Warisan Tamar
23 April, Khamis (AM)
SAHIH...Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengugurkan tuduhan berkaitan rasuah kuari. Ada banyak persepsi dan pendapat apalagi ulasan dari pelbagai pihak bermula hari ini. Saya melihat `kesannya' dalam beberapa perkara serta bakal menimbulkan juga beberapa persepsi akan lebih bersifat negatif seperti berikut;-
1) SPRM akan dituduh berniat jahat.
2) BN/UMNO akan dituduh menjadi dalang.
3) Bahawa orang-orang Pakatan Rakyat adalah bersih dan tidak mengamalkan rasuah.
4) AnuWar senang hati sebab - Fairus berjaya ditendang keluar!
5) Fairus `bengkek' sangat hatinya sebab beliau tidak rasuah tetapi disepak keluar oleh AnuWaR.
6) Padan muka Fairus...TKM1 yang telah diperbodohkan oleh partinya sendiri.
7) Dan lagi...dan lagi...
WT- Kita ternanti-nanti pendedahan kecurangan orang-orang dalam Pakatan Rakyat oleh bekas YB setahun jagung, Fairus Khairuddin...Cuma adakah lagi sisa-sisa kejantanan beliau? Atau ini juga sepertimana AUTA berkaitan 6 kotak bukti rasuah pemimpin BN dulu?
2 comments:
Salam singgah ... Bahasa apakah yang harus kita ucapkan untuk pakatan Rakyat selain itulah adanya mereka .. Setelah kita melihat , mendengar bahasa - bahasa mereka yang menjengkal menolak apa jua kebenaran yang berlaku dihadapan mata ,Menujah arus adab dan tertib berparti , berketua kita tidak hairan mereka saling berbunuhan sesama sendiri ... Sifir 2
Saya fikir apapun kemungkinan yang bakal dilakukan oleh Fairus,ianya tidak akan mampu memberi tamparan kepada Anwar. Sedang lagi Sdr. Ezam yang mengusungkan kredbilitinya sebagai mantan Ketua AMK PKR tidak mampu meranapkan kepercayaan rakyat kepada DSAI, adakah mungkin Faiirus boleh buat lebih daripada EZAM..?
Post a Comment