Thursday, October 14, 2010

Belanjawan 2011: Dari Rakyat Untuk Rakyat

Warisan Tamar
14 Oktober 2010, Khamis



ESOK pembentangan belanjawan 2011 akan diadakan di Dewan Rakyat oleh DS Najib. Semua pihak menunggu dan tertunggu-tunggu apakah intipati kandungan belanjawan 2011 yang bakal diumumkan oleh DS Najib. Rakyat juga telah dipelawa oleh DS Najib untuk sama-sama menyumbang ide-ide yang sudah tentu diberi penekanan di dalam belanjawan 2011. Kita percaya bahawa DS Najib telah menghimpunkan segala bentuk ide dan cadangan dari segenap kelompok yakni bukan sahaja dari sektor swasta, awam malah rakyat marhaen umumnya.

Namun demikian, suara-suara sumbang sudah pasti ada dan semestinya dari pihak pembangkang Pakatan Rakyat. Bak kata orang, `kiamat' agaknya kalau tiba-tiba sahaja mereka menyokong sepenuhnya pembentangan belanjawan ini kelak. Jika kritikan tersebut berpada-pada, rasanya tiada yang salah. Lazimnya mereka lebih bersifat negatif dan putar belit. Sukar untuk memperolehi cadangan dan saranan yang konkrit dari pihak mereka.

Tidak dinafikan, pihak pembangkang ketika ini tidak berada didalam keadaan selesa untuk `membangkang'. Mereka sebenarnya sedang `terkangkang'  didalam banyak perkara yang membabitkan masalah peribadi/moral, kepimpinan, urus tadbir lemah dan sebagainya. Misalnya Ketua Kangkang Anwar Ibrahim sedang menyambung bicara kes liwat beliau dan dalam masa yang sama berhadapan dengan bermacam masalah berkaitan pemilihan parti PKR. Kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan juga menampakkan `kurap' disana sini. Pelbagai isu dan permasalahan ditimbulkan dari isu duit judi hinggalah isu kenaikan tarif air. Dalam pada itu, mereka juga akan `dinilai' dengan pembentangan belanjawan negeri mereka. Mereka biasa melontarkan 1001 janji, soal menunaikan sudah menjadi kurang prioriti. Ini kerana sudah menjadi tabiat mereka, setiap kegagalan akan dituding kepada pihak lain.

Saya berpendapat belanjawan 2011 ini amat penting bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi sebenarnya penting untuk survival politik Barisan Nasional. Prestasi dan pencapaian belanjawan 2011 nanti seharusnya mencapai tahap cemerlang atau `outstanding'. Harapan dan impian DS Najib kearah negara berpendapatan tinggi harus menunjukkan petanda yang memberangsangkan. Petanda yang baik akan mencetuskan persepsi yang positif dan kelak akan memberikan nilai impak yang efektif kepada kepimpinan kerajaan dan Barisan Nasional. 

Justeru, belanjawan 2011 amatlah penting kepada rakyat dan negara. Jika terdapat kelemahan, diharap ianya tidaklah mendedahkan kepada kegagalan belanjawan tersebut kelak. Sesungguhnya yang sempurna itu hanyalah Ilahi.


No comments: