Warisan Tamar
26 Oktober 2010, Selasa
SAH sudah pertandingan 3 penjuru antara Datin Linda Tsen (BN), Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan Ansari Abdullah (PKR) di PRK P185 Batu Sapi. Impian Pakatan Rakyat untuk menampilkan calon solo untuk menafikan kemenangan BN tidak kesampaian. Maka, bersuaralah Wan Azizah, Presiden (Boneka) PKR lalu `menghentam dan menyalahkan' Datuk Yong dan SAPP kerana `kacau daun.' Marah sangat Wan Azizah dengan `kedegilan' SAPP untuk melutut kepada PKR. Wan Azizah mungkin beranggapan SAPP akan tunduk sebagaimana ahli-ahli PKR yang tunduk dan akur dengan ahli-ahli keluarga Wan Azizah dalam apa jua urusan PKR. PKR bukankah milik keluarga?...Anwar Ibrahim Sdn Bhd!
PKR memang amat perasan berpeluang untuk memenangi dan menewaskan BN. Kalau bertanya apakah alasan kekalahan PKR kelak, PKR sudah pasti akan menjadikan SAPP kambing hitam...Soal mereka akan menghentam dan memfitnah BN...itu sudah perkara biasa! Mungkin PKR menganggap Datuk Yong boleh `dikawtim'...Malangnya, Datuk Yong pun sama rakus dengan PKR!
PKR memang amat perasan berpeluang untuk memenangi dan menewaskan BN. Kalau bertanya apakah alasan kekalahan PKR kelak, PKR sudah pasti akan menjadikan SAPP kambing hitam...Soal mereka akan menghentam dan memfitnah BN...itu sudah perkara biasa! Mungkin PKR menganggap Datuk Yong boleh `dikawtim'...Malangnya, Datuk Yong pun sama rakus dengan PKR!
Nampak sangat PKR kelihatan `kalut' dalam bermimpi untuk memenangi PRK ini. Inilah namanya tidur sebantal, mimpi lain-lain! Harap Datuk Yong tidak membalas ayat-ayat cinta Wan Azizah dengan menyebut perkataan liwat atau yang sewaktu dengannya! Itu sensitif dan bakal menaikkan nafsu amarah suami Wan Azizah. Elakkan juga makan karipap terutamanya di hadapan Wan Azizah!...Are you OK Mr Yong? Just my 2 cents advise!
Bandar Sandakan lazimnya tidak mengalami masalah trafik dan agak tenang, mula menerima `lautan' manusia dari serata negara. Sudah pasti ia akan menjanjikan limpahan peluang dan keuntungan ekonomi yakni dari sekecil hinggalah sebesar perniagaan! Cuma diharap usahlah rakus dan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Selepas 4 November kelak, sudah pasti masyarakat Sandakan merindui suasana `hiruk pikuk' PRK ini. Anggaplah, PRK ini satu pesta yang menggembirakan!!! Walaupun ada yang geleng kepala...kerana merasakan `keamanan' hidup selama ini `dirampas' untuk tempoh singkat. Bersabarlah!!!
No comments:
Post a Comment