Thursday, June 26, 2008

DATUK ANIFAH: `PRESIDEN' PARTI BEBAS SABAH?

Warisan Tamar
26 Jun 2008

Fuhhh...Datuk Yong Teck Lee, makin galak mengaitkan orang lain dalam `perjuangan' beliau. Terbaru beliau `mengajak' dan menawarkan Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis (BN-UMNO) supaya sama-sama `menubuhkan kumpulan Ahli Parlimen bebas' dan mencadangkan sekaligus menyokong Datuk Anifah mengetuai kumpulan tersebut...lebih kurang sama macam Presiden lah!!! Ini semua gara-gara kenyataan `ikhlas' Datuk Anifah berkenaan pasukan bertindak terhadap PATI di Sabah yang akan dilancarkan sepertimana diumumkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Dimana komen Datuk Anifah, task force tersebut hendaklah diketuai oleh YAB Ketua Menteri Sabah selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan hal-hal imigresen.

WT- Alamak Datuk Yong! Macam Datuk Ghaffur Salleh, Ahli Parlimen Kalabakan (BN-UMNO) bilang a.k.a kata `kenyataan keras dari ahli parlimen BN/UMNO tidak semestinya digambarkan atau diinterpretasikan sebagai satu isyarat untuk menjadi dan menyertai pembangkang serta keluar dari BN'.

Don't jump to the conclusion lah Datuk Y....

UPDATE: Seperti saya jangka, Datuk Anifah menolak cadangan Datuk Yong. Katanya, mungkin beliau berkongsi aspirasi yang sama dengan Datuk Yong dalam memperkatakan isu berkaitan `kepentingan' Sabah dan rakyat Sabah tapi beliau tidak berkongsi pendirian sama dalam isu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

TAN SRI MUHYIDDIN - SAH BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN?

Warisan Tamar
26 Jun 2008

Telah diteka-tekikan bahawa TS Muhyiddin akan bertanding jawatan No.2 dalam UMNO sebelum ini. Kesempatan minum teh tarik dengan sahabat-sahabat dari Johor baru-baru ini, timbul semula cerita ini. Kata mereka `konpem' TS Muhyiddin bertanding jawatan No. 2 dalam UMNO. Kata orang inilah yang dikatakan cakap kedai kopi. Tapi berlaku juga dimana cerita kedai kopi begini sebenarnya `dirancang' dengan sengaja supaya sesuatu cerita bertebaran di seluruh pelusuk kedai kopi...hmmmm, empunya badan saat ini jika ditanya pasti akan memberikan jawapan standard - `Tiada komen buat masa ini, tunggulah apabila tiba masanya'.

WT- Terpulanglah untuk kita mempercayainya atau tidak. Tapi Datuk Seri Najib mau letak mana geng???

Dalam ramai-ramai calon Naib Presiden UMNO nanti, mungkin Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan menjadi calon terakhir mengumumkan beliau akan bertanding untuk jawatan tersebut.Yang terakhir, kadang kala boleh jadi yang paling `top'...Ingat! Jangan pandang tiada mata brader.....

MUTAKHIR: UMNO

Warisan Tamar
26 Jun 2008

Tan Sri Isa Samad, Naib Presiden UMNO yang digantung hak keahliannya selama 3 tahun telah `dibebaskan' dan dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO Disember 2008. Beliau juga dipercayai telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sama (Naib Presiden) dalam pemilihan akan datang.

Sdr Ezam Mohd Noor, bekas `orang kuat' PKR diterima masuk menjadi ahli UMNO tetapi tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO Disember nanti. Kata Ezam, beliau bersyukur kerana diterima dan tidak kisah tidak dibenarkan bertanding kerana beliau masuk UMNO bukan mengejar jawatan dalam kepimpinan UMNO.

WT- TS Isa melakukan perhitungan semula dengan sahabat-sahabatnya di dalam UMNO. Jangan pandang TS Isa tiada mata! Tapi TS Isa jangan lupa bayar yuran tahunan RM1...nanti `disqualified'.

Sdr Ezam- jika kepulangan ke UMNO ini dianggap penyesalan kerana bersama DS Anwar, maka buktikan segala-galanya! Jangan cakap ada berpuluh atau beratus kotak rahsia tapi akhirnya...habuk pun tarak! Buktikan sumpah atas nama Allah dan Nabi Muhamad s.a.w yang dilafazkan bukan mainan mulut tapi ingatlah kesannya jika sumpah itu diabaikan. Jangan makan sumpah! Selamat Berjuang bro.....

Saturday, June 21, 2008

BERAKHIRKAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL?

Oleh Warisan Tamar
21 Jun 2008

PADA 8 Jun 2008 yang lalu, genaplah 100 hari pemerintahan atau pentadbiran kerajaan selepas PRU12 pada 8 Mac 2008 samada oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR). Sepertimana diketahui umum, BN berjaya mengekalkan tampuk kuasa pemerintahan diperingkat pusat dengan mendapat majoriti bukan 2/3 yang selama ini dinikmati dengan selesanya. Manakala PR (dahulunya Barisan Alternatif) selain menafikan majoriti 2/3 BN telah juga menawan empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan mengekalkan pemerintahan di Kelantan. Ini tidak mengambil kira kemenangan besar PR di Lembah Kelang / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Senario politik Malaysia jelas mengalami perubahan yang agak drastik apabila berlakunya `rampasan’ kuasa daripada BN dinegeri-negeri tertentu. Meskipun BN berjaya mengekalkan pemerintahan peringkat pusat atau Putrajaya tetapi parti komponennya terutamanya yang berpusat di Semenanjung Malaysia bergelut dengan pelbagai krisis yang dikaitkan dengan `kelemahan’ kepimpinan parti. UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP menerima tamparan yang cukup hebat selepas PRU12. PR yang dianggap `underdog’ semasa PRU12 kini semakin galak untuk mematah dan menumpulkan taring BN.

Dalam pada BN tercari-cari formula ampuh untuk memulihkan kejutan yang diluahkan oleh pengundi pada PRU12, PR semakin mengukuhkan semangat dan mempertajamkan usaha untuk melakukan `rampasan paling dahsyat’ sebelum PRU13. BN dan PR masing-masing dengan keyakinan untuk mengekalkan dan mengambilalih `kuasa’ di Putrajaya. Apa pentingnya kuasa Putrajaya kepada BN dan PR? Mengapa tidak menanam hasrat menggunung untuk menawan negeri-negeri yang terlepas mahupun gagal dikuasai? Mengapa hanya hipotesis bahawa Parlimen sahaja akan berubah pola dihuru harakan? Dan mengapa tidak di kecohkan DUN-DUN seperti Perak, Terengganu, Sabah atau Kelantan yang akan berubah kedudukan pemerintahan?

Jika diberi pilihan sekalipun kepada kedua-duanya (BN dan PR) untuk memilih samada kuasa di negeri atau di Putrajaya, sudah tentu pilihan utama adalah PUTRAJAYA. Secara ringkasnya, Putrajaya teramat penting untuk dimiliki jika mahu mempunyai kuasa `mutlak’ pemerintahan negara kerana banyak kuasa di Putrajaya yang tiada di negeri-negeri. Tiada ummppphh kata orang kalaupun menang semua negeri tapi tewas di peringkat pusat.

Saya lebih berminat untuk berbicara tentang kemampuan BN untuk mengekalkan kuasa peringkat Pusat dan menerajui kepimpinan negara yang berpusat di Putrajaya. Apakah ancaman rampasan kuasa melalui lompatan emas wakil rakyat BN ke PR akan menjadi kenyataan sekaligus menamatkan kekuasaan BN menerajui tampuk pemerintahan negara semenjak merdeka lagi?


KEPIMPINAN DAN RAKYAT
Kekalahan BN pada PRU12 disebabkan oleh kelemahan pemimpin yang ada dan rakyat sudak muak dengan muka pemimpin yang sama serta tiada inovasi yang diharapkan oleh rakyat. Demikian kesimpulan umum yang boleh dibuat terhadap kritikan, cemuhan dan pendapat rakyat akar umbi negara terhadap BN. Pada saya bukan setakat UMNO diserang sakit jantung malah semua parti komponen BN yang berpusat di Semenanjung Malaysia juga menerima nasib serupa.

Oleh kerana pemimpin UMNO merupakan tulang belakang kepada kepimpinan negara maka kritikan dan desakan sebenarnya jelas lebih menyasarkan kepada mereka. Paling menyesakkan dada ialah desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah (DS Abdullah) agar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dilontarkan tidak henti-henti sejak dari saat kekalahan BN/UMNO Mac lalu. Hinggakan sampai ke tahap biarlah siapa pun jadi PM asalkan bukan DS Abdullah. DS Abdullah dianggap `penyebab’ utama kepada kekalahan BN dan longlainya sokongan rakyat terhadap BN khususnya BN.

Namun, DS Abdullah `cekap’ bermain bunga silat dan pandai berdalih serta memberi alasan untuk kekal di kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya. Alasan yang paling saya ingati adalah apabila beliau merasakan bahawa kemenangan selesa BN dan hanya kurang 8 kerusi untuk mendapat majoriti 2/3 maka ia bukanlah masalah besar atau penting sehingga perlu untuk terhegeh-hegeh melakukan peralihan kuasa serta mengundurkan diri. Kemudian timbullah beberapa titik hitam dan rentetan negatif yang kelihatan berterusan. DS Abdullah terus bersikap `Aiman tak kisah!’ dan `serba tak tahu’.

Adakah mesej akar umbi dan sentimen yang dimainkan dengan agak jayanya oleh PR tidak mengusik jiwa DS Abdullah bahawa kelemahan kepimpinan BN yang beliau terajui adalah antara faktor utama kekalahan BN? Atau beliau ada perancangan tersendiri yang tidak terfikir oleh pihak lain?

Kegagalan memahami perasaan dan kehendak rakyat tidak boleh dianggap sebagai perkara remeh semata-mata. Apa yang ada di dalam tangan BN kini bukanlah sesuatu yang amat kuat untuk dipegang. Kalau pemimpin BN di Sabah yang tidak berhadapan masalah sokongan rakyat @ pengundi semasa PRU12 mula berkata bahawa daripada tinggal di dalam rumah banglo tapi duduk di dalam tandas, lebih baik berpindah ke rumah teres walaupun kecil tapi sendiri rasa selesa (tidaklah terasa tidur dalam tandas).

Apakah mesej yang diterima oleh kepimpinan BN terutamanya yang tinggal di dalam rumah banglo tapi mempunyai bilik yang besar, sofa empuk dan makanan yang enak? Kegagalan memahami dan mentafsirkan apa yang tersirat, akan membawa posibiliti yang tinggi kepada selesainya perjuangan pemimpin BN dalam menerajui tampuk pemerintahan pusat.

HUBUNGAN ANTARA PARTI KOMPONEN
Ayat lumrah dituturkan adalah parti komponen BN bersatu hati menyokong kepimpinan DS Abdullah sebagai teraju utama BN dan PM. Adakah ia ikhlas dan benar-benar mewakili perasaan serta kehendak rakyat atau ahli parti komponen berkenaan?

