Wednesday, April 15, 2009

BEAUFORT: DAERAH BANJIR, MENGAPA?


WT- Bagi penduduk di sekitar Beaufort (termasuk DUN Klias dibawah Parlimen P177 Beaufort dan DUN Lumadan di bawah Parlimen P178 Sipitang), masalah ini semakin meruncing sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Persoalannya, wakil rakyat silih berganti malah menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri mahupun Persekutuan, namun penduduk masih tertanya-tanya apakah pelan atau perancangan jangka pendek mahupun jangka panjang yang mampu direncanakan dan dirancang oleh para wakil rakyat. Janganlah menganggap penduduk di kawasan ini suka dan berbangga dengan musibah yang sering berlaku ini. Apakah sekadar menyalurkan bantuan banjir setiap kali musibah berlaku mencukupi untuk mengubat hati lara penduduk? Atau para wakil rakyat mahu ia menjadi `tsunami' dalam bentuk politik baru bergegas untuk menyelesaikan masalah rakyat? Penduduk di kawasan ini sebenarnya mahukan perubahan. Saya berharap para wakil rakyat yang sudah diberi tempat dan berada di tampuk pimpinan kerajaan negeri dan Persekutuan tampil dengan solusi yang lebih meyakinkan. Janganlah sekadar memberitahu rakyat, `kami sudah membangkitkan isu ini untuk tindakan kerajaan'. Jawapan itu terlalu umum dan bukan satu jalan ke arah penyelesaian. Saya cabar wakil-wakil rakyat yang berkaitan supaya tampil dengan solusi yang lebih mampan dan mampu memberi kelegaan serta keyakinan kepada rakyat di kawasan terbabit. Janganlah buat `donno' dan `muka sadin' bila didesak oleh rakyat!

KOTA KINABALU 14 April 2009- Masalah banjir di Beaufort bukan baru. Hampir setiap tahun wilayah di selatan pantai barat Sabah itu pasti dilanda musibah alam berkenaan. Paling tidak, sekali dalam setahun.

Apa yang pelik, banjir di situ tidak mengira musim, baik musim tengkujuh mahupun ketika cuaca elok sepanjang tahun.

Keadaan itu amat menyukarkan kehidupan penduduk. Selain kerosakan harta benda, penduduk daerah itu yang kebanyakannya petani turut kehilangan hasil tanaman masing-masing.

Setiap kali hujan lebat yang berlarutan untuk tempoh lama, perasaan bimbang segera menyelubungi penduduk daerah itu khususnya mereka yang tinggal di sepanjang Sungai Padas.

Mereka sedar, banjir tidak lama lagi akan berlaku. Sama ada kali ini lebih besar daripada sebelumnya, hanya dapat diketahui selepas bencana alam itu berlaku.

Mengulas mengenai fenomena itu, Pensyarah Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Rosalam Sarbatly berkata, sebenarnya banjir adalah lumrah bagi kebanyakan penduduk di daerah itu.

''Bagi penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Padas separti Kampung Bingkul, Limbawang, Bangkalalak, Bintuka, Lajau dan Gadong, limpahan air masuk ke dalam rumah adalah perkara biasa.

''Cuma banjir yang melanda pertengahan Mac lalu, agak berbeza kerana ia turut menenggelamkan jalan-jalan raya sehingga menyebabkan perhubungan dari daerah ini ke daerah lain terputus,'' katanya.

Beliau menambah, banjir bulan lalu menyebabkan jalan pintasan Kelias Baru-Limbawang ditenggelami air seperti sebuah kolam tanpa ikan. Ketiadaan terowong-terowong pintasan air yang mencukupi di jalan raya berkenaan memburukkan lagi keadaan.

''Limpahan air daripada Sungai Padas yang bermuara di Pekan Weston kali ini bukan saja menyebabkan banjir di kawasan tebing sungai berdekatan malah telah menenggelami kawasan 20 sehingga 30 kilometer (km) radius,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rosalam yang berasal dari Beaufort menambah, satu persoalan besar yang boleh dibangkitkan daripada peristiwa itu ialah bagaimana kampung yang terletak berhampiran dengan Sungai Kota Kelias, yang bermuara di Kuala Penyu dilanda banjir walaupun aras air di sungai berkenaan masih di peringkat selamat.

Katanya, untuk memahami fenomena itu serta mengemukakan cadangan mengatasinya, perkara pokok yang perlu diketahui adalah memahami bagaimana banjir boleh terjadi?

Menurut beliau, di bahagian hulu Sungai Padas, terdapat empangan hidro elektrik, Empangan Pangi yang membekalkan sebahagian besar tenaga elektrik sekitar Kota Kinabalu, Keningau, Tenom, Beaufort dan Wilayah Persekutuan Labuan.

''Secara lazimnya, empangan akan menggalas tekanan takungan air sepanjang masa. Pada musim hujan lebat yang berterusan khususnya di sekitar Tenom, aras takungan meningkat melepasi aras selamat.

''Bagi mengelak tekanan berlebihan ke atas empangan yang boleh menyebabkan empangan pecah serta limpahan air di hulu yang menyebabkan banjir berterusan, aras air perlu disalurkan secara terkawal dengan membuka aliran pintas.

''Limpahan air ini perlu mampu ditampung oleh bahagian hilir Sungai Padas untuk mengelak banjir berlaku di daerah Beaufort. Bagaimanapun, jika hujan lebat berterusan, jumlah air dilepaskan akan meningkat menyebabkan kegagalan bahagian hiliran sungai menampung jumlah air yang banyak,'' katanya.

Jelas Rosalam, pekan Beaufort dan kawasan di sekitar tebing hiliran Sungai Padas akan dinaiki air walaupun tidak dilanda hujan dan banjir sebegini dinamakan sebagai banjir limpah.

Menurut beliau, apabila Tenom dan Beaufort ditimpa hujan lebat berterusan serentak seperti pertengahan bulan lalu, jumlah limpahan air akan bertambah.

Tambahnya, fenomena itu akan menyebabkan limpahan air Sungai Padas akan mengalir lebih jauh menyusuri anak sungai, parit di sepanjang jalan raya dan ladang kelapa sawit seterusnya masuk ke sungai kecil seperti Sungai Malabau, Pilajau Lama, Pilajau Baru dan Kelias Kecil.

Beliau memberitahu, sungai-sungai buatan itu seterusnya mengalir merentasi tembok jalan Beaufort-Kota Kelias dan terowong konkrit yang dilengkapi pintu kawalan pasang surut di Kampung Malabau, Pilajau Lama dan Pilajau Baru serta sebuah jambatan di Kampung Kelias Kecil, sebelum masuk ke Sungai Kota Kelias.

''Limpahan air Sungai Padas, parit-parit monsun serta tiga terowong utama itu menyebabkan Sungai Kelias Kecil gagal menampung jumlah aliran air yang banyak menyebabkan kawasan sekitarnya mengalami limpahan dan seterusnya banjir.

''Banjir akan menjadi lebih buruk sekiranya aliran air keluar bertembung dengan air pasang besar yang boleh menyebabkan kegagalan Sungai Kota Kelias menampung jumlah air yang banyak,'' ujarnya.

Kata beliau, kejadian sebegini akan menyebabkan banjir besar seperti mana pernah melanda Beaufort pada tahun 1981 dan 1996.

Berbanding banjir besar pada tahun 1981 dan 1996, banjir yang kerap melanda Beaufort termasuk pada pertengahan Mac lalu berlaku ketika kedudukan aras air Sungai Kota Kelias pada tahap berjaga-jaga tetapi selamat.

''Oleh itu, sekiranya sistem tebatan banjir dilakukan dengan baik, banjir yang melanda kampung-kampung berhampiran Sungai Kota Kelias misalnya Kampung Takuli, Malabau, Rancangan Kelias, Pilajau, Kelias Kecil dan Laba boleh dielak. Jalan pintasan menghubungkan Kelias Baru-Limbawang juga tidak akan terputus,'' katanya.

Menurut Rosalam, sistem tebatan yang dimaksudkan termasuk membina terowong pintasan merentasi jalan raya yang mencukupi serta sungai-sungai kecil dan parit-parit di sekitar kawasan tersebut mesti sentiasa dibersihkan bagi memastikan aliran air tidak tersekat.

Bagaimanapun, jelasnya, topografi Beaufort yang rendah, rata dan berada hampir sama dengan aras laut semasa pasang besar juga perlu difahami sebagai salah satu penyebab banjir di daerah berkenaan.

Hakikatnya, ujar beliau, tebatan banjir hanya boleh membantu sebahagian daripada usaha untuk mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan.

''Memandangkan pasang-surut merupakan fenomena alam, kaedah terbaik mengurangkan ancaman banjir adalah dengan membuat lebih banyak sungai pintasan bagi mempercepatkan aliran keluar air ke muara sungai.

''Aktiviti penebangan hutan mesti dikurangkan agar dapat menakung sebahagian air hujan yang banyak turun di kawasan berkenaan. Usaha membersih sistem perparitan dan sungai-sungai mesti dilakukan secara berterusan,'' jelas beliau.

Rosalam berkata, walaupun banjir telah menyebabkan banyak kerugian tetapi pada masa sama bencana alam itu telah menjadikan tanah-tanah di kawasan itu subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian.

Malah, katanya, melihat kepada bentuk muka bumi yang sering dinaiki air, sesetengah kawasan di Beaufort mungkin berpotensi menjadi lokasi takungan gas asli yang besar.

Sehubungan itu, beliau berkata, selain mengatasi masalah banjir, sebenarnya ada pelbagai kemungkinan dan potensi boleh diteroka di sebalik musibah yang melanda daerah itu.


INFO: Wakil Rakyat untuk rakyat di kawasan terbabit ialah;-

1) DUN N22 Klias,
YB Datuk Hajjah Azizah Datuk Mohd Dun
2) DUN N23 Lumadan,
YB Kamarlin Ombi
3) Ahli Parlimen P177 Beaufort,
YB Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin
4) Ahli Parlimen P178 Sipitang,
YB Datuk Sapawi Hj Ahmad

Semua adalah wakil rakyat BN(UMNO)

11 comments:

.@blogger.com said...

Salam perjuangan untuk orang Sabah,
teruskan menulis dan berjuang - perjuangan yang belum selesai

Ajin b. Gagah said...

