Saturday, October 30, 2010

PRK P185 Batu Sapi, Sandakan: SAPP Spoiler, Yong Taik Lee Also Penyamun!


# Yong Teck Lee, cuma seorang `political animal’ yang opportunist terhadap apa saja peluang yang ada. Ada byk persamaan `sifat politik haiwan’ YTL dengan Anwar. Antaranya opportunis, ketua yang dictator, rekod perkhidmatan lampau yang buruk dan lain-lain. Menggunakan ungkapan `Sabah for Sabahan', Borneosation, dan perkara 20 memang `tips' paling mudah untuk sesebuah parti politik untuk meningkatkan atau mengajak `semangat perubahan’ dikalangan rakyat Sabah dan perkara/isu berkenaan memang `boleh jual' di Sabah. Saya percaya kalau kena gaya dan kekecewaan melampau terhadap kerajaan sedia ada, isu-isu ini merupakan `bom atom’ yang mampu `menghancurkan’ kerajaan. 
Tetapi, Yong Teck Lee mahupun Anwar Ibrahim atau Parti Karam & Rosak (PKR) bukanlah individu atau organisasi sahsiah yang boleh dipercayai apatah lagi dijadikan sandaran untuk `menyelamatkan’ Sabah dan rakyat Sabah! Pilihan yang ada masih Barisan Nasional!!!
                                                                                                                              
MELIHAT ketrampilan Yong Teck Lee (YTL) yang sedang menawarkan diri sebagai calon Parlimen Batu Sapi,pengundi di kawasan ini seharusnya melihat lebih jauh tentang peranan, sikap, sifat serta betapa oportunisnya bekas Ketua Menteri Sabah ini seandainya mereka mahu memilih YTL sebagai wakil rakyat mereka. Rekod masa lampau YTL perlu dinilai sebaiknya oleh pengundi-pengundi dalam kawasan Parlimen ini.
YTL yang kononnya sedang berjuang atas konsep `Sabah for Sabahan’ dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihanraya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya. Berputar belit segala fakta beliau dendangkan bagi meraih undi dan ada kalanya segala fakta ataupun cabaran yang beliau lemparkan seperti meludah ke langit kerana ada tindakan dan perbuatannya semasa menjadi Ketua Menteri dulu dilakukan oleh beliau dan ada yang tidak mampu dilakukan olehnya. Telunjuk lurus tapi kelingkingnya berkait.
Rakyat Sabah mungkin tidak pernah dan akan melupakan peranan yang beliau mainkan dalam kes rasuah dari tahun 1996 hingga 1998. Rakyat Sabah juga mungkin tidak lupa apa yang berlaku semasa YTL menjadi Ketua Menteri Sabah satu ketika dulu.
Pada 1996, YTL (ketika itu Ketua Menteri Sabah)  mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Beliau berjumpa YTL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta.
Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik LKTNS.
Perjumpaan Wasli dan YTL kerap diadakan selepas itu, bukan sahaja di pejabat tetapi di luar pejabat. YTL turut menghubungi Wasli bagi memaklumkan kaedah pemberian wang. Wasli diminta bertemu dengan ejen YTL yang hanya dikenali melalui nombor plat pendaftaran kereta ejen terbabit.
Briskmark ditubuhkan untuk dijadikan wadah bagi dana politik YTL.
Menjelang PRU 1999, YTL menerima sejumlah wang lagi daripada Wasli. Wasli turut diarahkan memberi hadiah berupa wang tunai RM500,000 kepada lapan ahli lembaga pengarah Bismark, selain Yong, beliau membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka. Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong.
Ketika menjadi ketua Menteri Sabah, beliau ada kaitan dengan sebuah syarikat iaitu Warisan Harta Sabah (WHS) rugi RM114 juta, berikutan keputusan YTL (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS  dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham ‘blue chips’ dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.
Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM114  juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan dividen daripada MISC. YTL juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.
Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.
Selama tempoh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun. 
Semasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak  hak-hak rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon,Tebobon,Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.
Hak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh YTL ialah;-
I)             1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan.
II)            Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta.
III)          Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta.
IV)          Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.
V)           Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings.
VI)          Duit rakyat di Perbendaharaan Negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan)
VII)         Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.

YTL juga dipercayai mempunyai perwatakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai malah disifatkan antara pemimpin yang mendokong sifat opurtinis dengan mengambil kesempatan atas hubungan baiknya dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan hingga membolehkan beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989. Pada 19 Julai 1990, YTL dilantik oleh Ketua Menteri (Pairin), sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994.
Rentetan krisis dalaman PBS pada waktu itu mendorong YTL keluar PBS  bertindak pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum, sama seperti PBS.  YTL menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik Bahkan, YTL sendiri mengepalai kumpulan mengkhianati Pairin.
YTL dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan banyak menerima dana melalui kapasiti Anwar sebagai Menteri Kewangan. Pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Kemudian YTL umum SAPP keluar BN pada 17 September 2008.
Sebaliknya, pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum PRU 2008 apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah membuat kenyataan “'Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)” bagi mengulas tindakan YTL itu. Maksudnya, YTL merupakan satu-satunya Presiden parti komponen BN Sabah yang tidak tercalon dalam PRU 2008. YTL menuntut janji jawatan Senator, tetapi tidak dipenuhi Musa dan Tun Abdullah Badawi. DUN Sabah yang bersidang tidak mencadangkan nama YTL sebagai Senator tetapi Musa mencadangkan nama lain.
YTL dipercayai termakan janji habuan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim berikutan “angan-angan 16 September”, iaitu pertukaran kerajaan berdasarkan kontroversi puluhan MP akan lompat parti. YTL juga mengakui pernah menemui Anwar sebanyak dua kali dalam tempoh itu, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur. Tindakan SAPP keluar BN hanyalah strategi untuk meredakan kegagalan ’16 September’.
Bagaimanapun,  di pihak YTL, tindakan itu seperti ‘melangsaikan hutang’ dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri - Menteri Kewangan dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee tidak lagi berhutang dengan Anwar.
Pada 20 September 2008, Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan, Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan Alex Lim Su Chung, dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin, bersama 2000 ahli SAPP yang lain bertindak keluar parti itu kerana tidak bersetuju dengan keputusan YTL. Menurut Raymond, perkara itu tidak mendapat persetujuan SAPP, tetapi hanya diputuskan secara de facto oleh YTL dan penyokongnya di kalangan ahli Majlis Tertinggi SAPP.

No comments: