Warisan Tamar
25 April 2009, Sabtu (PM)
25 April 2009, Sabtu (PM)
SECARA peribadi saya terkesan dengan banyak kejayaan Tun Mahathir semasa era pemerintahannya. Begitu juga dengan beberapa tindakan tidak popular beliau samada secara terang-terangan mahupun senyap-senyap. Sebagai rakyat Malaysia di Sabah, saya berani menyatakan bahawa Tun Mahathir telah mencetuskan `kekuatan’ kepada golongan Bumiputera Islam khususnya. Apa yang dimaksudkan? Saya lebih suka menyatakannya secara personal dengan pembaca. Demikian juga dengan sumbangan beliau terhadap pembangunan negara terutamanya dalam menangani krisis kewangan penghujung 90an.
Beliau juga diketahui ramai adalah individu paling lantang mengkritik sehingga `menurunkan’ Tun Abdullah dari tampuk kuasa. Walaupun Tun Mahathir sendiri yang memilih beliau sebagai pengganti.
Apa yang ingin saya katakan adalah bilamana Tun M sentiasa muncul dengan kritikan dan pendapat yang agak `keras’ meskipun Tun A sudah `berundur’ dan DS Najib berada di puncak pemerintahan negara. Saya tidak bersetuju dengan `kemunculan’ Tun M yang masih dengan kenyataan-kenyataan yang memberi impak negatif kepada kerajaan dan UMNO. Saya tidak akan kisah malah menerimanya dengan hati lebih terbuka jika ia bersifat konstruktif.
Apabila beliau mengatakan beliau tidak bersetuju dengan perlantikan DS Nazri dan Johari Baharum, saya terkilan kerana ia adalah bersifat peribadi. Jawapan DS Nazri terhadap kritikan Tun M adalah amat tepat dan the best way to cool down the statement made by Tun M. Jika Tun M tidak menyukai DS Nazri kerana too nasty terhadap Tun M, maka ada baiknya Tun M pun kena muhasabah diri juga. Jika kita menuding satu jari kepada orang lain, janganlah lupa bahawa ada empat jari lagi menghala kearah diri kita sendiri.
Saya merasakan Tun M terlalu sukar untuk `melarikan diri’ dari bayang-bayang beliau sendiri sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia. Silapnya pada saya ialah apabila Tun M mengundur diri sebagai teraju pemerintahan negara, pihak kerajaan mahupun UMNO terlalu `mengagung-agungkan’ beliau dan terus diberi peranan dan ruang seperti mempunyai Yayasan Kepimpinan Perdana dan menjadi penasihat kepada GLC. Saya tidak menafikan betapa hebatnya buah fikiran Tun M. Saya tidak akan melupakan segala jasa dan budi baik beliau kepada negara. Tetapi apabila beliau diberi `tempat’ untuk terus bersuara dan menyuarakan pendapat, saya rasa kerajaan tidak adil kepada beliau. Mengapa? Tun M sepatutnya diberi ruang dan peluang agar dapat menikmati persaraan dengan sepenuhnya.
Apabila kita terlalu `takut’ untuk memberikan nikmat persaraan kepada Tun M dan `taksub’ dengan kejayaan pemerintahan Tun M yang lalu, kita sering beranggapan bahawa pandangan Tun M masih diperlukan dan amat bernilai sepanjang masa. Apabila Tun M diberi ruang, maka beliau menggunakannya sebaik mungkin dan seringkali menggunakannya dengan acuan beliau sendiri sepertimana beliau sebagai PM. Sebagai PM, keberanian membuat keputusan walaupun berisiko amat diperlukan.
Saya merasakan kita terlalu `taksub’ dengan Tun M kerana masih menganggap apa saja yang akan diucapkan beliau adalah satu kalimah sakti yang akan merubah landskap politik, ekonomi dan social negara seperti mana tindakan-tindakan berani beliau semasa menjadi PM. Maka Tun M terus mempunyai ruang untuk berucap dan menyampaikan pendapat di pelbagai seminar, majlis dan sebagainya kerana beliau terus ditagih memberi buah fikiran walaupun kadangkala umpama memerah susu lembu yang sudah kekeringan.
Saya tahu ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan saya. Ini kerana Tun M adalah negarawan unggul sehinggakan setiap bait-bait bahasa yang digunakannya dianggap sebagai simpulan-simpulan emas yang amat bernilai. Saya tidak menafikan keunggulan Tun M untuk melontarkan ide-ide untuk negara dan mencurahkan pengalaman pemerintahan sebagai rujukan semua pihak.
Tetapi konflik terjadi bilamana pandangan dan pendapat Tun M tidak mendapat respon atau tindak balas sewajarnya oleh pihak kerajaan atau UMNO. Tun M beranggapan pendapatnya adalah amat baik untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan UMNO. Walhal pihak kerajaan atau UMNO beranggapan sebaliknya. Apabila timbulnya konflik, mana-mana pihak akan cuba mempertahankan apa yang mereka dukung dan katakan. Dalam hal ini banyak pihak menjadi serba salah kerana mungkin apa yang Tun M katakan adalah betul tetapi tidak sesuai dilaksanakan oleh pihak kerajaan atau UMNO sekalipun secara total. Manakala Tun M pula tetap teguh mengatakan bahawa `he is right’ dan `he thinks he always right'.
Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan personal opinion terhadap Tun M. Namun, ada baiknya Tun M menikmati persaraannya dengan sebaik-baiknya. Era `govt knows best’ sudah berlalu. Izinkan DS Najib untuk membawa era pemerintahannya sendiri dengan acuannya sendiri. Berilah ruang dan peluang kepada DS Najib sebagaimana bekas-bekas PM memberi ruang dan peluang kepada Tun M untuk mentadbir Negara selama 22 tahun.
Sepertimana Tun M berani mengambil risiko atas sebarang keputusan dibuat dan mempunyai strategi tersendiri menanganinya, maka saya percaya DS Najib pun ada kekuatannya sendiri.
Selamat Bersara Tun M…. 2009

4 comments:
As-Salam Bro,
Heheh,..apo nak dikato,.. kalo boleh di minta Tun M brsara thn 2020.. selagi ada suara dan mulut untuk brkata2 apa salah nya,..Nazri Aziz tu bukan tahu buat kerja & his arrogant in parliarment made UMNO n BN unpopular n as fer Dato Johari Baharum i gess a corrupted leader like him shud b out.. DSN is still undr d ppls jurisdiction. Kalo tak di tegur cam2 dia nanti ingat dia betui pulak jd kira okey le tu.. tak salah Tun M brsuara,..bro tak baca ke komen dia kat blog dia tu,.heheh..kalo tak nak dia brsuara jgn le wartawan dok pi tanya soalan kat dia, senang kan..apo nak dikato,..heheh..itu le sifat manusia, nobody is perfect,..sumtimes we have to use our common sense to say sumting publicly,..we agree to disagree,..heheh..or woz it we disagree to agree,..wakaka,..wat else can I say,..(",)
Hidup TUN MAHATHIR, Hidup DS Najib & TS Muhyiddin.. hidup UMNO(even i'm not an UMNO member)
salam, bacalah surat terbuka di side bar blog aku tu!
Salam WT,
Tun Dr Mahathir (TDM) memang negarawan ulung. Sebenarnya Tun boleh menjadi PM Selagi hayatnya ada tapi dia memilih untuk bersara di zaman kegemilangannya. Orang kita ni tambah2 orang UMNO memang memandang tinggi TDM. Bayangkan sahaja dulu jadi PM kalau dia batuk ja atau ada news dia p hospital (hatta sebenarnya melawat orang sakit) saham Bursa Malaysia (Dulu BSKL) jatuh berpuluh2 mata. Kalau ada orang yang meminta pendapat, TDM jarang kata "No Komen"..Mesti ada saja idea dan pandangan beliau.. Itulah dia negarawan ulung.
Tengok tangan Pak Lah dengan perlaksana PPSMI cukup jelas maknanya.....
Post a Comment