Saudara Warisan Tamar,
Asalammualaikum dan salam perkenalan,
Thema banjir yang saudara ‘ highlight’ kan dalam blog kali ini sungguh menarik dan menyayatkan hati, terutama sekali kepada yang merasanya.
Dari apa yang saya hemati, saudara mengharapkan sesuatu yang berupa bantuan dari pehak-pehak yang berkuasa saperti ahli yang berhormat dan sebagainya.
Disamping itu, saya rasa saudara juga menyuarakan tidak kepuasan hati tentang tindakan pehak-pehak YBs selama ini.
Namun, saya tidak nampak cadangan saudara bagaimana cara-cara untuk menangani kes fenomena ini untuk di gunapakai oleh YBs di kawasan saudara.
Itu tidak mengapa, kerana apa yang penting disini, masaalah ini tetap jadi masaalah kekal kalau tiada yang bertanggung jawab untuk menyelesainya dalam kadar yang segera. Penyelesaian menyeluruh pasti akan memakan kos yang tinggi...
Dalam pengalaman saya yang pernah buat kajian tentang kawasan Beauport pada suatu ketika, kes ini boleh dikira komplek juga. Kenapa komplek? Ini disebabkan keadaan semula jadi kawasan Beauport yang di harungi oleh tanah-tanah rata yang rendah, sungai-sungai dan di hempit oleh kawasan gunung ganang di sekitar nya.
Air banjir akibat hujan dari kawasan pergunungan tidak sempat mengalir terus kelautan yang jauh di Sipitang dan Kuala Penyu. Maka terjadi lah pertekungan air yang banyak lagi mengerikan di Koridor Pekan Beaufort dan sebagai nya. Apa lagi, kita kini mengalami ‘ Global Warming ‘ yang bertambah teruk
However, suka atau pun tidak 'PLAN TINDAKAN' yang komprehensif perlu juga dibagi keutamaan oleh pehak Jawatan Kuasa Bertindak Daerah yang di ketuai oleh Tuan Pegawai Daerah.
Pehak professional saperti Jurutera Perparitan, Jurutera Daerah JKR dan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan yang berkaitan perlu serious dalam merangka kajian punca gejala banjir ini. Saterus nya kemukakan cadangan dalam kadar jangka pendek dan jangka panjang ke pehak pusat. Ini, termasuk kos-kos yang perlu untuk digunapakai.
Lepas itu, adalah tanggung jawab YBs ( terutama sekali MPs) meneruskan missi untuk mendapatkan peruntukan dari pehak Perseketuan.
Fohon maaf jua kalau saya tersalah interpertasi.

warisantamar @ KualaLumpur said...

Salam Solymone,

Saya hormati pandangan dan pengalaman dr Sdr khususnya di daerah Bft. 1st, bukan niat saya mahu memperkecil peranan wakil-wakil rakyat. Tapi saya menekankan bahawa perlunya rakyat dikawasan berkenaan diberi maklum tentang progres jika usaha telah dilaksanakan oleh mereka utk mencari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang masalah banjir ini. Saya dimaklumkan oleh rakan2 yg mmpunyai `akses' dgn para YB ini bhw kononnya perkara ini sudah dan sedang dlm perhatian kerajaan. konsultan akan dilantik utk perkara ini. Saya setuju dan sedikit lega. Tapi adakah rakyat tahu usaha itu? atau apakah progres usaha itu? Kadang2 saya rasa para pegawai yang berkenaan macam menganggap rakyat terlalu naif utk tahu semua ini. Rakyat hanya perlu tunggu dan tadah tangan atas apa saja yg akan disuapkan oleh kerajaan. Saya ingin tekankan bhw rakyat selain mhukan perubahan tapi juga sudah byk berubah. Pemikiran mereka semakin hari semakin berubah.

Sdr, memang benar saya tidak menulis apa-apa pun cadangan penyelesaian. Saya faham `ketidakadilan' itu. Umumnya pada saya, tahu apakah bentuk penyelesaian masalah banjir. Tidak apa, insyallah jika diberi izin tenaga dan masa oleh-Nya akan saya tuliskan juga beberapa cadangan yang boleh dilakukan. Cumanya mungkin tidak bersifat terlalu teknikal. Saya bukan jurutera.

Masalah banjir di Bft sudah melanda sejak tahun 70an.Sebelum itu saya kurang pasti.Maksudnya semenjak saya bersekolah tadika dan rendah, banjir adalah satu `event' yg sudah sinonim dgn orang-orang Bft. Yg saya bangkitkan, beberapa YB sudah bertukar. Ada yg kena tukar terus. Ada yg tukar suka sama suka. Tapi saya rasa macam mereka ini dan pegawai kerajaan tertentu seakan sukar mahu berterus terang dgn status `usaha' menangani masalah banjir ini.Malah ada YB yg buat-buat sibuk di KL semasa rakyat byg mengundi beliau bertarung dgn banjir yg lepas.

Saya menyeru agar semua pegawai kerajaan dan para YB agar memahami konsep rakyat-parti-kerajaan dan 1Malysia yang dibawakan oleh PM.

