Oleh Warisan Tamar
3 Jun, 2008
Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd Samad membayangkan harga minyak (petrol dan diesel) akan naik pada bulan Ogos 2008 ini. Bagaimanapun, beliau menegaskan ia semestinya setelah mekanisme subsidi minyak dirangka dan diputuskan. Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula enggan mengulas lanjut tetapi memaklumkan bahawa kerajaan akan mengumumkan kaedah atau mekanisme subsidi minyak pada hari Rabu (4 Jun 2008). Ia juga akan dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelak sebarang spekulasi timbul.
Demikianlah antara kata-kata penting yang diluahkan oleh dua insan yang berkuasa dan diberi tanggungjawab menangani isu kenaikan harga minyak. Semua tahu betapa minyak merupakan asas penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan lebih dari itu, minyak sudah sinonim dengan isu kepenggunaan.
Kenaikan harga minyak secara relatifnya akan membawa kepada kenaikan pelbagai barang asas pengguna. Tidak terkecuali barang dan perkhidmatan lain juga dinaikkan harganya walaupun ia tidak berkaitan secara langsung dengan penggunaan minyak. Mungkin lucu tapi realitinya anda akan terkejut beruk jika bayaran masuk ke tandas awam juga dinaikkan dengan alasan harga minyak naik!!!!! Soalnya pengguna atau rakyat umumnya akan mula merasakan bahang kepanasan isu ini dan diakhirnya kita yang bernama rakyat Malaysia jua yang akan menempuh keperitan tersebut.
Justeru itu, saya bersetuju benar apabila langkah intensif diambil untuk mengkaji dan merungkaikan permasalahan kenaikan harga minyak yang mencanak naik ke paras lebih kurang USD150 setong. Yang jeliknya, setelah sekian lama menabur kebajikan kepada `rakyat negara lain’ baru sekarang kita sedar bahawa duit pembayar cukai yang selama ini digunakan sebahagiannya untuk menanggung subsidi juga diberikan kepada `rakyat negara lain’ tadi. Kita sudah terlalu `berlembut’ dengan mereka tetapi mereka tidak pun `berlembut’ dengan kita.
Elok benar kerajaan kita `mengajar’ mereka erti subsidi minyak yang diberikan kepada warganegara Malaysia. Kerajaan mereka tidak sekalipun berganjak atau berlembut bilamana pertikaian kedaulatan Pulau Batu Putih yang akhirnya dimiliki mereka. Entahlah kalau barisan `cerdik pandai’ mereka juga ingin membawa isu subsidi minyak ke ICJ!!!
Mungkin akan ada suara-suara sumbang mengatakan penarikan balik penjualan minyak kepada rakyat asing terutamanya di selatan Semenanjung didorong oleh `kekalahan’ Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih. Pada saya biarkan mereka berpersepsi sedemikian jika mereka mahu. Jika ini dijadikan isu untuk mencuit perasaan rakyat Malaysia, usah kita `berlembut’ lagi. Diplomasi antara negara juga harus ada batasnya.
Ada juga mungkin melawak bahawa apakah kenaikan harga minyak pada Ogos ini adalah hadiah hari kebangsaan ke 51 kelak? Ada juga mungkin menyorot kembali kata-kata di musim PRU12 yang laLu bahawa minyak tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya untuk tahun ini 2008. Pelbagai polemik mungkin akan dicetuskan atas tujuan yang pelbagai. Itu juga `demokrasi bersuara’ kata sebilangan rakyat tetapi harus diingat demokrasi juga harus ada batasnya.
Mekanisme pemberian subsidi memang sewajarnya dikaji dan diperhalusi sedalam-dalamnya. Kita sedar subsidi diesel yang dilaksanakan sebelum ini juga boleh dikatakan gagal dalam erti kata sebenar. Penyeludupan dan penipuan berleluasa. Pihak yang sepatutnya menerima tidak mendapat manfaat sebenar subsidi diesel tersebut. Kesannya jumlah subsidi yang ditanggung pembayar cukai gagal menemui golongan sasarannya. Berlaku ketirisan di sana sini. Justeru, usaha kerajaan secara proaktif menangani permasalahan harga minyak amat dialu-alukan.
Ada juga kebimbangan bahawa isu harga minyak ini dan mekanisme subsidi yang bakal dirangka akan dijadikan isu politik. Sudah terang lagi bersuluh, itu sudah semestinya! Apa lagi yang ditunggu, isu minyak memang boleh membuatkan ramai orang mudah naik minyak. Memainkan isu minyak memang kerap menyemarakkan bara api politik. Namun dibimbangi jika ia tidak dikawal boleh meranapkan segala yang kononnya cemerlang, gemilang mahupun yang terbilang.
Memang ramai yang terbakar dengan kenaikan harga minyak selain daripada mereka yang siap sedia untuk `membakar’ amarah dan emosi rakyat. Kata orang bila ada orang naik minyak (marah), biar ada juga orang yang bertindak menyejukkannya. Bukan tugas ahli bomba tapi tugas kita sesama manusia. Sabar itukan separuh daripada iman!
Akhir kalam, jangan terlalu mengharap mekanisme subsidi dan harga minyak kelak akan mampu menyelesaikan setiap titik permasalahan bersangkutan penggunaan minyak. Tapi apa juga yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan pihak kerajaan Persekutuan, haruslah dilihat secara positif. Jika ada idea ataupun penyelesaian ampuh serta cadangan penambahbaikan kepada mekanisme itu kelak maka lontarkan dengan tertib dan keikhlasan. Cubalah `berehat’ sejenak daripada mempolitikkan isu minyak. Janganlah disimbah api amarah rakyat dengan minyak yang semakin mahal. Berdiskusi secara berhemah dan memberikan buah fikiran positif kepada kerajaan agar kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
WT- Memang sukar meniadakan subsidi dalam kamus hidup rakyat Malaysia. Kita kerap menangisi apa yang kita hilang tapi kita juga kerap alpa dalam tanggungjawab menjaganya. Sama-sama kita fikir-fikirkan.

3 comments:
Cara yang terbaik sebenarnya mestilah dipandu oleh polisi dan tindakan yang konsisten oleh kerajaan. Dalam menangani isu subsidi yang perlu diberi kepada rakyat "yang layak" ia telah pun menjadi polemik politik kekampungan dengan penarikan balik manafaat yang dinikmati rakyat secara amnya sedangkan subsidi-subsidi tertentu yang dinikmati oleh juak-juak politik yang berkuasa nampaknya dipertahankan.
Kebanyakan biasiswa pelajar (sekarang dah jadi pinjaman), kawalan harga barang, subsidi bahan bakar, subsidi perbelanjaan kesihatan merupakan subsidi-subsidi yang disasarkan oleh kerajaan untuk dimansuhkan. Rakyat mula diajar agar lebih berhati-hati dalam membelanjakan sumber-sumber kewangan, dan mula membuat peruntukan-peruntukan lebih untuk menampung kenaikan harga-harga barang dan perkhidmatan yang telah mereka nikmati selama ini. Banyak lagi bahan-bahan keperluan yang bakal mengalami kenaikan harga; besi, bahan makanan dan simen sudah nampak ura-ura dinaikkan harga yang akan menyebabkan corak kenaikan harga yang akan memeritkan rakyat. Maka berkatalah kerajaan, rakyat perlu bersedia berkorban, kerana kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsidi -subsidi yang selama ini dinikmati rakyat.
Yang peliknya, kalau hasil dalam kantung kerajaan yang dihasilkan oleh pembayar cukai, hasil-hasil bumi dan hasil-hasil kerajaan yang lain, tidak pulak kita mendengar tender-tender terbuka dan pemberhentian sindrom pemutar skru bernilai RM200 diberikan tumpuan seterusnya, sedangkan ini merupakan ketirisan yang jauh lebih memeritkan keadaan kewangan dan ekonomi negara. Subsidi kepada rakyat pulak jadi tumpuan. Malah, dengan berlakunya perkara-perkara seperti ini, imej negara juga akan rosak dari mana-mana kacamata. Tak payah lah nak menuding jari ke jiran kita di sebelah Selatan, gelagat pemimpin makan komisyen dan tender "direct nego" ni sudah cukup memalukan rakyat yang mahu berfikir.
Kita lihat subsidi petrol. Apa dah jadi dengan kos pemilikan kereta kita di negara ini? Kita dikelabukan dengan dengan penyempitan isu ini kepada perbincangan subsidi harga petrol dan diesel sedangkan kerangka perbincangan yang sepatutnya dijadikan tajuk adalah pengangkutan (persendirian dan awam) untuk kegunaan rakyat. Apa dah jadi dengan kos pengangkutan di negara kita?
Proton jadi mahal - kalau kereta negara lain yang sama kelas dengannya tentu samada lebih berkualiti atau lebih murah. Kita disogokkan dengan Proton; cukai kereta import dinaikkan dengan tinggi, AP diberi kepada kroni-kroni. Dah la kereta mahal, tol tinggi, yang ada hanyalah minyak yang agak berkemampuan dibeli (bukans emua orang senang beb!) Sebagai contoh, jika AP kroni ditarik balik dan kereta menjadi murah seperti dahulu, mungkin rakyat sanggup menggunakan penjimatan subsidi kepada kroni (harga sewa AP) dan menggunakan untuk membayar harga bahanapi tanpa subsidi. Jangan lupa, kaji semula perjanjian tol; jika perlu tongsampahkan perjanjian tu ala perjanjian royalti negeri Terengganu...
Kutipan tol diberikan kepada kroni. Perjanjian menjadi rahsia. Rakyat perlu bayar, sedangkan kontrek itu pun dulu diberikan "direct nego" kepada Renong dengan harga yang tak munasabah dan kontrek berat sebelah yang membebankan rakyat. Sekarang kerajaan yang menandatangani perjanjian itu cuba mengelabukan rakyat dengan berkata "Jika tak naik tol kena bayar gantirugi, ini ada dalam perjanjian!" Hui, subsidi hebat - apakah lepas ini subsidi kepada syarikat kroni ini akan dikaji semula; atau subsidi yang dinikmati rakyat sahaja akan dikaji semula?
Pengangkutan awam pulak makin lama makin parah dan tidak teratur.... apa dah jadi dengan pembangunannya? Bailout projek LRT, kontrek direct nego, kemelut pemilikan permit bas jugak menjadi penyakit. Teksi pun jadi isu; nampaknya pemberian 6000 permit teksi sudah dilupakan rakyat.
Bagaimana pula dengan subsidi yang dinikmati IPP (senarai kroni penjanakuasa bebas ni boleh cari sendiri) untuk mendapatkan bahanapi dari Petronas dan kontrek berat sebelah IPP dengan TNB untuk membeli letrik walaupun jika TNB tidak memerlukannya?
Dalam kerangka membincangkan subsidi yang membebankan tanggungan kerajaan, mungkin keikhlasan, ketelusan dan kejujuran yang perlu ditunjukkan dahulu oleh pihak berwajib; jika tidak janganlah marah jika rakyat mengatakan pemansuhan subsidi ni rupanya pilih bulu!
Saya pula sememangnya tak yakin dengan usaha ini; tak lama dulu ada pemimpin terkenal yang menjuarai pembenterasan anti rasuah yang mengatakan semua tender kerajaan akan dibuat secara terbuka..... tak sampai sebulan, kita dengar kontrek jambatan kedua Pulau Pinang dibuat secara direct nego.... hampeh ! Fikir-fikirkanlah ......
harga minyak naik ker, turun ker, petronas tetap dapat sedut minyak secara percuma dari perut bumi malaysia...
Kalo kerajaan naikkan harga minyak, dapat la golongan diorang makan lebih... tu jer... maklum la pilihanraya haritu banyak sangat belanja...
ala..minyak pun makin lama makin kurang...
itulah, allah tarik nikmat satu persatu..
sumber negara sekarang lebih tertumpu kepada PERTANIAN. sebab tu kerajaan buat slogan, PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN.
ermm..merupakan 1 pengiklanan yang ckup baik untuk tarik golongan kita menghasilakn tanaman untuk tampung rakyat kat bumi malaysia ni..
Dulu Harga Yg Saya Beli RM20, Sekarang Harganya Akan Meningkat Kepada RM50!! Rebut Peluang Ini Sekarang!! Klik Sini!
Ketahui Strategi Untuk Menjadi Seorang Ejen Yang Berjaya
Anda Tak Tahu Nak Bina Website? Mari Belajar Dari Yg Berpengalaman..KLIK SINI!
Kongsikan Apa Saja News Yg Anda Tahu Di Sini. Klik Sini!
Post a Comment