Benar soal keikhlasan adalah sesuatu yang subjektif kerana banyak putarbelitnya jika ia dipersoalkan. Namun yang jelas keikhlasan tersebut hadir kerana telah `dimaktubkan’ bahawa jika tidak ikhlas bererti tidak menyokong kepimpinan. Jika tidak menyokong maknanya tidak berkenan dengan kepimpinan. Lalu lebih jauh lagi adalah bererti parti komponen itu harus mengisytiharkan keluar dari BN. Rakyat beranggapan BN adalah sebuah parti `kumpulan pak angguk’ walaupun pada hakikatnya tidak mungkin sedemikian.

Mutakhir ini, parti komponen BN sudah mula bersuara di sana sini. Pelbagai pandangan, kiasan dan sebagainya dilontarkan khusus kepada kepimpinan BN. Antaranya beberapa parti komponen menyatakan pandangan bahawa sudah tiba masanya sistem satu parti BN diwujudkan. Bererti tiada lagi UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PBS dan lain-lain. Hanya ada parti tunggal BN. BN akan dikenali sebagai sebuah parti berbilang kaum dan bukan berasaskan perkauman. Tidak hairanlah ada parti selain UMNO mula mengorak langkah untuk membuka keahlian kepada bukan Cina. Rasanya UMNO telah berbuat demikian, samada sedar atau tidak UMNO juga disertai oleh ahli bukan Melayu iaitu bumiputera Islam dan bukan Islam dari Sabah. Apakah ia akan direalisasikan ke arah `melahirkan’ parti tunggal BN yang berbilang kaum, bangsa dan agama?

Hubungan antara parti komponen BN tidaklah retak tetapi sedang mengalami gegaran. Ia mungkin tidak sekuat mana tapi ia harus dihalusi jika tidak mahu ia menyebabkan keretakan serius dalam BN. Masing-masing kelihatan cuba keluar dari kepompong `pak angguk’ seperti didakwa ramai pihak dan juga kelihatan cuba `mendekati’ kehendak rakyat dan ahli parti masing-masing.

PARTI KOMPONEN BN DI BORNEO
Sabah dan Sarawak merupakan negeri-negeri dimana komponen BN menyumbang kepada kekalnya BN sebagai pemerintah di Putrajaya. Dengan modal tersebut, tidak hairanlah lahirnya suara-suara lantang dikalangan ahli Parlimen BN dari Sabah khususnya untuk menuntut `peruntukan’ yang lebih besar dan menarik dari Putrajaya. BN diperingkat pusat telah melakukan apa yang harus dilakukan walaupun ia dilihat oleh ramai pihak masih sedikit berbanding banyaknya `keperluan’ yang dituntut.

Pimpinan PR juga menyedari betapa `pentingnya’ kedua-dua negeri tersebut diberikan perhatian. Berbanding PR, BN sebenarnya telah melakukan atau memberi perhatian yang lebih kepada Sabah dan Sarawak. Suasana PRU12 di kedua-dua negeri tidak `sepanas’ di Semenanjung Malaysia bilamana serangan bertubi-tubi yang dilancarkan oleh PR terhadap BN.

Apabila ahli parlimen dari Sabah mula mengeluarkan taring, melemparkan tuntutan, ia ternyata menggamit pimpinan BN untuk lebih kerap turun ke Kota Kinabalu dan Kuching. Malah PR juga mula mengorak langkah lebih agresif. Sudah tentu, PR dengan `janji-janji manis’ mereka cuba memancing ikan-ikan yang `kelaparan’. Setakat ini, berdasarkan realiti semasa hanya SAPP yang condong untuk `memakan’ umpan PR. Yang lain, masih berselindung disebalik batu. PR pula amat yakin bahawa umpan mereka akan dimakan oleh ikan-ikan `emas’ dari Sabah dan Sarawak. Sejauh mana kebenaran dakwaan DS Anwar, bagi saya ia ada benarnya! Dalam politik segalanya berkemungkinan. Namun PR janganlah terlalu `over confident’. Silap haribulan, ikan-ikan emas PR di Semenanjung yang beralih arah!!!

Justeru, parti komponen BN di Sabah dan Sarawak amat besar maknanya kepada kekuatan BN pada saat ini (sekurang-kurangnya sehingga PRU13 akan datang). Menghamburkan janji dalam bentuk RM berbillion-billion nilainya bukanlah penyelesaian total kepada apa yang disuarakan oleh pemimpin dari Sabah dan Sarawak. Orang Sabah sebenarnya `rindu’ dengan kehadiran pemimpin dari Putrajaya. Semasa membawa UMNO ke Sabah, rasanya begitu ramai pemimpin UMNO malah komponen BN yang lain (di Semenanjung) berkampung dan berkelana di pelusuk kampong daif di negeri Sabah. Itu dulu!!!

ISU SEMASA
Kerajaan BN akhir-akhir ini memang dihimpit dengan pelbagai masalah. Ia `musibah’ yang datang dari dalam dan luar. Isu-isu besar yang mengusik hati rakyat seperti kenaikan harga minyak, isu kehakiman dan lain-lain perlu dikategorikan isu besar yang perlu ditangani oleh BN secara berhemah dan telus.

Isu harga minyak bukan mudah untuk dirungkaikan. Pemimpin BN harus mengemblengkan tenaga dan usaha untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan segala kemelut yang terhasil daripada tindakan paling tidak popular kerajaan BN iaitu menaikkan harga minyak. Menaikkan harga minyak juga telah menaikkan pelbagai barang dan perkhidmatan yang akhirnya tidak memuaskan hati rakyat.

BN sebenarnya masih kurang efektif dalam menyalurkan maklumat disebalik kenaikan harga minyak. Maksudnya, selain menteri dan pemimpin atasan, berapa keratkah pemimpin pertengahan atau akar umbi dikalangan parti komponen BN yang bergerak, berceramah dan sebagainya untuk menerangkan secara lebih effisien cerita disebalik kenaikan harga minyak. Sebab itulah, rakyat termasuk ahli-ahli parti komponen BN sendiri pun tidak bersetuju dan tidak berpuashati.

BN gagal mengerakkan tenaga dan melakar strategi yang ampuh untuk menangani isu-isu semasa. Kalau ahli parti sendiri pun tidak percaya dengan penjelasan pimpinan BN, bagaimana dengan ahli parti lawan dan rakyat akar umbi?

Apakah kegagalan ini juga disebabkan kelemahan kepimpinan BN sedia ada? Ini kerana itulah yang diluahkan oleh rakyat akar umbi malah ahli parti di bawah BN.

STRATEGI PR DAN KELICIKAN ANWAR IBRAHIM
Sekiranya telah tertulis disebalik yang tersirat bahawa BN kecundang akhirnya, daripada banyak faktor, strategi politik dan kelicikan DS Anwar juga memainkan peranan penting. Saya rasa pemimpin BN tidak lagi boleh memandang rendah kemampuan PR dan DS Anwar melakukan sesuatu yang dianggap mustahil oleh BN iaitu `merampas’ tampuk pemerintahan yang sebelumnya didominasi oleh BN.

Ada suara-suara `misteri’ mengatakan PR khususnya DS Anwar mendapat `green lane’ daripada pimpinan BN sendiri dalam melancarkan serangan terhadap BN. Kemudian dikatakan bahawa pimpinan BN juga berpecah dalam bersatu. Pemimpin peringkat atasan BN harus tunduk ke bawah bukan mendongak ke langit. Kalau setakat mendengar `akujanji’ antara pemimpin bahawa taat setia tidak terbelah dan terbahagi diberikan kepada DS Abdullah, saya rasa DS Anwar pun tersengih. Sebab itu perkara biasa dalam politik.

Kelicikan DS Anwar juga dilihat sukar dikawal dengan `kelembutan’ BN itu sendiri serta ketiadaan pelan dan strategi bertahan dan menyerang yang baik yang mampu diterjemahkan oleh BN. BN sendiri bergolak di dalam `tenang’ pada saat semua parti komponen BN kononnya `bersatu hati’ untuk DS Abdullah. Sebab itu juga DS Anwar semakin galak dengan tarikh-tarikh keramat beliau. Beliau sudah jadi macam nujum pak belalang apabila sentiasa menguar-uarkan `kejutan’ yang bakal berlaku. Terkini, katanya tunggu 16 September 2008!!!

Cuma saya tertanya sejak DS Anwar dibenarkan aktif berpolitik dalam sebulan dua ini, tidak pula saya mendengar atau melihat `keahlian’ beliau dalam PKR. Atau saya terlepas pandang? Atau memang sengaja tidak menjadi ahli PKR? Atau kelak masuk UMNO semula dengan alasan serupa dengan Ezam – saya tidak keluar UMNO tapi dipecat! DS Anwar kini semakin licik berbanding ketika berada di dalam gengaman Tun Mahathir.

AKHIRNYA….
Berdasarkan situasi semasa, BN memang sedang melalui onak duri yang menyakitkan. Serangan dan musibah datang dari setiap pelusuk penjuru. BN seperti kata seorang sahabat – BN sudah tidak dijiwai oleh ahli-ahlinya lagi. Pengerusi BN acap kali didengarkan dengan suara `keras’ dan didatangi mimpi `ngeri’ yang lantang memintanya turun dari tampuk kuasa. Ia menjadi satu fenomena abnormal dinegara kita bila seorang ketua sebuah parti yang besar, yang hanya 8 kerusi sahaja lagi untuk mencapai majoriti 2/3 di Parlimen tetapi didesak tidak sudah-sudah agar meletakkan jawatan. Kestabilan dan keselamatan negara haruslah dipertahankan bukan oleh orang lain tapi oleh kerajaan BN sebagai penguasa dan pemerintah negara kita yang tercinta.

BN harus ada pelan strategik yang lebih efektif dalam menyediakan pertahanan dan menyerang apabila sesuai. Kadangkala, pihak yang menyerang sentiasa lupa memperkemaskan benteng pertahanan mereka atau mereka leka dengan bayang-bayang `kemenangan’ yang diuar-uarkan oleh ketua mereka. Pada saat itulah waktu dan masa paling sesuai untuk BN melakukan serangan balas. Jika tidak lebih baik menyerah diri saja lah – habis cerita!

Apapun, saya meyakini bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus memegang tampuk pemerintahan negara. BN akan terus berkuasa dan menduduki Putrajaya. Hanya ada satu sebab sahaja jika sejarah ingin dicatatkan, fenomena abnormal direalisasikan dimana BN kecundang, perjuangan selesai dan berundur dari Putrajaya iaitu rebahnya BN adalah kerana perbuatan ahli-ahli BN sendiri termasuk pemimpin-pemimpinnya dan ia bukan disebabkan oleh kekuatan Pakatan Rakyat mahupun disebabkan oleh `kehebatan’ DS Anwar!

Friday, June 20, 2008

LAPOR JIKA SEKOLAH PERLU NAIK TARAF

BH Online
20 Jun 2008


ALOR STAR:
Kerajaan negeri perlu melaporkan kepada Kementerian Pelajaran sekiranya terdapat sekolah yang perlu dinaik taraf di negeri masing-masing, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata kementerian tidak keberatan untuk menerima apa-apa laporan berkaitan hal tersebut kerana keselamatan dan keselesaan di sekolah amat penting.

“Kita mempunyai Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) yang bertanggungjawab untuk menguruskan perkara seperti ini.