BELL said...

Banjir di Beaufort bukanlah satu yang baru. Saya amat berterima kasih kepada WT kerana mengetengahkan isu ini. Saya juga bersetuju tentang apa yang telah diperkatakan. Tidak salah untuk kita menegur pada mereka yang sepatutnya terutama para YB kerana mereka mempunyai kuasa dan keutamaan untuk mengatasi masalah ini. Apa guna amanah rakyat yang telah memberi mandat kepada mereka jika tidak bertindak untuk membantu masalah rakyat di Beaufort.

Beaufort mempunyai dua YB yang berjawatan,seorang timbalan menteri persekutuan dan seorang menteri penuh di kerajaan negeri. Dan jika dilihat, dari dahulu lagi YB dari Beaufort sentiasa mendapat kepercayaan dan berjawatan. Tapi apa yang menyedihkan masalah lama tetap sama. Apa sudah jadi sebenarnya. Kenapa rakyat masih belum nampak perubahan ke arah menyelamatkan Beaufort dari terus dilanda banjir. Inilah hakikatnya. Rakyat hanya menunggu dan sampai masanya kesabaran ini akan berakhir dan sebelum terlambat, eloklah para YB sekalian bertindak berdasarkan rasa tanggungjawab dan bukannya memberi banyak alsan.

Ajin b. Gagah said...

Saudara,
Dengan izin, saya ingin meneruskan ulasan saya berdasarkan perkembangan baru yangmana sdra WT dan sdra BELL telah huraikan.
Saya nampak apa yang sdra-sdra tekankan disini ada lah ‘accountability’ para pemimpin-pemimpin sdra-sdra terhadap kehendak rakyat di kawasan kamu. Especially problem serious saperti ‘ Gejala Banjir’, kemiskinan dan saterusnya pengangguran barangkali?

Pada hakikatnya, kawasan kamu ada lah kawasan yang bernasib baik kerana di wakili oleh seorang Menteri penuh dan seorang Timbalan Menteri di peringkat Federal. Disamping itu ia nya juga di wakili oleh MP yang lain.
Kalau tidak silap, semua nya pemimpin ini keluaran dari Parti Agung UMNO; ia itu parti sdra-sdra.

So, secara am nya soal dianak tirikan oleh KL, tidak timbul ? Apa yang jelas di sini pemimpin- pemimpin di kawasan sdra tidak perihatin atau belum lagi perihatin terhadap hal-hal serious saperti banjir ini? Mungkin kesedaran hanya berlaku satelah mereka ditransformasikan oleh rakyat ? Atau mereka mempunyai agenda tersendiri hanya mereka dan Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Pada pendapat saya, perkara kegagalan pemimpin-pemimpin terhadap rakyat di kawasan mereka ini bukan hanya terdapat di kawasan sdra-sdra, ia nya terdapat di merata-rata tempat di Sabah ini termasuk di kawasan saya, Tuaran.

Dalam kontek ini, saya rasa masaalah ini bukan di sebabkan oleh kelemahan ‘political party’ tetapi sifat semula jadi para-para pemimpin tersebut yang merasakan terlalu ‘comfort’ dengan kuasa yang telah anugrahkan oleh rakyat dan Allah kepada mereka. Lumrahnya, sama ada mereka perform atau tidak, rakyat tetap juga memilih mereka..seadanya. Itu lah tradisi yang ada di Sabah setakat ini .. The beautiful land below the land.

Apa yang jelas di sini bukan pemimpin yang perlu ditransformasikan tetapi rakyat itu sendiri perlu ada ‘ mental transformation’ untuk membolehkan mereka memilih pemimpin dengan bijak.. sekurang-kurang nya di masa akan datang.

