Saturday, February 25, 2012

Panassss Isu Lembu: Pengerusi Eksekutif NFC Akan Didakwa Pecah Amanah


# Sedikit sebanyak WT bersimpati dengan Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO. Bak kata orang, lembu punya susu Sapi dapat nama...Hakikatnya Lembu & Susu tidak dapat dipisahkan! 

Demikian juga Pengerusi NFC dengan Sharizat Jalil. WT ingin menulis berkenaan Lembu ini tetapi ruang masa agak terbatas (mungkin esok lusa!). Secara umumnya, memang bisnes suami tidak semestinya berkait dengan isteri. Tetapi bolehkah kita mempercayai bahawa suami isteri tidak tahu menahu hal yang berkenaan. 

Memang soal memperolehi `kepercayaan' kerajaan dengan pinjaman `mudah' adalah soal kredibiliti syarikat NFC. Tapi pada moralnya, penglibatan Datuk Mohd Salleh Ismail dalam bisnes lembu sepatutnya dielakkan. Memang tidak adil! Tapi itulah realiti persekitaran politik semasa di Malaysia. Jika Shahrizat Jalil adalah peguam atau ahli biasa UMNO tidak mengapa...tapi beliau adalah Ketua Wanita UMNO dan seorang Menteri & Senator. 

Malang bagi Shahrizat! Kerana nila setitik rosak susu Lembu satu Malaysia...

PDRM CADANG PENGERUSI EKSEKUTIF NFC DIDAKWA PECAH AMANAH

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan oleh pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek ”Lembah Daging” di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. 

No comments: