Wednesday, April 1, 2009

DIRGAHAYU PAK LAH, VIVA NAJIB & MUHYIDDIN

Warisan Tamar
1 April 2009, Rabu



SAH! Transisi kuasa kerajaan akan menjadi realiti pada jam lebih kurang pukul 1000 pagi Jumaat 3/4/2009. Pak Lah akan berundur dan Najib akan mengambil alih kedudukan teraju utama manakala Muhyiddin akan berada disisi Najib sebagai orang No.2.

Banyak yang dinantikan oleh rakyat Malaysia daripada Najib. Namun secara realistik, janganlah berharap segala-galanya akan berlaku dan terlaksana dengan jayanya sekelip mata. Pada saya, Najib dan barisan kabinetnya kelak perlu mengambil serius tentang langkah dan kaedah yang paling ampuh untuk mengimbangi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan jika sekalipun sukar dikekang sepenuhnya. Banyak langkah boleh diambil...kita lihat dan berilah sumbangan sedaya mungkin agar konsep 1Malaysia yang berteraskan perpaduan berjaya dan membawa Malaysia gagah dan makmur.


TERIMAKASIH PAK LAH! SELAMAT BERJAYA NAJIB!

2 comments:

Junaidi Blog said...

Semoga pak najib dan barisanya terus berjaya .... JEMPUT SEKALI ANUAR , DAN hJ hADI DUDUK SEMAJA ... iNSYALLAH mALAYSIA AKAN TERBILANG

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan Sahabat,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan anda dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

Sekian,

HIDUP UMNO. HIDUP BN...

Ikhlas dari,
Shamsury Mohd Salleh
Ketua Penerangan UMNO merangkap blogger
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

ps : Blog anda dalam link blog kami.