Sejak berkurun lama nya KITA telah berkali-kali merayu dan menegur pemimpin-pemimpin saperti ini namun mereka tetap tidak melayan kita. Mala ada yang tergamak menuduh kita telah dipengaruhi oleh elemen pembangkang. Sedangkan niat KITA ada lah telus untuk memainkan peranaan sebagai rakyat yang proaktif.

So, sebagai langkah pertama saya berharap sdra-sdra akan teruskan perjuangan dengan cara yang sdra-sdra pilih dan termampu. Mana lah tahu satu hari nanti transformasi yang sebenarnya akan berlaku? The Time will Come..InsyaAllah

warisantamar @ KualaLumpur said...

Salam Sdr Solymone,

Benar dan saya bersetuju pdpt Sdr, mentality tranformation perlu ada kpd rakyat sbg pengundi. Apa sangat yg kita boleh lakukan jika pemimpin yg ada masih `leka' dgn kuasa mereka semata-mata. Mereka tidak ada pelan yg khusus atau mereka tiada `manifesto' khusus utk rakyat ak.a pengundi mereka.Saya sendiri tidak tahu apakah hala tuju pembelaan atau perjuangan untuk rakyat yg ada dlm pemikiran mahupun perancangan para YB ini.

Saya juga tidak meyalahkan parti yg memilih mereka. `Birokrasi' dlm kerajaan sudah acapkali kita persoalkan dan timbulkan. Tapi dalam parti juga byk kerenah birokrasinya. Saya cuma ingin meletakkan keyakinan kpd kaedah politik PM DS Najib dlm menangani masalah ini.

Ada ramai pemimpin pelapis yg layak dan cukup matang serta mempunyai daya reform yg agak tinggi tetapi selagi ada pemimpin musang berbulu ayam ini, mereka tidak akan diberi kepercayaan mewakili rakyat. Harap2 DS Najib mampu mengubahnya!

Namun, political will rakyat dan pengundi juga penting. Hanya dgn kesedaran yg tinggi bhw peranan wakil rakyat adalah mewakili rakyat sbg jambatan antara rakyat dan kerajaan. Sepatutnya suara wakil rakyat adalah suara rakyat.Saya hanya menanti suara pengundi muda yg bakal menguasai pola pengundi pada pilihanraya akan datang. Pengundi `veteren' nampaknya sudah tidak boleh buat apa-apa!

Secara peribadi, sebagai pengundi dan rakyat, saya tidak berpuashati dgn prestasi wakil rakyat di kawasan saya samada ADUN mahupun Ahli Parlimen.

USD said...

Mau tengok gambar banjir di kg, perbekk.blogspot.com

Adisaputra said...

Assalamualaikum...

masalah banjir di beaufort ni bukanlah satu masalah baru. Malah ia telah terjadi berulang - ulang kali dan saya adalah salah sorang dari mangsa tetap apabila banjir melanda.

Berkongsi sedikit mengenai banjir ini, kami telah sering kali menjadi mangsa dan sudah beberapa kali di pindahkan tetapi sejak kebelakangan ini saya sekeluarga tidak lagi mahu di pindahkan walau setinggi mana pun air tersebut ini kerana pegawai yang bertugas menyentuh perasaan kamidengan kata - kata yang menguris perasaan terutama penduduk dari kawasan kg bakalau yang pernah dikatakan "tak pernah nampak makanan" saya juga pernah terlibat dengan. Pernah satu ketika kami hanya dibekalkan dengan satu selimut untuk satu keluarga, bayangkan untuk keluarga yang besar tentu memerlukan selimut lebih tetapi pegawai tersebut tidak mahu memberikan lebih dari satu selimut. Saya juga pernah ternampak pegawai bertugas mengangkat bantuan bekalan makanan untuk mangsa banjir kedalam kereta beliau pada waktu tengah malam apa bila di tanya makanan tersebut untuk mangsa banjir di kawasan lain sedangkan saya tahu pada waktu itu cuma satu sahaja pusat pemindahan di buka. Itu cerita masa banjir sebenarnya banyak lagi yang tidak sepatutnya berlaku tetapi biar itu jadi pengalaman saya sekeluarga.

Selepas banjir pula bila tiba masa untuk pembahagian bantuan banjir. Ibu saya 3 kali di nafikan haknya untuk mendapatkan bantuan alasanya nama ibu saya tidak sama dengan senarai mereka terdapat kesalahan ejaan sahaja tetapi alamat dan no MYKAD adalah betul dan pada masa yang sama saya berjumpa dengan mereka - mereka yang tidak pernah menjadi mangsa banjir tetapi berjaya mendapatkan bantuan banjir adakah itu banjir. kami tidak akan mati kelaparan jika tidak mendapat bantuan tetapi biarlah adil dan hanya meraka yang berhak saja menerimanya...

kami bukan mahukan bekalan tetapi keadilan dan juga tindakan dari wakil - wakil rakyat kami untuk memperjuangkan kami memandangkan mereka telah menerima undi kami di PRU12. jangan hampakan kami DATO'

BELL said...

Salam..

Thanks so much atas pandangan saudara SOLYMONE..memang diakui soal akauntabiliti YB sering mendapat perhatian. Budaya politik di sabah mudah sahaja, siapa jadi YB diperlu dihormati dan disanjung ibarat orang yang paling sempurna di alam maya ini. Sebab tu persepsi rakyat dahulu atau lebih tepat 'veteran' tidak berubah, jika YB tersebut penah 'menghulur' RM50 suatu masa dahulu, maka keseluruhan hidupnya akan menyakinkan bahawa inilah YB terbaik, tiada galang gantinya dan jika ditukar, maka kerugian besar akan berlaku kepadanya mahupun orang lain.

Dunia sudah berubah, apa ada pada RM50, adakah itu sudah dapat membantu keseluruhan hidup? Orang muda punya persepsi yang mudah. Bukan menidakkan 'jasa' dan 'usaha' YB, tapi ingatlah ke mana arah tuju ramaja Beaufort pada masa kini? hendak bekerja setakat di kedai2, sampai bila? Mana kilang? Mana pusat2 kemahiran? Mana pusat kecemerlangan pendidikan yang ada di beauufort ni? ada ka? kalau ada tolong tunjukkan...Hidup di Beaufort ibarat hidup dalam tin kosong.. tidak kasihan ka para YB anak-anak muda beaufort terpaksa merantau ke luar, KK,KL,Kuching dan lain2 untuk mencari kehidupan yang lebih baik..itu pun jika tercapai, ramai juga yang hanyut dilanda badai sosial...

YB,apa yang YB buat...YB datang merasmikan majlis, program..ucapan berkobar2 tapi habis program/majlis,naik kereta mewah dan blah macam begitu saja tanpa mendengar rintihan rakyat khususnya orang muda...ingatlah dunia dan senario tidak berubah, jangan lah salahkan rakyat jika pembangkang berkuasa, jangan tuduh rakyat tak beri peluang, jangan cakap sudah banyak YB usahakan tapi rakyat tidak mengenang jasa..jasa rakyat memenangkan YB hingga di angkat ke peringkat tertinggi bagaimana YB, YB pernah terfikirkan, orang tua, berkerusi roda, bertongkat sanggup datang ke pusat mengundi untuk mengundi YB, tapi bila dorang minta bantuan ke pejabat YB. apa yang dorang dapat YB...renung2kan lah..

Luahan hati orang muda, panas membakar tapi akal dan pedoman tetap menjadi mekar di sanubari..

Junaidi Blog said...

Beaufort Banjir mengapa , sebab ada sungai , ngapa ada sungai sebab tak dijaga , ngapa tak dijaga sebab rakyatnya selalu alpa , nagapa alpa , itulah adanya ... ampun Bro ...!!! Bunkan YB Kamarlin Ombi tetapi Hj Ombi ... kah..Kah. Kah .. YB dsp Konl. Dr. Hj Lajim .. gurau aja

amanzabadi said...

salam 1Malaysia...
"Beaufort Daerah Banjir" Mengapa?
Sya bersetuju Pandangan Adisaputra berkaitan keadaan, persekitaran, tindakan, semasa banjir..
pertama, bila banjir ja, Tindakan sesetengah pihak sya akui cara perkhidmatan mereka.. TAPI.. ada pula yg mengambil kesempatan sendiri mau fahamlaa...
Bila kejadian banjir sering berlaku, dimana tindakan mereka yg berstatus pemimpin menangani masalah kampung mereka yg dilanda banjir... Tahun 2008 hingga 2011, mana-mana kampung yg terletak di tepi persisiran SUNGAI PADAS, Istilanyala 'Tidak SAH'.... akan musnah atau hilang kononnya "Tanah orang mau bikin ladang sawit" Apa jadi? Kena USIR... ada pla oh..mau bikin bangunan kedai pla.. Apa jadi? Diberi Notis PIndah...
"Bila sering dilanda Banjir" sprt kg. bakalau, kg melati, jempangah, dll kmpung, dlm pemerhatian sya peruntukan yg diberi tidak mencukupi, contoh 1 selimut 1 keluarga? cukupkah? dimana lagi anak yg ramai.. Soal makanan ada ok ada gak yg tak ok. adakah patut pegawai petugas boleh angkut bekalan bawa balik malam-malam? Perkara ini diatasilah... Ibaratkan "kita diamanahkan memberi & menjaga anak yatim TAPI kita pula yg TIBAI hak mereka" PATUTKAH... Kalu tiada IC xble daftar masuk dewan? kecian ba mereka ada anak kecil, orang tua, daif. Andaikata mereka yg tiada IC/ surat dll dibawa masuk k dewan, lepas tu panggil Polis & Imegresen tangkap mereka.. PATUTKAH? SOALnya bila bencana alam berlaku, tak perlula melibatkan status surat identiti dulu, mana yg ada lah.. Kena pikir Masalah NYAWA mereka dulu...
Dimana sikap kemanusian?
"BILA BANJIR MELANDA' Mesyuarat sana sini? TP tiada TINDAKAN.. Katanya... Alah... sya dulu pun main banjir juga, keciannye kamu"
Apa smua ni..! Mana sikap seorg Pemimpin? tak perlu duduk diatas kalu ada sikap yg tidak adil & saksama. Dulu mau kasi pindah rumah yg kena banjir tidak boleh bikin rumah tepi sungai. Dimana? PPR (projek perumahan rakyat) TAPI apa jadi? Penduduk tidak mau, pasal kena sewa tiada tempoh, 7 keturunan pun masih kena sewakah.. Kecian ba rakyat? Kita smuanya sma je. x perlu ada SIKAP PERKAUMAN. Bila ini terjadi sya percaya saranan 1Malaysia susah mau dicapai baik d peringkat kmpung atau negeri..
"Bila Banjir Da Reda"... kmpung ni kita bagi peruntukan bina semula jambatan k, baiki jalan k, mcam la.. TP ckap ja.. Tindakan tiada. Tunggu akan datang 'Bila Mau Banjir Lagi".. Baru mau kasi..
Apa yg penting...
Mereka juga rakyat yg akan mengundi?
Mereka juga layak dpt bantuan?
Mereka juga Saudara Kita?
Mereka juga ada perasaan?
Mereka juga Boleh Menjulang Anda diatas Takhta?
Mereka Juga Bolen Menjatuhkan Anda Dr Atas?
"Kuasa Rakyat"

agi hidup agi ngalaban...
yop kejor yop...
pulun..
pada idi pada elo...
sepatowo sepatokong...
ni how ma...
nalle reka... (aku antam ja..)
kumaun na kau...
wes mangan...
dan lain-lain (nda ku ingat)

1 MALAYSIA...