“Keselamatan pelajar serta warga pendidik di sekolah menjadi keutamaan dan kita perlu bendung apa juga bencana dari awal,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebakaran yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Suka Menanti di sini, awal pagi semalam, yang difahamkan berusia lebih 20 tahun dan perlu dinaik taraf.

“Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan bekerjasama untuk melaporkan segala yang berlaku kerana terdapat kira-kira 10,000 sekolah di seluruh negara di bawah seliaan kementerian,” katanya.

Mengenai sekolah di negeri pembangkang, Hishammuddin berkata mereka juga perlu prihatin dan melaporkan kepada kementerian sekiranya ada sebarang masalah.

WT- Kerajaan negeri terutamanya Sabah harus merebut peluang ini untuk menaik taraf majoriti sekolah-sekolah di Sabah yang semakin usang dan perlu `diceriakan'. YB-YB jangan asyik berpolitik tapi masalah sekolah tidak dipedulikan.

8 PERISYTIHARAN UNTUK RAKYAT SABAH

BERNAMA
20 Jun 2008

KOTA KINABALU:
Majlis Tertinggi SAPP yang mengadakan mesyuarat tergempar, hari ini menggariskan lapan 'perisytiharan penduduk Sabah' bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif.

Lapan perisytiharan itu ialah :

* Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.

* Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.

* Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.
* Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas.

* Undang-undang pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.

* Sabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan jabatan persekutuan di Sabah, sebolehnya diketuai rakyat tempatan.

* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.

* Kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosial melibatkan Sabah dan negeri lain.

WT: Seperti kata Yong Teck Lee, `within this 48 hours is very crucial time for him and SAPP'. Bak kata orang `berani buat berani tanggung brader!!!

# Dalam pada itu, Majlis Tertinggi SAPP memutuskan menerima keputusan untuk undi tidak percaya kepada PM. Bermakna ia sudah menjadi keputusan rasmi SAPP. Berhubung soal kedudukan di dalam BN, SAPP menyerahkan kepada pimpinan BN untuk menentukannya.

# BPR juga memberitahu bahawa siasatan terhadap komisen RM5 juta yang dikaitkan dengan Datuk Yong Teck Lee semasa soal jawab mahkamah dalam kes rasuah Tan Sri Kasitah Gaddam akan disiasat.

YONG TECK LEE : YOU ARE ALONE!!!

NST Online
June 20, 2008

WHAT a moment that must have been for Sabah Progressive Party president Datuk Seri Yong Teck Lee. What a way to make history - as the first Barisan Nasional component party to call for the ouster of an incumbent coalition chairman and sitting prime minister. In the past, if and when any BN component lost faith in the coalition to such an extent as to be at odds with the government, it would simply pack up and leave.

No one knows this better than Yong, who was with Parti Bersatu Sabah when it pulled out of the BN just weeks before the 1990 general election, and who then pulled out of PBS four years later to help bring down the state administration and ensconce his own SAPP within the BN, the better to have his two-year turn as Sabah chief minister.

Well, there he goes again. If "politics is the art of the possible", it can be frankly amazing just what heights of brazen conceit are possible in the Malaysian version of the art. Yong chose his moment to coincide with the BN's lowest ebb, with the coalition still painfully convalescing nearly four months since its mauling in the March general election.

At a time when the BN's components are striving to reconsolidate themselves as parties and partners-in-government, the SAPP under Yong shakes the table. The blatant cynicism of this act devalues Yong's righteous "justifications" - Sabah's illegal immigrant problem, share of resource revenues and relationship with the peninsular centre.

These are real and pressing issues, and they are receiving real and urgent attention by the present state and federal administrations, as witness the billions of ringgit in development pledged to Sabah in just the past month. Yong's gambit does nothing to help these causes, and indeed does them unwarranted harm.

However, this shabby attempt to lob a bombshell into the BN is unlikely to have much effect. Yong's initiative hasn't raised much applause among the constituents of the Pakatan Rakyat, other than Datuk Seri Anwar Ibrahim's prompt claim of credit. Anwar's overture only casts further into disrepute Yong's bid to mask his motives as pious concern for Sabah and its peoples.

Most importantly, many of Yong's SAPP colleagues are repudiating his action, drawing a clear distinction between the party and its president. If saner heads prevail, the party itself may not have to quit the BN. That cannot be said for Yong Teck Lee. He must surely go.

Wednesday, June 18, 2008

KERAP BACA BLOG TIDAK SEMESTINYA UNDI PEMBANGKANG

Bernama Online
17 Jun 2008

KUALA LUMPUR: Laman web dan blog di internet hanya media pilihan keempat pengundi sebagai sumber maklumat pada pilihan raya 2008 selepas televisyen, akhbar dan ceramah politik.

Dapatan daripada kajian bertajuk "Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008" turut menunjukkan meskipun 80 peratus responden tahu mengenai blog, ia lebih digemari dan diterima oleh golongan kelas pertengahan dan bawah.

Kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz, Dr. Rahmat Ghazali dan Dr. Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu turut mendapati tiada data kukuh yang dapat menjuruskan bahawa kekerapan melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang.

"Setelah dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik yang kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet telah mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang.

"Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah," kata Dr. Baharuddin.
Kajian sebulan itu turut mendapati banner, poster, bendera dan risalah telah memainkan peranan dan pengaruh yang berkesan terhadap pengundi memilih pembangkang.

Klip video V.K Lingam pencetus utama
Kajian yang dilakukan ke atas 1,100 pengundi dari empat zon iaitu zon utara (28 peratus), Selatan (22 peratus), Pantai Timur (19 peratus) dan Tengah (31 peratus) ini menggunakan kaedah persampelan kelompok berlapis.

Ia mendapati isu dan komen yang timbul dalam blog mulai September 2007 telah mampu membentuk dan mengacuankan minda pengundi kepada pembangkang.

"Isu yang dibangkitkan blogger mulai September 2007, bermula dengan kes klip video V.K Lingam yang memaparkan perbualan antara peguam terkemuka dengan seorang yang dikatakan Hakim Kanan mengenai urusan pelantikan hakim adalah titik perubahan yang menyebabkan pengundi menjauhi parti pemerintah dan mula cenderung kepada pembangkang," kata Dr. Baharuddin.

Internet dan blog telah muncul sebagai jendela kepada kelainan iaitu wadah kepada kandungan yang berbeza daripada apa yang disajikan oleh media arus perdana, katanya.

Pembaca memilih blog kerana mereka inginkan kelainan serta mengukuhkan persepsi mereka. Tiga puluh lapan peratus responden berpuas hati membaca blog kerana isu yang dikupas berbeza dengan media aliran perdana.

"Bila menteri dan ahli politik turut sama dalam fenomena ini bererti mereka mengakui pengaruh blog dan kewartawanan online, justeru mendedahkan pembaca dengan pandangan yang seimbang.

"Pihak berkuasa tidak perlu over react. Tambahan pula, kebanyakan penulisan yang diterbitkan dalam blog tidak perlu dilihat dengan begitu serius tetapi komen yang diberikan perlu dilihat sebagai maklum balas yang positif," kata Dr. Baharuddin.

Hampir separuh responden baca blog di pejabat
Kerja lapangan untuk kajian dijalankan pada hari pembuangan undi dengan taburan responden sebanyak 57 peratus lelaki dan 43 peratus wanita. Enam puluh enam peratus responden berusia bawah 40 tahun.

Antara dapatan menarik ialah blog adalah corak yang memusat kepada kawasan bandar dan berpengaruh kepada golongan muda berusia bawah 35 tahun serta hampir separuh responden iaitu 41.3 peratus melayari blog di pejabat dan 31.7 peratus di rumah.

Empat puluh empat peratus menjawab mereka melayari laman blog sebanyak dua atau tiga kali sehari dan 33 peratus responden langsung tidak pernah melayari laman blog.

Apabila ditanya adakah isu yang diketengahkan blog mempengaruhi pemilihan calon, 55.2 peratus responden menjawab "ya" dan 41.8 peratus "tidak".

Antara isu dalam laman blog yang menjadi pilihan responden ialah kenaikan harga petrol dan barang keperluan, video klip V.K Lingam, isu badan kehakiman, isu Bersih dan rasuah.

Manakala taburan peratusan parti yang diundi oleh responden ialah 48.6 peratus mengundi pembangkang dan 41.1 peratus responden mengundi Barisan Nasional.

Hampir 36 peratus pembaca blog percaya sikit-sikit kepada kandungan laman blog, 16.4 peratus percaya hampir semua, 2.8 peratus percaya semua dan 4.9 peratus tidak percaya langsung.

Antara laman blog dan web yang menjadi pilihan responden ialah Malaysiakini.com, Suara Keadilan, Suruhanjaya Pilihan raya, Harakah Online, Berita Harian online, Youtube, Utusan Malaysia online, Malaysia Today, The Star online dan agensiagensi berita.

Cabaran pilihan raya akan datang
Ketika ditanya cabaran pilihan raya akan datang, Dr. Baharuddin berkata perangsaraf media digital dan kecederungan golongan muda perlu diberi perhatian serius, apatah lagi dengan 1.8 juta pengundi baru layak mengundi pada tahun 2012/2013. TV Mudah alih (Mobile TV) dan rangkaian telefon bimbit akan turut memainkan peranan besar.

"Kita tidak dapat menidakkan jurang digital masih lagi wujud di negara kita namun pengaruh media baru tidak dapat kita sanggah. Semasa pilihan raya kecil di Ijok (Selangor) dan Machap (Melaka), bloggers sudah ada, tetapi kenapa impaknya tidak begitu kelihatan tetapi keadaan sebaliknya pula berlaku ketika pilihan raya 2008", katanya.

Parti pemerintah kali ini dikejutkan ketika pilihan raya kerana terdapat pelbagai isu yang ditangani dengan lemah.

"Contohnya, pada 13 Februari lepas bukan sahaja berita mengenai pembubaran parlimen malah pada hari yang sama juga muka surat depan kebanyakan akhbar memaparkan berita mengenai krisis badan kehakiman," katanya.

Pengurusan isu sangat penting kerana pendekatan yang lemah inilah yang membuatkan pengundi bercelaru dan beralih kepada blog untuk penjelasan lanjut.

Dan memetik katakata salah seorang pembentang kajian ini, Dr Rahmat Ghazali, yang menekankan apabila terdapat terlalu banyak blog yang mendorong sifat anarki tidak mustahil jika kita melahirkan masyarakat yang anarkis. Fikirkan !.
WT - Sama-sama kita fikirkan!!!


SAPP's VOTE OF NO CONFIDENCE AGAINST PRIME MINISTER (PM)

STAROnline
June 18, 2008 (Wednesday)


KOTA KINABALU: The Sabah Progressive Party (SAPP) has lost confidence in Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, it said at a press conference here Wednesday.

In the coming sitting of the Parliament session on Monday, its two Members of Parliament will support a vote of no confidence against the Prime Minister, the party said.

Whether its MPs table the vote of no confidence, or whether other MPs will do it, would be determined in due course, it said in a statement.

SAPP’s two MPs are Datuk Eric Enchin Majimbun (P171 Sepanggar) and Datuk Dr Chua Soon Bui (P190 Tawau).
The party also has four state representatives.

The statement was read out by Dr Chua and signed by Majimbun, who was overseas on official duties. He will be back for the Parliament sitting next Monday, June 23.

The statement listed four areas of dissatisfaction with Abdullah's premiership:

1) That no concrete action had been taken on the issue of illegal immigrants, despite repeated requests by SAPP and other Barisan component parties;

2) That the government had offered no holistic economic solutions to cushion the blow of the sudden hike in fuel prices, which had greatly burdened the people and threatened further hardcore poverty;

3) That not enough attention had been paid to issues raised by the people of Sabah -- poor delivery systems, corruption, wastage, lack of transparency and accountability -- and that SAPP would have failed in its duty as elected representatives if these issues continued to be ignored; and

4) That the people have lost confidence in Abdullah, and that if he can't perform, he should step aside and make way for another leader to take over.

Talk had been rife Wednesday morning that SAPP was going to abandon the Barisan Nasional coalition and defect to the Pakatan Rakyat alliance.

The party is running a poll on its blog, asking members of the public whether it should stay on in Barisan, leave the coalition but remain independent, or join Pakatan.

At press time, there were 2,828 votes tallied, with 85% (2,411 votes) asking SAPP to join Pakatan. Only 2% (80 votes) urged it to stay on with Barisan, while the remainder suggested it quit Barisan but remained unaligned.

WT - PM said that he unaware of Sabah MPs forming own bloc. He said, he had not been told about the speculation. Donno or just make donno? I think PM should asks his dozen of advisers to work harder so that he won't missed any coming political move either planned or unplanned. Difficult lah if everything `serba tak tahu'. Sometimes what people talk at coffee house is actually a true story and the gossip become reality. BN should take appropriate action against SAPP for `breaching' the spirit of BN according to some BN components leaders.

Sunday, June 15, 2008

Salam Transformasi!

Oleh Warisan Tamar
15 Jun 2008

Saudara/i pembaca yang saya hormati,

SAYA menyedari dalam tempoh lebih kurang dua tiga minggu kebelakangan ini, blog saya menerima kunjungan yang memberangsangkan. Memberangsangkan dari kaca mata saya sebab saya hanyalah blogger kecil jika dibandingkan nama-nama besar seperti chedet.com, drkhir.com, kudakepang, Sdr KJ dan lain-lain. (menerima kunjungan lebih 2 ribu pembaca bagi blogger sekerdil saya adalah sesuatu yang mahal nilainya!). Namun terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung saya dan pembaca tulisan mahupun koleksi tulisan yang diambil dari blogger lain. Semoga ia akan menjadi pendorong kepada saya untuk terus berkongsi pandangan dan pendapat bersama saudara/saudari semua.

Beberapa tulisan saya juga telah dibenar muat oleh moderator atau administrator blog dimana mereka telah memaparkan tulisan saya untuk dikongsi bersama pembaca mereka. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka seperti agendadaily, MalaysiaToday dan sebagainya. Malah saya juga menyedari secara tidak langsung (selepas dimaklumkan oleh sahabat saya @ pembaca tulisan saya) bahawa terdapat beberapa blogger lain juga mengambil (cut & paste) tulisan saya untuk dipaparkan di dalam blog mereka. Terbaru dimana penulis di mykmu.net merujuk kepada artikel import saya (saya mengesahkan ia tulisan yang diimport daripada laman web Sdr KJ!)

Saya tidak ada masalah untuk tindakan tersebut buat masa ini. Saya mengalu-alukan kepada mana-mana rakan blogger atau penulis yang ingin mengongsikan info yang ada di dalam blog saya atau pun tulisan saya untuk dipaparkan di blog masing-masing. Cuma lagi usahlah ia dimodifikasikan hingga menjejaskan maksud dan tulisan saya tersebut.

Saya juga mengalu-alukan para pembaca mahupun sahabat bloggers yang lain yang ada menghantar email kepada saya untuk berkongsi pendapat. Saya menghormati pilihan sebahagian mereka kerana mereka merasakan lebih baik memilih berkongsi pendapat melalui email daripada melemparkan kata di ruang komen seperti kebiasaannya. Namun begitu juga ada 2 atau 3 komen yang sempat ditulis oleh pembaca saya. Dengan kata lain semuanya amat saya hargai dalam proses kita mencambah maklumat dan berkongsi pendapat. Dan soal positif atau negative ia adalah hak masing-masing, sekurang-kurangnya kita mendengar dari semua sudut pandangan dan tidak terkongkong kepada sesuatu yang dikatakan `pak angguk @ pak turut’ sahaja.

Akhir kalam, semoga kita berterusan menjadikan blog sebagai salah satu mekanisme media yang berguna. Jadikan ia satu platform untuk mengutarakan pendapat dan pandangan yang mampu mengangkasa pemikiran kita bersama dalam meniti arus transformasi.

Salam Transformasi!

Wednesday, June 11, 2008

www.sakabangsa.blogspot.com

Dipetik daripada www.pemudaumno.org.my

Pemuda UMNO menerusi Sekretariat Perhubungan Media hari ini melancarkan blog tersendiri bagi mendapatkan pandangan serta cadangan untuk memastikan UMNO terus mendapat tempat di hati orang-orang Melayu khususnya golongan muda.

Blog tersebut yang dilancarkan oleh Pengerusi Sekretariat Perhubungan Media, Datuk Sazmi Miah akan menerima segala pandangan sehingga 20 Julai ini sebelum ianya dianalisa dan diambil kira untuk diketengahkan kepada pucuk pimpinan pergerakan tersebut.

Berucap sebelum pelancaran berkenaan, beliau berkata sokongan terhadap UMNO yang merosot pada pilihan raya umum lalu memerlukan suntikan baru agar menjelang pilihan raya umum akan datang parti tersebut terus mendapat mandat yang cukup besar.

"Menerusi blog ini, kita bukan sahaja akan melihat segala cadangan yang dikemukakan, malah akan turut melihat sebarang kritikan khususnya kritikan membina terhadap UMNO dalam usaha memperkuatkan lagi parti terbabit.

"Justeru kita mintalah mereka yang mempunyai padangan agar melayari blog kita di www.sakabangsa.blogspot.com.

"Kita berharap melalui medium berteknologi terkini ini, ianya akan dapat melahirkan interaksi secara positif bukan sahaja dengan rakyat, malah terhadap semua media", katanya.

Pada majlis yang dianjurkan khas untuk para media termasuk media alternatif, para wartawan dan bloggers yang hadir diberi peluang untuk mengutarakan pendapat mereka akan persepsi terhadap UMNO dan Pemuda UMNO.

Sazmi seterusnya menjelaskan pergerakan itu sedar bahawa media memainkan peranan amat besar untuk mempengaruhi cara rakyat berfikir dan pendekatan baru ialah berinteraksi secara positif dengan semua melalui media.

"Ini merupakan permulaan perubahan yang akan dilakukan secara berterusan. Poll juga akan dianjurkan untuk mendapatkan maklumat dan senario yang lebih jelas agar maklumat ini akan dimajukan kepada Kepimpinan Pemuda UMNO.

"Kita juga akan memuatkan makluman dan input dari Kepimpinan Pemuda UMNO di dalam blog berkenaan untuk tatapan umum", ujarnya.

WT- Gunakanlah blog pemuda UMNO ini sebagai platform untuk berkongsi isi hati. Bagi, pemuda UMNO ambillah peluang ini untuk meluahkan suara dari peringkat akar umbi. Apa juga pandangan mahupun kritikan, hargailah usaha yang dilakukan oleh pemuda UMNO. Selamat berdiskusi!

Thursday, June 5, 2008

Tun Dr Mahathir Mohamad : Harga Minyak (Versi Bahasa Melayu)

Oleh Tun Dr Mahathir

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.

Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
WT- Berfikiran Positif

Tun Dr Mahathir Mohamad : Oil Price (English Version)

By Tun Dr Mahathir
http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html

The price of crude oil has increased by 400 percent in the last three years. It follows that the price of products must increase, sooner or later. In other countries petrol prices had already increased. In the United Kingdom one litre of petrol sells for more than one pound sterling or RM7. In the United States it is about RM5.

That the price in neighbouring countries has gone up is shown by the rush to fill up by Thai and to a lesser extent Singapore vehicles.The Government has now announced an increase in petrol price by 78 sen to RM2.70 per litre, an increase of more than 40 per cent.

I may be mistaken but there seems to be le road today. But obviously that is not that will happen. All other consumer goods, services and luxury goods would increase in price.The cost of living must go up. Put another way there will be inflation and the standard of living will go down.Obviously our increase in petrol price is far less than in the United Kingdom or the United States. But our per capita income is about one-third of theirs.

In purchasing power terms our increase is more than in the UK or the US.The increase hurts but the pain is greater not just because of the increase percentage-wise is higher than in developed countries but because of the manner the increase is made.

A few days ago the Government decided to ban sale of petrol to foreign cars. It flipped. Now foreign cars can buy again. Flopped.Knowing that in a few days it was going to raise the price and foreigners would be allowed to buy, why cannot the Government just wait instead of banning and unbanning.

But be that as it may what could the Government have done to lessen the burden on the people that results from the increase in petrol price.In the first place the Government should not have floated the Ringgit. A floating rate creates uncertainties and we cannot gain anything from the strengthened Ringgit.

Certainly the people have not exprienced any increase in their purchasing power because of the appreciation in the exchange rate between the US Dollar and the Ringgit.Actually the Ringgit has increased by about 80 sen (from RM3.80 to RM3.08 to 1 US Dollar) per US Dollar, i.e. by more than 20 per cent.

Had the Government retained the fixed rate system and increased the value of the Ringgit, say 10 per cent at a time, the cost of imports, in Ringgit terms can be monitored and reduced by 10 per cent. At 20 per cent appreciation the cost of imports should decrease by 20 per cent. But we know the prices of imported goods or services have not decreased at all. This means we are paying 20 per cent higher for our imports including the raw material and components for our industries.Since oil prices are fixed in US Dollar, the increase in US Dollar prices of oil should also be mitigated by 20 per cent in Malaysian Ringgit.

But the Government wants to please the International Monetary Fund and the World Bank and decided to float the Ringgit. As a result the strengthening of the Ringgit merely increased our cost of exports without giving our people the benefit of lower cost of imports.This is not wisdom after the event. I had actually told a Government Minister not to float the Ringgit three years ago. But of course I am not an expert, certainly I know little about the international financial regimes.I believe the people expect the increase of petrol price. But what they are angry about is the quantum and the suddenness.

The Prime Minister was hinting at August but suddenly it came two months earlier, just after the ban on sale of petrol to foreigners.If the increase had been more gradual, the people would not feel it so much. But of course this means that the Government would have to subsidise, though to a decreasing extent.Can the Government subsidise? I am the “adviser” to Petronas but I know very little about it beyond what is published in its accounts. What I do know may not be very accurate but should be sufficient for me to draw certain conclusions.

Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).

But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.By all accounts the Government is flushed with money.But besides petrol the prices of palm oil, rubber and tin have also increased by about 400 per cent. Plantation companies and banks now earn as much as RM3 billion in profits each.

Taxes paid by them must have also increased greatly.I feel sure that maintaining the subsidy and gradually decreasing it would not hurt the Government finances.In the medium term ways and means must be found to reduce wasteful consumption and increase income. We may not be able to fix the minimum wage at a high level but certainly we can improve the minimum wage.Actually our wages are high compared to some of our neighbours.

