Warisan Tamar
28 April 2009, Selasa (PM)
UPDATE:
1) Calon PRK Penanti bagi PKR ialah Dr Mansor Osman. Beliau pernah bertanding di beberapa PRU termasuk pada PRU 12 yang lalu dan kalah semuanya. Kali ini pengundi Penanti dihidangkan dengan calon wakil rakyat PKR yang juga bakal ditabalkan menjadi TKM1 P.Pinang. `Strategi' PKR ialah kalau tak nak Dr Mansor, undilah calon TKM1 P.Pinang yang juga dari PKR. 2 X 5 undi Dr Osman jugalah...
2) Biasanya BN yang umum calon lebih awal dari yang lain. Kali ini di PRK Penanti, terbalik sikit. Sebabnya mudah saja bagi saya, `over konpiden' PKR sangat melangit. Bahasa kasarnya, jangan lah bodoh...sebab calon PKR adalah bakal TKM1 Penang jika menang. Soalnya bukan 100% pengundi Penanti kemaruk ada wakil rakyat sebagai TKM1. Lagi satu, pihak yang umum calon lebih awal biasanya akan kalah...hehehe...orang PKR mesti tak puas hati...sebab mereka teramat yakin PKR akan menang mudah. Umpama letak tunggul kayu pun jadi calon PKR...tunggul kayu boleh menang dan jadi TKM1. Betulkah?
3) Mukhriz kata BN akan gunakan pendekatan `luar biasa' untuk kempen BN di Penanti. Kita lihat hasilnya. Jangan kita terlalu pesimis dengan nya. Jangan tanya apa dia strategi dan pendekatan itu sebab kalau didedahkan kepada umum, tak ada maknanya lagi strategi itu. Ia bukan lagi `luar biasa'.
31 MEI 2009 adalah tarikh yang telah ditetapkan SPR untuk hari pembuangan undi bagi PRK Penanti. Apa pasal PRK diadakan, umum sudah tahu. Tak payah lagi kita kecoh-kecohkan. PKR yang menduduki kerusi DUN Penanti memang sangat-sangat dan teramat yakin mereka akan mengekalkan kerusi DUN untuk Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu. Ini point kempen paling utama PKR yang saya jangkakan dengan amat pasti iaitu calon ADUN PKR untuk DUN Penanti kelak adalah TKM1 P.Pinang. Samada pengundi DUN Penanti nak atau tak nak saja berwakil rakyatkan seorang TKM1 (calon simpanan selepas pemain utama terpaksa dikeluarkan sebab mengalami kecederaan!).
Tapi yang saya ingin tulis sedikit ini bukan pasal PKR dan team sekutunya. Sekadar berkongsi sedikit perkara dengan pembaca khususnya pimpinan BN khususnya UMNO (jika bertanding...saya rasa bertanding) walaupun high possibilities dorang tak baca pun...hehehe!. Tengahari tadi selepas makan/lunch bersembang dengan rakan-rakan. Mereka ini pada saya non partisan. Kiranya dalam musim pilihanraya adalah pengundi atas pagar lah. Soalan mudah saya, kalau BN/UMNO bertanding lah dalam mana-mana pilihanraya (dalam hal ini merujuk kepada PRK Penanti), apa agaknya korang harapkan daripada BN/UMNO terutamanya semasa kempen? Jangan cakap pasal aku nak DUIT...hehehe..
Jawapan mereka simple saja, ubahlah stail kempen BN. Umum sana sini projek mee segera ni sudah lapuk lah bro...kata mereka. Bukan menolak pembangunan bro...tapi nampak sangatlah BN main stail lama...pujuk orang untuk undi BN dengan projek itu ini. Saya tanya apa stail korang nak BN buat? Jawapan siot yang mereka bagi pada saya...lu pikir lah sendiri...hahahaha...Seorang daripada rakan saya sekadar berkata be low profile and sincere!
Saya stop disini. Mungkin jika ada berkesempatan bolehlah saya panjang-panjangkan apa stail kempen yang mungkin sesuai bagi menggantikan stail lama itu. Salah satunya juga ialah hentikanlah plan Pak Menteri untuk membuat majlis rasmi itu ini, lancar itu ini dan sebagainya kononnya pelancaran peringkat negeri lah kebangsaan lah...nasib baik bukan peringkat antarabangsa. Semua Pak Menteri berebut-rebut mengadakan majlis di kawasan PRK berkenaan. Hello Datuk-Datuk, itu semua orang sudah baca lah...dan masalahnya orang sudah fed up!
Last not least...speaking LONDON sikit, apa cerita POST MORTEM PRK yang lepas? Sudah siap atau terkial-kial nak siapkan? Jangan buang karan...lepas post mortem, weaknesses identified tapi akhirnya weaknesses yang sama juga dilakukan. Buatlah sesuatu yang benar-benar kelihatan satu transformasi oleh BN....
Salam Transformasi....
9 comments:
LIHAT SENDIRI NASIB KETURUNAN KITA DI SELATAN THAI, SELATAN FILIPINA WAIMA DI SINGAPURA NEGARA YANG MAJU DAN LIBERAL ITU. DI MANAKAH KEDUDUKAN ORANG MELAYU? BOLEH MINTAK JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI KAH MEREKA? KITA BUKAN HENDAK MENINDAS BUKAN MELAYU/BUMIPUTERA KITA CUMA HENDAK MENJAGA HAK KITA SEBAGAI PENDUDUK PERIBUMI…..
ALLAH HU AKBAR!!!!!!
Rahman achong muniady...
anda boleh cakap macam tu sebab anda ada kepentingan..come lah bro,orang sekarang sudah pintar dan bijak, tak makan lagi dengan politik sempat macam tu..apa ko ingat yang sokong pembangkang tu tak sayang negarakah ? buka mata..bro //dah basi sudah politik perkauman ko tu..
(Utk sdr WT,aku tih nobobos nio do komen nu jelama makangaran do sawat noh, komen no nyo o.k tapi sudah isa menarik..stail lama komoyo')
Itu Post Mortem belum siap sebab masing2 sibuk mau lobi jd menteri sama MT dilantik...haha
Post Moterm itu akan akan dibuat post moterm lagi..tengok ja mesti ada yang cakap "Kami tidak dapat mendedahkan hasil Post Moterm dan hanya dibincang di Mesyuarat Tertinggi BN"..Jawapan standard lagi jujur...
To All,
Kita menegur dan mengingat jika ada yang alpa dan `tertidur'. Budaya berani menegur sepatutnya juga diliberasikan. Apa yg saya cuba bangkitkan adalah tentang strategi kempen BN yg sudah agak ketinggalan. Dlm kebanyakan masa strategi makan tuan.
Mukhriz kata ada strategi `luar biasa' dan di `luar kotak'...maksudnya sesuatu yg baru dan tidak dijangka oleh pihak lawan. Saya tahu apa jua strategi hendaklah dirahsiakan...kalau sudah open itu bukan strategi namanya.
Baca di link ini. Cut and paste sajalah bro...hehehe
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm
Mudah2an BN/UMNO diberi petunjuk strategi yg tepat dan berjaya.
Datu,
hehehe...selagi komen yg tidak menggunakan bahasa kesat dan memfitnah...saya benarkan.
Bos, paduli nio iyo...ulun rotih andang manu.
Kita anak bangsa perlu cari saki baki yang tinggal ini memilih dan mengangkat ulama tulen sebagai pemimpin negara bagi melenyapkan terus perlaksana tegar acuan barat bahasapun barat...........
tamar...
analisis yg bagus...kita teruja menanti apa strategi di luar kotak tu..harap sesuatu yg bisa meyakinkan kita ttg arah perjuangan bangsa. kalo style lama, janji sana, janji sini....hmmmmm
salam ..Warisan Tak paya nak Post Mortem , yang terdekat ni tak sempat , Anguk kalah aja lah .. tetapi akan datang jangan nak Cuba ... Sya setuju dengan Bro rahman .. Bukan soal perkauan yang nak ditimbulkan tetapi soal hak kita ... datu Sulaiman kata politik sempit .. Tak faham lah kita .. Memperjuangkan hak mutlak kita sendiri politik sempit.. apa yang kita tahu pembangkang selalu guna Politik basi ..... tak dapat sokongan rakyat buat perhimpunan ... Rakyat dah mual ... dan naik jelak ... Yang pasti buat rusuhan dan perhimpunan haram tak sayangkan negara ... Sifir 3 . apa lah bro ....
Post a Comment