Warisan Tamar
18 Oktober 2010
BUKAN tidak bersetuju dengan tuntutan CUEPACS tetapi biarlah berpada-pada dan belajarlah bersyukur. Alasan penjawat awam akan menjadi lemah semangat untuk bekerja sebab tidak mendapat bonus, pada saya satu alasan yang sangat menjijikkan dan memalukan penjawat awam itu sendiri! Belajarlah erti bersyukur. Jika sebulan bonus bermakna kerajaan akan membelanjakan lebih RM3 Bilion untuk lebih 1.2 juta penjawat awam, lalu CUEPACS yang bijak pandai berkata bahawa kalau setengah bulan gaji CUMA RM1.5 BILLION sahaja!!!
Saya bukan menentang `usul' kekecewaan CUEPACS kerana tiada bonus diumumkan dan akan diberi oleh kerajaan. Saya pun manusia biasa, sudah tentu menginginkan sesuatu yang lebih dari kebiasaan. Namun, seperti kata DS Najib kerajaan tidak mahu berlagak seperti Saudagar Mimpi! Pemberian bonus bukanlah sesuatu yang wajib. CUEPACS boleh meminta itu dan ini tetapi ia juga bergantung kepada kemampuan kewangan. Dalam sektor swasta juga kadangkala tiada bonus diberi atau kurang berbanding tahun sebelumnya.
Seorang penjawat awam berkata `undi penjawat awam kepada parti politik adalah bergantung kepada pemberian bonus kerajaan'. Terlalu dangkal dan murahan pemikiran seperti ini. Apakah dengan mengundi waima sebagai undi protes sekalipun, maka kerajaan baru kelak akan memberi bonus `tetap' kepada penjawat awam? Seharusnya penjawat awam bersyukur bahawa dalam keadaan ekonomi gawat sekalipun, tiada pembuangan kerja oleh `majikan' mereka sedangkan di sektor swasta yang menawarkan bonus yang lumayan ada yang terpaksa gulung tikar dan terpaksa membuang pekerja...Bersyukurlah kerajaan sudah memberi RM1000 seorang...berhemahlah untuk berbelanja! Jika diberi RM10,000 sekalipun jika tidak berbelanja secara berhemah, tetap tidak mencukupi jua akhirnya...tepuk dahi tanya sendiri!
Agak-agak lah CUEPACS woiiii.....
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membentangkan isu tiada bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam Bajet 2011 pada mesyuarat khas kongres itu Selasa ini.
Presidennya, Omar Osman berkata, pada mesyuarat itu beliau dijangka menerima maklum balas daripada semua peringkat ahli kongres di seluruh negara.
Beliau berkata, menerusi maklum balas itu, pihaknya akan berbincang dan membuat analisis mengenai apakah kesan ke atas penjawat awam ekoran ketiadaan bonus tersebut.
"Kongres bimbang, kekecewaan itu akan menyebabkan penjawat awam tidak lagi komited dengan kerja mereka dan sekali gus boleh mengakibatkan ekonomi merudum semula,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas penjelasan Perdana Menteri berhubung kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM3.1 bilion.
Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak.
Omar berkata, pihaknya akur jika RM3.1 bilion untuk 1.2 juta kakitangan awam akan membebankan kerajaan, namun sekurang-kurangnya kerajaan wajar memberi setengah bulan gaji iaitu ia hanya melibatkan RM1.5 bilion sahaja.
Beliau memberitahu, wang bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan itu tidak mencukupi untuk kakitangan awam khususnya yang mempunyai lebih daripada seorang anak tetapi untuk pesara ia sudah memadai.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, pengumuman tiada bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini tidak menepati hasrat penjawat awam.
Menurut beliau, berdasarkan keadaan ekonomi negara pada tahun 2010 yang semakin pulih sepatutnya kerajaan mampu memberikan bonus kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan.
''Sekurang-kurangnya sebahagian besar wang bonus itu dapat digunakan oleh penjawat awam pada akhir tahun untuk menyelesaikan pembiayaan anak-anak yang kini semakin membebankan.
''Kita tidak memperlekehkan wang bantuan khas itu tetapi ia masih tidak mencukupi khususnya penjawat awam yang mempunyai anak lebih daripada dua orang,'' jelasnya.
1 comment:
saya setuju dengan penulis tentang pemberian bonus. bonus bukan lah wajib yang wajib adalah gaji. bersyukur lah dengan RM1000 yang diberikan. dulu lagi la penjawat awam tak dapat bonus pun. boleh gak hidup. takkan la urusan hidup seharian smua kerajaan nak suapkan. nak duit lebih buat la kerja sambilan. ugutan pemberian bonus penentu kepada undi dari penjawat awam dah terlalu selalu dengar, dah naik muak. kalau dapat bonus bukan ucapa terima kasih pun. belajar lah bersyukur. Allah ada berkata kalau seseorang tu tak tau bersyukur pada nikmat yang kecil pada nikmat yang besar pun dia tak kan tau bersyukur juga. tolong jangan jadi kufur nikmat kelak padah nanti jadinya. tanya la diri tu sendiri kerja kita selama ini betul sangat ke? amanah sangat ke kita dengan masa semasa bekerja?. betul sangat ke kerja kita buat tu tanpa mencuri walau sesaat pun waktu bekerja dengan erti kata senangnya mengulo. mungkin kerajaan sebagai majikan tak tau tapi Allah melihat segalanya. disana nanti akan dibentangkan dan diperhitungkan segala apa yang kita lakukan di dunia ini.
Post a Comment