Sunday, June 15, 2008

Salam Transformasi!

Oleh Warisan Tamar
15 Jun 2008

Saudara/i pembaca yang saya hormati,

SAYA menyedari dalam tempoh lebih kurang dua tiga minggu kebelakangan ini, blog saya menerima kunjungan yang memberangsangkan. Memberangsangkan dari kaca mata saya sebab saya hanyalah blogger kecil jika dibandingkan nama-nama besar seperti chedet.com, drkhir.com, kudakepang, Sdr KJ dan lain-lain. (menerima kunjungan lebih 2 ribu pembaca bagi blogger sekerdil saya adalah sesuatu yang mahal nilainya!). Namun terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung saya dan pembaca tulisan mahupun koleksi tulisan yang diambil dari blogger lain. Semoga ia akan menjadi pendorong kepada saya untuk terus berkongsi pandangan dan pendapat bersama saudara/saudari semua.

Beberapa tulisan saya juga telah dibenar muat oleh moderator atau administrator blog dimana mereka telah memaparkan tulisan saya untuk dikongsi bersama pembaca mereka. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka seperti agendadaily, MalaysiaToday dan sebagainya. Malah saya juga menyedari secara tidak langsung (selepas dimaklumkan oleh sahabat saya @ pembaca tulisan saya) bahawa terdapat beberapa blogger lain juga mengambil (cut & paste) tulisan saya untuk dipaparkan di dalam blog mereka. Terbaru dimana penulis di mykmu.net merujuk kepada artikel import saya (saya mengesahkan ia tulisan yang diimport daripada laman web Sdr KJ!)

Saya tidak ada masalah untuk tindakan tersebut buat masa ini. Saya mengalu-alukan kepada mana-mana rakan blogger atau penulis yang ingin mengongsikan info yang ada di dalam blog saya atau pun tulisan saya untuk dipaparkan di blog masing-masing. Cuma lagi usahlah ia dimodifikasikan hingga menjejaskan maksud dan tulisan saya tersebut.

Saya juga mengalu-alukan para pembaca mahupun sahabat bloggers yang lain yang ada menghantar email kepada saya untuk berkongsi pendapat. Saya menghormati pilihan sebahagian mereka kerana mereka merasakan lebih baik memilih berkongsi pendapat melalui email daripada melemparkan kata di ruang komen seperti kebiasaannya. Namun begitu juga ada 2 atau 3 komen yang sempat ditulis oleh pembaca saya. Dengan kata lain semuanya amat saya hargai dalam proses kita mencambah maklumat dan berkongsi pendapat. Dan soal positif atau negative ia adalah hak masing-masing, sekurang-kurangnya kita mendengar dari semua sudut pandangan dan tidak terkongkong kepada sesuatu yang dikatakan `pak angguk @ pak turut’ sahaja.

Akhir kalam, semoga kita berterusan menjadikan blog sebagai salah satu mekanisme media yang berguna. Jadikan ia satu platform untuk mengutarakan pendapat dan pandangan yang mampu mengangkasa pemikiran kita bersama dalam meniti arus transformasi.

Salam Transformasi!

No comments: