukan sekadar pak-pak menterui kena transformasi... ajk bahagian ketua cawangan ajk cawangan juga perlu ditransformasikan...

kerja-kerja mencantas ni bukan setakat jawatan tertinggi... jawatan ketua dan JKKK kg pun ade yang nak mencantas..

aduhhhh aiii.

warisantamar @ KualaLumpur said...

Datu Sulaiman,
Tengkiu lah bro...tapi jawatan JG tu sudah ditukul dalam-dalam adalah berstatus sehingga akhir hayat...

Kelab Rakan Muda,
Insyaallah...kalau mereka sedar dan yang penting bertindak, seharusnya orang muda tidak sama sekali diabaikan...

azizahns,
benar, cantas mencantas memang sudah berakar umbi dalam UMNO. Malah ada yg digagalkan bertanding kerana amalan ini. Bagi mereka jawatan adalah privilege bukan tanggungjawab.

Pendapat `keras' saya ialah semua amalan buruk ini mungkin akan `selesai' bilamana UMNO sudah hilang kuasa. Hilang kuasa di beberapa negeri belum memberi kesedaran secara total. Apabila saya katakan bhw cubalah UMNO memilih ramai calonnya yang tidak berjawatan dalam parti dalam PRU13 akan datang, mungkinkah baru mereka melopong dan `terkejut' bahawa berjawatan tidak semestinya `layak' untuk segalanya...Tapi ada yang tidak bersetuju sebab kononnya mereka dipilih oleh ahli UMNO dan lebih popular...?

Fikir-fikirkanlah...

USD said...

Masalahnya, rakyat dipaksa memilih calon bertaraf kaca, tiada intan mau dipilih! Level kaca bikin side mirror saja...hahaha