The investors who come here are attracted not by cheap labour but by other factors, among which is the attitude of the Government towards the business community and the investors in particular.From what I hear business friendliness is wanting in the present Government – so much so that even Malaysians are investing in other countries. There are rumblings about political affiliations influencing decisions.

Generally Government politicians are said to be arrogant.Malaysia is short of manpower. The labour intensive industries are not benefiting Malaysians. Foreign workers are remitting huge sums of money home.The industrial policy must change so that high tech is promoted in order to give Malaysians higher wages to cope with rising costs of living.

The world is facing economic turmoil due to the depreciation of the US Dollar, the sub-prime loan crisis, rising oil and raw material prices, food shortages and the continued activities of the greedy hedge funds. The possibility of a US recession is real. In a way the US is already in recession. The world economy will be dragged down by it.Malaysia will be affected by all these problems.

I wonder whether the Government is prepared for this.We cannot avoid all the negative effects but there must be ways to mitigate against them and to lessen the burden that must be borne by all Malaysians.

I am sure the Government will not just pass all these problems to the people as the review of oil prices every month seem to suggest.

WT- Think positive. Tun Dr Mahathir penned his thought!!!

Wednesday, June 4, 2008

EZAM: TROJAN HORSE ATAU HULUBALANG BARU UMNO?

Oleh Warisan Tamar
4 Jun 2008

EZAM sudah sinonim dengan arus reformasi di akhir 90an. Bekas Ketua Angkatan Muda PKR ini kemudiannya memilih untuk berada di luar PKR atas sebab hilang kepercayaan dengan prinsip perjuangan PKR yang didakwa sudah menyimpang dari matlamat asal. Beliau memilih untuk `mengabdikan diri’ dengan platform GERAK yang beliau terajui walaupun ada ura-ura beliau akan menjadi calon pada PRU12 yang lalu. Akhirnya 28 haribulan Mei 2008 yang `panas’ dipilih untuk meledakkan lagi suhu politik negara dengan mengesahkan cakap-cakap beliau akan kembali ke dalam UMNO. Beliau sah memohon menjadi ahli UMNO dengan `mas kahwinnya’ sebanyak RM100 seumur hidup.

Apabila saya memilih untuk menulis berkaitan Ezam, sahabat saya mempersoalkan apa pentingnya beliau kepada politik kebangsaan kita? Benar dia bukanlah negarawan yang tersohor. Malah jika diukur tahap sumbangan kepada negara dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir, dia jauh ketinggalan. Namun pada saat ini mereka telah memilih untuk berada di laluan yang berbeza sama sekali. Seorang `menentang’ Pak Lah, seorang lagi `menyokong’ Pak Lah.

Ezam pada saya bukanlah penting sangat. Yang menjadikannya penting adalah persepsi dan spekulasi yang dicetuskan oleh `movement’ Ezam mutakhir ini. Tanpa persepsi dan spekulasi, nasib politik Ezam di dalam UMNO (jika diterima masuk) mungkin senasib dengan beberapa bekas pemimpin PKR yang menyertai semula UMNO sebelum ini.

Bagi yang pernah mendengar kelantangan Ezam di pentas ceramah terutamanya dalam memperjuangkan keadilan dan bekas mentornya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentu mengingati bagaimana tajam dan bisanya perkataan dan ayat yang digunakan terutamanya bila menyentuh isu yang berkait rapat dengan UMNO – parti yang beliau junjung ketika ini. Ini juga yang sangat mendalam kesannya kepada beberapa pemimpin UMNO. Kecurigaan dan was-was dengan nawaitu Ezam tidak disembunyikan lagi.

"Saya tak nampak apa istimewanya kemasukan Ezam. Pada saya kemasukan biasalah. Tetapi dia (Ezam) yang tidak biasa, ada rekod. Kita kena teliti secara halus dan semasak-masaknya," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO.

Datuk Seri Dr Rais Yatim pula berpendapat kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti. ''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibawa berunding terlebih dahulu, malah tidak dirujuk pun kepada Majlis Tertinggi (MT). Secara tiba-tiba sahaja satu pihak lagi begitu kuat mahu bawa masuk Ezam.”

Siapa pula pihak yang dimaksudkan oleh DS Rais Yatim? Orang politik biasanya amat mudah `menangkap’ insan yang beliau maksudkan. Samada ia adalah orang yang dimaksudkan oleh DS Rais Yatim, hanya beliau (DS Rais) yang tahu.
Lagi kata beliau ia sungguh berbeza dengan ahli-ahli Semangat 46 (S46) dulu kerana proses kemasukan ahli (ke UMNO) sahaja memakan masa sembilan bulan dan macam-macam aspek diteliti tetapi sekarang orang yang tempelak UMNO boleh diterima 'pada minggu depan'.

Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO (KJ) melalui website beliau menjelaskan bahawa beliau tiada kaitan dengan hal permohonan kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Kesian KJ!!! Mentang-mentanglah Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang mengaturkan pertemuan Ezam dengan Pak Lah di bangunan Parlimen. Kata Khairy lagi, kalau benar Ezam itu hadiah kuda Trojan, beliaulah orang pertama yang akan membakar kuda tersebut. Kalau setakat hadiah sabun serbuk pencuci Trojan, biarkanlah KJ!.

Tan Sri Muhamad Muhd Taib, Ketua Penerangan UMNO pula menjelaskan bahawa kemasukan Ezam ke dalam UMNO akan melalui proses yang sepatutnya. Permohonan Ezam hanya akan diketahui dalam beberapa minggu lagi iaitu selepas MT UMNO bersidang.

Dalam pada komen-komen pemimpin UMNO itu, tiba-tiba muncul pula Senator Datuk Musa Sheikh Fadzil, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam dengan cadangan yang `hangat’. Hadapkan TS Muhyiddin dan DS Rais ke meja lembaga disiplin UMNO kerana kelancangan membicarakan isu Ezam yang dikira beliau `isu dalam kelambu UMNO’ dan tidak sepatutnya dibincang secara terbuka.

Sebelum ini, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO sudah bersuara supaya Datuk Zaid Ibrahim (Menteri dilantik menjaga undang-undang), Datuk Mukhriz Mahathir (AP Jerlun) dan Datuk Tajuddin Abd Rahman (AP Pasir Salak) dihadapkan ke muka pengadilan UMNO.

Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata `UMNO mengamalkan demokrasi’. Bererti apalah sangat nak mendakwa mereka sedangkan banyak lagi perkara yang lebih penting untuk diuruskan.

Panas memang panas. Itulah UMNO selepas PRU12. Hinggakan ahli akademik juga turut melontarkan pendapat. Mereka ini boleh juga dihadapkan ke muka pengadilan UMNO, itu pun kalau mereka ahli UMNO. Kalau tidak, mereka kira berlesenlah dalam memperkatakan tentang isu-isu semasa dalam UMNO. Sudahnya orang mula berpersepsi, ahli UMNO tidak boleh bersuara tentang isu UMNO tapi kalau bukan ahli UMNO tidak ada masalah. Entahlah kalau institusi dimana mereka bernaung juga bertindak mengeluarkan `show cause’ dan menjalankan `domestic inquiry’.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, penyertaan semula Ezam secara tidak langsung bakal mencetuskan konflik dalaman dalam Umno. Lebih menimbulkan keraguan ialah saluran yang digunakan Ezam untuk masuk semula menjadi ahli Umno. Tambahnya lagi, Ezam boleh dianggap sebagai aset kepada pihak tertentu untuk membantu mereka meraih undian kerana ramai lagi kawan-kawan dia dalam Umno. Masalahnya dia (Ezam) pernah menjadi orang kuat PKR yang cukup lantang mengkritik Umno... jika ahli biasa PKR yang nak masuk Umno, saya tak fikir akan wujudnya masalah,” jelasnya.

Sementara itu pula, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Agus Yusoff berpendapat kesan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno akan dapat dilihat jika beliau boleh membantu untuk memulihkan Umno dari dalam. Cabaran untuk Ezam ialah jika dia tidak berjaya membantu bawa perubahan dalam Umno, dia akan jadi bahan ketawa semua orang sama ada PKR mahupun ahli Umno sendiri,” jelasnya.

Reaksi berbeza pula diberikan oleh Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang berpendapat isu Ezam kembali menyertai Umno adalah perkara biasa. Beliau menyifatkan kepulangan Ezam seolah-olah menggambarkan keadaan politik Malaysia yang boleh diibaratkan seperti "monyet yang suka lompat-lompat." Hari ini dia suka... dia masuk, esok dia dah tak suka dia ambil keputusan keluar parti sesuka hati. Tiada siapa boleh halang.

Retreat MT UMNO di Shah Alam selama 2 hari pada minggu ini (minggu pertama Jun 2008) mungkin juga akan membincangkan isu yang dikaitkan dengan `hadiah kuda trojan’. Adakah MT UMNO bersetuju menerima Ezam dan rakan-rakan dengan mudah atau melalui satu proses yang lebih panjang sepertimana kemasukan ahli Semangat 46 seperti dakwa DS Rais Yatim?

Seperti kata Ezam, saya tidak rugi apa-apa (jika tidak diterima masuk ke dalam UMNO), terpulanglah kepada MT UMNO. Mesej yang beliau berikan membawa erti yang cukup mendalam jika kita memanjangkan lagi persepsi dan melahirkan spekulasi yang baru.

Saya berpendapat bahawa tindakan mengheboh-hebohkan kemasukan Ezam & Friends ke dalam UMNO kemudian `diiring’ oleh Timbalan Menteri dari Stesen Sentral KL hingga disambut bagai VIP a.k.a hulubalang yang baru kembali dari medan perang dan diberi ruang pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen (nasib baik tiada paluan kompang dan bungga manggar) merupakan satu tindakan yang terlalu advanced. Hinggakan beberapa pemimpin atasan UMNO berasa `kecil hati dan terpinggir’ kerana ia tidak pun dibincangkan dengan mereka. Ia diibaratkan satu pertemuan a.k.a permohonan kemasukan UMNO yang sudah ada `aturcara’ dan hanya `mereka’ yang tertentu sahaja mempunyai akses terhadap `movement’ pada hari tersebut. Datuk Seri Hishamuddin, Ketua Pemuda UMNO khabarnya hanya kebetulan berada dilokasi dan tidak melibatkan diri dalam `mengiring’ Ezam bertemu PM.

Apakah ada pihak yang merasakan dengan berjayanya mengajak masuk bekas nama besar dari parti lawan UMNO menunjukkan mereka lebih gah dari pemimpin atasan yang ada? Adakah tindakan menghebohkan permohonan kemasukan Ezam ke dalam UMNO sebagai jawapan balas kepada spekulasi akan berlakunya `lompatan’ ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat seperti dakwa DS Anwar?

Yang pasti secara tidak langsung, Ezam telah membuatkan UMNO `heboh dan kecoh’ dengan permohonan beliau. Kesannya bukan UMNO yang dilihat hebat (kerana berjaya memancing Ezam ke dalam UMNO) tapi Ezam yang lebih hebat (kerana membuatkan UMNO `serba salah’ samada mahu menerima `tawaran’ Ezam menjadi ahli UMNO atau sebaliknya.)
Insan bernama Mohamad Ezam Mohd Nor telah berjaya memanjangkan lagi persepsi dan melahirkan spekulasi baru politik di dalam UMNO.

Adakah beliau (Ezam) benar-benar `hadiah kuda trojan’ atau akan menjadi hulubalang UMNO? Seperti kata Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin `rasanya tak perlu kita meneka kesan atau perubahan yang mungkin terjadi bila Ezam masuk Umno. Lebih baik tunggu dan lihat sahaja kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku dalam politik’.

WT- Kita tunggu sajalah apa keputusan MT UMNO. Kalau ditolak, Ezam bolehlah ambil balik RM100 - belanja minum teh tarik dengan kawan-kawan yang masih `setia’ bersama.

MINYAK NAIK, LEBIH AWAL DARI DIDUGA!!!

Oleh Warisan Tamar
4 Jun 2008 (Rabu)
Petikan berita daripada Utusan Online

Putrajaya 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini. Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.50 seliter daripada RM1.58 sekarang. Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak. Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan.

Selepas diumumkan, rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel berbondong-bondong beratur panjang di stesen-stesen minyak untuk mengisi minyak. Kalau beberapa hari sebelum ini, rakyat asing yang dilihat kelam kabut menyerbu stesen minyak, kali ini rakyat Malaysia sendiri yang menjadi huru-hara.

Tentu kecoh jika sipemandu tiba selepas seminit jam 12 tengahmalam ini di stesen minyak. Kerana kelewatan sesaat sebelum (secara rasmi kenaikan harga minyak) jam 12 tengahmalam bermakna anda akan `merasmikan’ harga minyak yang baru. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah petang ini, semua stesen minyak penuh dan saya percaya tidak mustahil akan ada stesen minyak yang akan kehabisan stok menjelang 12 tghmalam kerana permintaan yang amat luar biasa.

Dalam tulisan saya sebelum ini, MINYAK NAIK, SIAPA YANG TERBAKAR? Saya bersetuju dengan kajian menyeluruh subsidi minyak dan kenaikan harga minyak serta mengalu-alukan usaha kerajaan kearah itu. Tetapi tidak bermakna saya juga bersetuju jika pengumuman kenaikan harga minyak secara tiba-tiba. Walaupun sudah ada kecenderungan kearah itu dan ia dilihat tidak dapat dibendung lagi.

Saya tidak bersetuju dengan cara mengumumkan kenaikan harga minyak. Kerap kali ia diumumkan secara mendadak dan tiba-tiba (iaitu hanya beberapa jam sebelum harga baru dikuatkuasakan). Saya sedih kerana rakyat sering kali dikejutkan dengan sesuatu berita yang amat pahit dan tempoh diberi terlalu singkat.

Sahabat saya yang membaca tulisan saya sebelum ini berkaitan minyak menimbulkan isu ketelusan dalam soal subsidi dan kenaikan harga minyak. Saya memahami isu ketelusan yang diperkatakan. Malah saya berterimakasih kepada komen sahabat pembaca tulisan saya bahawa isu subsidi minyak dikecohkan sedangkan banyak lagi ketirisan dan `penyelewengan’ terutama membabitkan projek yang mengkayakan segelintir pihak tidak ditangani oleh pihak pemerintah. Saya bersetuju dengan kedua-dua pendapat yang dikongsi bersama saya.

Pada saya, berkait dengan isu ketelusan (ketelusan boleh diinterpretasikan dalam pelbagai perkara dalam konteks yang amat luas) mengapa pemerintah / kerajaan tidak berani mengumumkan kenaikan harga untuk satu tempoh yang lebih awal. Misalnya mengumumkan cadangan untuk menaikkan harga minyak pada 15 Jun 2008 iaitu dua minggu lebih awal. Dan dalam tempoh itu, suara rakyat di bawah malah pandangan para cerdik pandai berkaitan dapat dicerna bersama. Pendapat dan cadangan malah kritikan rakyat akan dapat didengari dan kerajaan boleh menggunakan tempoh masa yang ada untuk menerangkan dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan. Kerajaan perlu lebih telus dalam menyatakan sesuatu dan melayani pendapat rakyat walaupun pahit untuk diterima. Kerajaan juga perlu lebih berani berhadapan dengan rintihan rakyat.

Kesan relatif kenaikan harga minyak juga dibimbangi akan mendorong kepada beberapa tindakan menaikkan harga oleh para peniaga. Semuanya dengan alasan harga minyak sudah naik. Mungkin ayam yang disembelih hari ini dan dijual esok (5 Jun 2008) juga akan menikmati harga yang lebih baik dari hari ini atau barang yang lain. Kenaikan harga minyak sudah mula `membakar’ emosi dan `menipiskan’ dompet rakyat.

Secebis harapan yang tinggal adalah mengharapkan pelaksanaan mekanisme pemberian subsidi harga minyak seperti yang dinyatakan oleh PM akan diaplikasikan secemerlang mungkin. Penerangan yang lebih dedikasi dan jelas diperlukan dengan segera agar rakyat tahu dan yang penting dapat menerima gelombang perubahan besar harga minyak berkuatkuasa 5 Jun 2008 ini. Jika tidak, dibimbangi kenaikan harga minyak akan terus-terusan membakar emosi dan menaikkan amarah rakyat.

Secara peribadi, saya tidak menjangkakan begitu pantas kenaikan harga minyak dilaksanakan. Ramai yang menjangkakan PM hanya akan menumpukan kepada pengumuman tentang bagaimana mekanisme subsidi harga minyak akan diaplikasikan. Namun, kata orang hampehhhh.

WT- TNB pun tumpang sekaki dengan pengumuman tariff progresif.

Tuesday, June 3, 2008

APA KATA KHAIRY A.K.A KJ?

Oleh Khairy Jamaluddin
Selasa, 03 Jun 2008

SEJAK kebelakangan ini terdapat banyak berita tentang keahlian UMNO. Ada yang memohon menjadi ahli dan ada juga yang tidak mahu lagi menjadi ahli. Dalam semua kes terkini, individu-individu terbabit pernah menjadi pemimpin UMNO sama ada pada peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi.

Yang pasti, UMNO semakin menjadi rumah persinggahan yang boleh dikeluar masuk sesuka hati. Ada yang keluar hari ini dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum kembali. Ada yang masuk semula kerana sudah yakin dengan perubahan yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dalam perkara-perkara tertentu seperti pemulihan sistem kehakiman negara dan rombakan kepada Badan Pencegah Rasuah setelah begitu lama berada dalam parti pembangkang dan mengutuk segala tindakan UMNO.

Apa yang pasti, kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak menyertai UMNO. Mereka perlu masuk secara sukarela atas kesedaran bahawa perjuangan demi agama, bangsa dan negara masih lagi merupakan gagasan politik yang paling relevan di Malaysia.Pada masa yang sama, kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak keluar dari UMNO. Kita boleh memujuk mereka untuk berfikir semula, tetapi jika mereka tidak lagi mempunyai komitmen kepada perjuangan UMNO, mereka akan tetap dengan pendirian mereka.

Bagi saya, keahlian UMNO tidak boleh bersyarat. Kita tidak boleh kata kita hanya mahu menjadi ahli UMNO jika pemimpin tertentu menjadi Presiden parti. Ini langsung membelakangkan institusi kepimpinan parti, menafikan proses demokrasi dalaman dan menghina slogan UMNO iaitu "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat". Parti kita ada proses pemilihan tersendiri. Kalau tak suka kepada pemimpin proses ini perlu diguna untuk mencapai perubahan. Bukannya dengan tindakan keluar parti yang boleh menganggu kestabilan UMNO dan menguntungkan pembangkang.

Ada juga yang kata proses pemilihan parti tidak demokratik kerana ada "kuota" kelayakan bagi pencalonan jadi tidak ada pilihan lain dari keluar parti. Tanya dulu, bilakah sebenarnya UMNO memperkenalkan sistem "kuota" pencalonan ini? Apa sebabnya? Kita mesti jawab soalan-soalan ini terdahulu sebelum membuat apa-apa tuduhan. Jangan kita buta sejarah.

Kepada mereka yang ingin "kembali ke pangkal jalan" saya ucapkan selamat kembali. Jangan sia-siakan peluang kedua menjadi ahli parti keramat ini. Buktikan kesetiaan dan keikhlasan anda kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa jawatan. Masih ramai yang bersyak wasangka terhadap tindakan anda. Ada yang kata tindakan ini ibarat hadiah kuda Trojan yang diguna oleh tentera Sparta untuk menewaskan Kerajaan Troy. Hadiah kuda ini akan masuk UMNO dan menunggu masa sesuai untuk membuka pintu kepada mantan towkay mereka untuk kembali.

Ada juga yang berspekulasi bahawa kuda hadiah ini adalah kerja saya yang berpakat dengan Saudara Ezam Mohd Nor dengan "grand design" tertentu. Saya ingin menyatakan bahawa saya langsung tidak terlibat dengan permohonan Saudara Ezam untuk menjadi ahli UMNO semula. Walaupun saya kenal beliau, saya tidak mainkan pernanan malah tidak tahu menahu tentang "kemasukan" semula beliau dalam UMNO. Tapi bagi sesetengah pihak, tidak ada perkara yang saya tidak tahu di Malaysia dan semua kejadian adalah kerja saya. Kalau ada hujan petir atau ribut taufan, itu pun dikatakan kerja KJ!

Saya faham penafian saya ini tidak cukup untuk memuaskan kaki spekulasi (penyangak) politik. Pada mereka, siasah tanahair lebih menarik jika benar saya adalah "mastermind" dan Saudara Ezam merupakan hadiah kuda yang akan membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk semula dalam UMNO. Inilah senario yang dicanang oleh mereka yang menangguk di air keroh dengan tujuan untuk mencetuskan kekecohan dalam parti. Inilah yang menjadi senario idaman mereka supaya perasaan syak mereka terhadap saya yang sering dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar dapat disahkan.

Malang sekali mereka tidak mengenali saya. Bagi saya, Dato' Seri Anwar sudah tersimpang jauh dari perjuangan kebangsaan yang tulen. Beliau tidak akan dapat apa-apa sokongan malah simpati dari saya. Jika kemasukkan Saudara Ezam bertujuan untuk memenuhi strategi hadiah kuda Trojan, saya adalah orang pertama yang akan membakar kuda tersebut.Prinsip saya dalam politik adalah mudah. Jangan lompat parti. Jangan bakar jambatan lepas itu berpantun membina jambatan baru. Jangan meletakkan syarat kepada keahlian parti, lebih-lebih lagi UMNO. Sebab sekali kita lompat, selama-lamanya kita akan dipandang serong seolah-olah seekor hadiah kuda.

WT- Trojan Horse & Bom Tangan dari pandangan Sdr KJ!
Update: Pembaca juga boleh membaca tulisan asal Sdr KJ di laman web beliau (Tajuk : Selamat Pergi, Selamat Kembali @ 1 Jun 2008)

MINYAK NAIK , SIAPA YANG TERBAKAR?

Oleh Warisan Tamar
3 Jun, 2008

Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd Samad membayangkan harga minyak (petrol dan diesel) akan naik pada bulan Ogos 2008 ini. Bagaimanapun, beliau menegaskan ia semestinya setelah mekanisme subsidi minyak dirangka dan diputuskan. Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula enggan mengulas lanjut tetapi memaklumkan bahawa kerajaan akan mengumumkan kaedah atau mekanisme subsidi minyak pada hari Rabu (4 Jun 2008). Ia juga akan dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelak sebarang spekulasi timbul.

Demikianlah antara kata-kata penting yang diluahkan oleh dua insan yang berkuasa dan diberi tanggungjawab menangani isu kenaikan harga minyak. Semua tahu betapa minyak merupakan asas penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan lebih dari itu, minyak sudah sinonim dengan isu kepenggunaan.

Kenaikan harga minyak secara relatifnya akan membawa kepada kenaikan pelbagai barang asas pengguna. Tidak terkecuali barang dan perkhidmatan lain juga dinaikkan harganya walaupun ia tidak berkaitan secara langsung dengan penggunaan minyak. Mungkin lucu tapi realitinya anda akan terkejut beruk jika bayaran masuk ke tandas awam juga dinaikkan dengan alasan harga minyak naik!!!!! Soalnya pengguna atau rakyat umumnya akan mula merasakan bahang kepanasan isu ini dan diakhirnya kita yang bernama rakyat Malaysia jua yang akan menempuh keperitan tersebut.

Justeru itu, saya bersetuju benar apabila langkah intensif diambil untuk mengkaji dan merungkaikan permasalahan kenaikan harga minyak yang mencanak naik ke paras lebih kurang USD150 setong. Yang jeliknya, setelah sekian lama menabur kebajikan kepada `rakyat negara lain’ baru sekarang kita sedar bahawa duit pembayar cukai yang selama ini digunakan sebahagiannya untuk menanggung subsidi juga diberikan kepada `rakyat negara lain’ tadi. Kita sudah terlalu `berlembut’ dengan mereka tetapi mereka tidak pun `berlembut’ dengan kita.

Elok benar kerajaan kita `mengajar’ mereka erti subsidi minyak yang diberikan kepada warganegara Malaysia. Kerajaan mereka tidak sekalipun berganjak atau berlembut bilamana pertikaian kedaulatan Pulau Batu Putih yang akhirnya dimiliki mereka. Entahlah kalau barisan `cerdik pandai’ mereka juga ingin membawa isu subsidi minyak ke ICJ!!!
Mungkin akan ada suara-suara sumbang mengatakan penarikan balik penjualan minyak kepada rakyat asing terutamanya di selatan Semenanjung didorong oleh `kekalahan’ Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih. Pada saya biarkan mereka berpersepsi sedemikian jika mereka mahu. Jika ini dijadikan isu untuk mencuit perasaan rakyat Malaysia, usah kita `berlembut’ lagi. Diplomasi antara negara juga harus ada batasnya.

Ada juga mungkin melawak bahawa apakah kenaikan harga minyak pada Ogos ini adalah hadiah hari kebangsaan ke 51 kelak? Ada juga mungkin menyorot kembali kata-kata di musim PRU12 yang laLu bahawa minyak tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya untuk tahun ini 2008. Pelbagai polemik mungkin akan dicetuskan atas tujuan yang pelbagai. Itu juga `demokrasi bersuara’ kata sebilangan rakyat tetapi harus diingat demokrasi juga harus ada batasnya.

Mekanisme pemberian subsidi memang sewajarnya dikaji dan diperhalusi sedalam-dalamnya. Kita sedar subsidi diesel yang dilaksanakan sebelum ini juga boleh dikatakan gagal dalam erti kata sebenar. Penyeludupan dan penipuan berleluasa. Pihak yang sepatutnya menerima tidak mendapat manfaat sebenar subsidi diesel tersebut. Kesannya jumlah subsidi yang ditanggung pembayar cukai gagal menemui golongan sasarannya. Berlaku ketirisan di sana sini. Justeru, usaha kerajaan secara proaktif menangani permasalahan harga minyak amat dialu-alukan.

Ada juga kebimbangan bahawa isu harga minyak ini dan mekanisme subsidi yang bakal dirangka akan dijadikan isu politik. Sudah terang lagi bersuluh, itu sudah semestinya! Apa lagi yang ditunggu, isu minyak memang boleh membuatkan ramai orang mudah naik minyak. Memainkan isu minyak memang kerap menyemarakkan bara api politik. Namun dibimbangi jika ia tidak dikawal boleh meranapkan segala yang kononnya cemerlang, gemilang mahupun yang terbilang.

Memang ramai yang terbakar dengan kenaikan harga minyak selain daripada mereka yang siap sedia untuk `membakar’ amarah dan emosi rakyat. Kata orang bila ada orang naik minyak (marah), biar ada juga orang yang bertindak menyejukkannya. Bukan tugas ahli bomba tapi tugas kita sesama manusia. Sabar itukan separuh daripada iman!

Akhir kalam, jangan terlalu mengharap mekanisme subsidi dan harga minyak kelak akan mampu menyelesaikan setiap titik permasalahan bersangkutan penggunaan minyak. Tapi apa juga yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan pihak kerajaan Persekutuan, haruslah dilihat secara positif. Jika ada idea ataupun penyelesaian ampuh serta cadangan penambahbaikan kepada mekanisme itu kelak maka lontarkan dengan tertib dan keikhlasan. Cubalah `berehat’ sejenak daripada mempolitikkan isu minyak. Janganlah disimbah api amarah rakyat dengan minyak yang semakin mahal. Berdiskusi secara berhemah dan memberikan buah fikiran positif kepada kerajaan agar kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

WT- Memang sukar meniadakan subsidi dalam kamus hidup rakyat Malaysia. Kita kerap menangisi apa yang kita hilang tapi kita juga kerap alpa dalam tanggungjawab menjaganya. Sama-sama kita fikir-fikirkan.

PEGAWAI KEWANGAN PERSEKUTUAN NEGERI SABAH YANG BARU

NST Online
June 3, 2008 (Tuesday)

KOTA KINABALU: Yusof Sarangit has become the first Sabahan to be appointed Sabah's federal financial officer. Over the years, the Jusa C grade post was filled by federal officers from outside the state, much to the chagrin of locals. So, when Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced Yusof's appointment recently, it was met with applause by Sabahans who saw it as a symbolic gesture to mark their harvest festival, Tadau Kaamatan.

"My appointment means a lot to federal officers from Sabah as it shows the government recognises their ability and the heavy responsibility which comes with the job."I believe this will encourage more Sabahans to join the federal civil service. This will contribute positively towards national unity," he said here yesterday.

Yusof, 48, from Kampung Segangan in Lahad Datu, holds a Bachelor of Science degree in Geology from Universiti Malaya."I am thankful to Allah for the promotion and appointment as Sabah Federal Financial Officer. My thanks are also to the prime minister and government for trusting me with this responsibility."

Yusof said his appointment showed the prime minister was sensitive and committed to resolving issues faced by Sabahans. He promised to carry out his duties fairly, transparently and to the best of his ability, aimed at bringing development to the state. Yusof began his civil service career as a geologist and went on to the Foreign Ministry with a string of postings, including to Nigeria and Japan. His last post was deputy federal state secretary from 2006 till last month.

WT - Selamat Bertugas! Tidak lama lagi boleh dapat `Datuk'...Tapi itu tidak penting, yang terlebih penting ialah membuktikan bahawa Sabahan boleh memikul tanggungjawab sebesar itu. Buktikan!!!

Monday, June 2, 2008

UMNO NEED TO REINVENT

By Zarinah Anwar

DATUK
Shahrir Samad has always been known as a politician who speaks his mind, and who has been punished for doing so. I can’t agree with him more when he said on Monday that Umno members are no longer interested “in championing the cause of the party and country, but their own interest.”

Their goal, he said in a Bernama report, was no longer to provide service to the community and feedback to the party on the people’s needs and concerns, but to gain support of other Umno members to achieve their own political ambitions.

It is obvious for Shahrir and many others observing the relentless and tiresome bloodletting and recriminations in Umno that even the debacle of March 8 was not enough to get the party members to push aside their personal ambitions and vendettas for the survival of the party, let alone the country.

What one hears are emotional outpourings, with little analysis of verified evidence to support the assertions.

Let’s just take one popular bogeyman being used these days as desperate ethno-nationalists and power grabbers fly the flag of ketuanan Melayu and of “Malay rights under threat”. Let’s just look at the numbers.

The Malays make up the majority of the country’s 27.17 million population and the percentage will only increase substantially over the next decades given their higher birth rate.

Political power remains in Malay hands. In spite of the Umno losses, Malay Members of Parliament have actually increased from 123 in 2004 to 130 in 2008, while Chinese representation decreased from 61 to 53. Umno still received the highest number of votes among all the parties in the recent elections, at 2,381,725 votes, almost 30% of the total votes cast.

Together with PAS, which obtained 1,140,676 votes, these two Malay parties garnered 44.3% of the total popular votes. This is not counting PKR, a multi-racial party with a Malay base, which garnered 1.5 million votes.

Compare this to DAP’s 1.1 million, MCA’s 840,489 and MIC’s 179,422.

Just by sheer numbers alone, Malay rights would only be threatened if the Malays commit harakiri. Then, they have no one else to blame but themselves. The force of majoritarianism and the force of history mean Malay special interests as enshrined in the Constitution, which recognises the Malay polity of the land by making Malay the national language, Islam the religion of the Federation, the Sultans the constitutional monarchs, and the use of reservations to safeguard the special position of the Malays and natives of Sabah and Sarawak, could be removed only with the consent of the Malays.

Divergent interests
What the largely conservative Umno members and its allies among the ketuanan Melayu ethno-nationalists still cannot get is the fact that the Malays no longer see Umno as the one and only protector of Malay interests.

Nor do they seem to understand the evolution in Malay society and the diverse and divergent interests that have emerged as a result of the success of the Government’s own policies to uplift the status of the Malays. The debacle of Umno is not the debacle of the Malays.

As the Umno Supreme Council members huddle over the party’s future in a retreat this week, I hope they will pore over the election results and crunch the numbers. I hope they would have gathered all the data and analysis now being done by various academics, think tanks, and other political parties, and the surveys on voting trends, and understand on the basis of verified evidence, not emotion and not anecdotes, what exactly happened, why it happened and where the party should go from here.

Clear-headed strategic planning cannot begin and end with just feedback from self-interested divisional leaders and Umno members still lost at sea after the political tsunami.

For the numbers look dire. Analysis by the Institute of Strategic Analysis and Policy Research showed that of the 165 parliamentary seats in the peninsula, BN won 85 with only 48.7% of the popular votes and the Opposition took 80 with 51.3%. In the Federal Territory of Kuala Lumpur, the Opposition won 10 of 11 seats with 62% of the votes. In 30 parliamentary seats, BN won by small majorities from 51 to 3,070 votes.

The BN indeed lost popular support in the peninsula, but our first past the post system delivered victory to the party. If Umno’s dire opponent in the past was PAS where state seats were won and lost by single and double digit differences, this time, it has to contend with another opponent, PKR.

In the Merdeka Centre survey done a week after the elections (with a sampling error of plus or minus 3.1%), the results showed that even though 72% did not expect the outcome of the elections, an overwhelming majority of 81% were satisfied with the choices they made on March 8 – 90% of the Indians, 85% Chinese and 79% Malays.
Thus, slightly less than two in 10 regretted the choices they made. This should caution the many Umno members who are now talking about snap elections to restore their injured pride. They might yet get another lesson from the rakyat.

The survey also showed that the main reason why the respondents thought the BN lost so many seats was due to widespread public dissatisfaction with the Government. And yet 71% of them wanted the Prime Minister to remain at the helm, and identified controlling and reducing prices, and fair treatment to all races as the two most important issues they wanted him to prioritise.

According to Merdeka Centre executive director Ibrahim Suffian, the voters in focus group discussions did not share the belief of that segment of Umno members who blame the Prime Minister for the unprecedented losses. In fact they believed in the Prime Minister’s change agenda, but blamed the lack of support from Umno, the Cabinet and the civil service, among others, for his failure to deliver.

Yes, it was the push factor that led the voters to cast their support for the Opposition. But the fact that they are satisfied with the outcome means if the Opposition-ruled states meet voter expectations (43% listed fulfilling promises made, and fair and equal treatment of all races as the top two most important expectations they have of Opposition-controlled states), against an Umno and BN that are unable to evolve, the possibility that the once mighty BN would no longer be the country’s governing party could indeed be a reality.

Umno must decide which road to take for it to remain the backbone of a ruling multi-ethnic coalition. It cannot be all things to all Malays.In this Umno-led government’s own action or inaction in dealing with the ethno-religio-centric exploits of segments of the Malay community, Malay civil servants and religious authorities, and in adopting their supremacists’ battle cry at the fateful 2006 general assembly, Umno has alienated progressive Malays and the non-Malays who felt their leaders had betrayed the interest of the community in their silent acquiescence to Umno’s hegemony.

Observing the outcry against the supremacist rhetoric of that general assembly, I wrote in December 2006 how Umno politicians had thought they were reflecting the “mood on the ground”, only to find they had actually lost the ground.
In fact, the Merdeka Centre survey showed that only one per cent of the voters wanted the PKR-controlled states to “apply more Islam in administration”, compared to 19% who wanted “fair and equal treatment to all races”.

Reviving the coalition
The faith most Malaysians had in a BN that could mediate and accommodate the competing interests of Malaysia’s diverse communities has collapsed. Umno as the dominant party plays a critical role in reviving the coalition and maintaining the balance so essential for its survival and continued relevance.

For in the new opposing Pakatan Rakyat alliance, Malaysian voters are being served with a possible alternative to power-sharing among the races and the sexes – where a Chinese or Indian can be the Speaker of state assemblies and a woman a Deputy Speaker; where an Indian can be Deputy Chief Minister; where civil society representatives can be appointed to local councils; and where Mentris Besar appoint more than the token one or two women to the State Executive Council.

The Malays in Umno might see this as a threat to ketuanan Melayu, but the Malays in the Pakatan Rakyat and the Malays who voted for change see this as a slow but necessary evolution towards a more just democratic system where rights are recognised on the basis of citizenship rather than just race, religion, or sex.

A growing segment of the burgeoning Malay middle class is confident and secure enough in their ability to stand on their own two feet and compete with the best in the country and the globalised world.

This Umno and the Government should celebrate for it is their policies that catapulted a generation of Malays into the middle class. The second generation of urban middle class Malays are now influencing political trends, and bucking the sensibilities of the traditional conservative, ethno-centric core of Umno.

Fifty-two per cent of the Malays surveyed did not believe that voting for the DAP made them traitors to the race. Preliminary findings show that most young Malays voted for the Opposition and more than half of PKR votes came from the younger generation of Malaysians across all races.

In fact, 66% in the Merdeka Centre survey wanted the BN component parties to merge into one single multi-ethnic party.

Umno can choose to go either where the voters are or use the sledgehammer to bring the voters to them. The answer is obvious for the future of Umno and this country.


WT- As debated by all ground of people either UMNO members or non members that whether UMNO needs reinvention or transformation esp. the leaders or continuosly assuming that the `very bad' result of PRU12 is part of democratic process? Definitely, UMNO has to do a lot of things to assure people and its members that UMNO will remain relevant to serve to all Malaysian esp. the Malays.

CERITA TROJAN HORSE DAN BOM JANGKA DALAM UMNO

Dipetik dari puteramalaysia.blogspot.com
a.k.a Datuk Ruhanie Ahmad

Perkembangan politik UMNO mutakhir ini amat ironik dan menarik. Kini ada kisah “bom jangka.” Kini juga ada kisah “trojan horse.” Kisah “bom jangka” membabitkan pihak yang baru keluar daripada UMNO. Kisah “trojan horse” membabitkan kelompok yang baru kembali ke pangkuan UMNO.Kedua-dua perkembangan ini juga adalah mengenai percaturan kuasa. Ia membabitkan pihak yang membangkang kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia juga membabitkan pihak yang kononnya mahu membantu memperkukuhkan kedudukan Abdullah.

Ledakan “bom jangka” adalah untuk menekan Abdullah supaya mengosongkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat. Kehadiran “trojan horse” pula untuk merintis kepulangan segelintir pemimpin besar parti pembangkang kembali ke pangkuan UMNO sebelum mendapat tempat dalam pentadbiran Abdullah. Kedua-dua perkembangan di atas mungkin jadi hakikat kerana politik adalah seni yang penuh dengan seribu satu kemungkinan atau pun seni yang penuh dengan seribu satu kemustahilan. Ledakan “bom jangka” yang dimksudkan adalah dalam bentuk sokongan warga UMNO akar umbi kepada tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 kerana parti tersebut tidak lagi berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Kini memang banyak pihak musykil mengapakah tidak ramai ahli UMNO mengikuti jejak langkah Mahathir untuk keluar daripada parti secara beramai-ramai.Kemusykilan ini menyebabkan sesetengah pihak jadi sinis dan terus membuat kesimpulan rambang kononnya Mahathir sudah kehilangan aura serta pengaruh. Kesimpulan di atas tidak berasaskan denyut nadi masyarakat akar umbi. Ini kerana tidak banyak pihak menyedari wujudnya “bom jangka” yang mungkin meledak di Johor, Perak dan di mana-mana sahaja dalam tempoh terdekat ini. Ledakan ini mungkin jadi realiti kerana tindakan Mahathir - mantan ahli UMNO No. 1, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO yang mula menganggotai UMNO sejak 1946 - keluar daripada UMNO dipercayai sedang mengumpulkan momentum di peringkat akar umbi.

Kisah “trojan horse” pula dikatakan lahir daripada persepsi umum setelah Mohamad Ezam Mohd. Noor kembali semula ke pangkuan UMNO pada 28 Mei 2008.Kisah ini sentiasa diselubungi misteri. Ini kerana dalam “trojan horse” tersebut kononnya tersembunyi sekumpulan “pejuang” Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipercayai menantikan saat dan ketika terbaik untuk keluar ke dunia realiti. Barisan “pejuang” PKR ini dijangka kembali ke pangkuan UMNO. Sesudah itu, mereka dipercayai akan mendapat kedudukan tinggi di dalam parti dan kerajaan. Kemungkinannya begitu kerana banyak pihak mengesyakki Ezam sebagai wajah kepada satu konspirasi membabitkan kuasa dan kepimpinan negara. Konspirasi ini dikatakan dirangka oleh segelintir pihak yang berkepentingan di dalam UMNO dan juga PKR.

Ezam yang merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Ketua Angkatan Muda PKR, dikatakan meninggalkan PKR setelah berbalah dan bersengketa dengan pucuk kepimpinannya. Ezam menganggotai UMNO pada tahun 1990-an. Beliau dipecat daripada UMNO pada akhir 1990-an. Kini beliau kembali kepada UMNO kerana kononnya beliau yakin dengan kepimpinan Abdullah.Lantaran itulah kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO menerima penghormatan daripada Abdullah selaku Presiden UMNO. Kata Abdullah, Ezam kembali ke pangkuan UMNO tanpa sebarang syarat atau keistimewaan setelah “tiada bantahan” oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.“Dia hanya mahu berkhidmat dan berjuang dalam parti. Ezam ikhlas. Kemasukannya boleh memberi ruang kepada orang lain menyokong UMNO,” kata Abdullah lagi.

Tetapi, benarkah MT UMNO tidak membantah kemasukan Ezam? Jika benar, mengapakah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata di Kangar pada 29 Mei 2008, bahawa “penyertaan semula Ezam ke dalam UMNO perlu dibincang dan dipertimbangkan oleh Majlis Tertinggi parti.”? Muhyiddin berpendapat demikian kerana katanya, Ezam pernah meninggalkan parti dan menyertai parti pembangkang. Lantaran itulah Muhyiddin berkata: “Beliau tidak boleh diterima secara automatik sebagai anggota parti kerana MT perlu melihat rekod politiknya. Kalau dia orang baru dan tidak ada rekod, MT tiada masalah untuk menerimanya. Tetapi, kalau seseorang itu ada rekod atau misalnya pernah meninggalkan parti atau dipecat daripada parti lawan, selepas itu nak masuk semula UMNO, itu kena bawa kepada MT.”Kata Muhyiddin lagi,

Perlembagaan UMNO memberikan kuasa kepada MT untuk menerima atau menolak permohonan Ezam.Apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin ialah Fasal 20.10 Perlembagaan UMNO. Fasal memaktubkan bahawa seseorang ahli (UMNO) yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

Jadi, begitulah kisahnya “bom jangka” yang mungkin menggemparkan UMNO tidak lama lagi. Jika ini jadi kenyataan, pastinya banyak pihak akan menginsafi maksud sebenar bahawa Mahathir keluar daripada UMNO bukannya kerana beliau membenci UMNO. Hingga ke hari ini UMNO tetap berada di lubuk kalbu Mahathir.Jadi begitulah juga hakikatnya mengenai Ezam yang kini disifatkan sebagai “trojan horse” yang dijangka menggemparkan politik UMNO.

Dua hari sesudah majlis dengan Abdullah, Ezam membayangkan kesediaannya bertanding sesuatu jawatan dalam UMNO, jika mendapat sokongan. Soalnya, bagaimanakah reaksi majoriti pemimpin UMNO bila “bom jangka” meledak dan “trojan horse” pula mula mengganas? Adakah pada ketika itu para pemimpin UMNO yang kini seolah-olah menjaga kepentingan diri lebih daripada kepentingan parti, akan insaf bahawa UMNO tidak memerlukan “bom jangka” atau pun “trojan horse” jika mereka bertegas dan berani memberitahu Abdullah bahawa UMNO adalah untuk memperjuangkan bangsa, agama dan tanahair, bukannya untuk mempertahankan Abdullah yang sudah disanggah rakyat jelata menerusi PRU 12?

WT- Antara trojan horse dan bom jangka, mereka sudah nyata membawa kepada pembentukan pola `penyokong' dan `penentang' tersendiri dimana para pemainnya bukanlah orang luar tapi ahli UMNO sendiri. Soalnya apakah `proses pemulihan a.k.a pengukuhan' UMNO yang dilanda badai PRU12 akan terencat atau melalui jalan beronak duri atau adakah skrip politik si bom jangka dan si trojan horse akan mampu membawa transisi positif kepada UMNO? Atau adakah si bom jangka dan si trojan horse akan `berganding bahu' mentransformasikan UMNO? Jika tidak, pastinya hanya ada satu `pemenang' akan diperakukan setelah tamatnya satu-satu `pertandingan'. Siapa bakal menang, sama-sama kita lihat!!!