Friday, April 10, 2009

UMNO TIDAK BERKUASA

Warisan Tamar
11 April 2009, Sabtu (AM)

KABINET baru sudah diwujudkan. Seperti kata DS Najib bahawa beliau tidak boleh memuaskan hati semua orang. Saya percaya kata-kata itu. Hatta jika saya atau pembaca atau sesiapa jua pemimpin pun tidak akan dapat memuaskan hati sesiapa. Demikian jugalah para perwakilan UMNO semasa pemilihan parti yang lalu, ada saja suara-suara sumbang. Ini kerana calon pilihan atau kepentingan yang dijaga tidak mendapat tempat yang sepatutnya.

Dalam hal perlantikan kabinet ini misalnya, ada yang agak kecewa tidak terpilih malah ada yang `pok’ (baca: mengharap) untuk jadi Menteri tapi cuma jadi Timbalan Menteri hanya kerana dirinya antara yang menang undi tertinggi dalam pemilihan UMNO lepas. Bersyukurlah! Saya cukup skeptical dan kurang berminat dengan luahan perasaan beberapa individu yang terpilih untuk dilantik oleh DS Najib bilamana mereka menyatakan rasa bangga sebab terpilih oleh DS Najib! Orang muda atau pengundi muda bosan dan jelek dengan luahan perasaan sedemikian. Ia digambarkan sebagai bongkak dan merasakan jawatan yang diberikan sebagai satu privilege (keistimewaan) bukan satu tanggungjawab. Ada lebih baik menyatakan perasaan rendah diri apabila menerima jawatan tersebut. Baru orang tidak menyampah!

Perasaan tidak puas hati juga diluahkan. Ini biasa. Tapi ada juga yang konon-konon berlapik. Kadang-kadang `penyokong’ atau bahasa pasarnya `pencacai’ dibelakang individu ini yang `lebih-lebih’ atau mereka memang disuruh supaya `lebih-lebih’ oleh individu tidak terpilih tadi. Kononnya lagi sebagai membawa suara rakyat yang kecewa si polan tidak terpilih. Seperti kata saudara saya UstazSaid, berilah peluang kepada mereka untuk bekerja. Saya tambah berilah mereka juga ruang untuk `bernafas’. DS Najib sudah kata setiap 6 bulan penilaian prestasi berdasarkan KPI (Key Performance Index/Indicators) akan dibuat dan dinilai. Jadi, mana-mana yang gagal mencapai prestasi yang ditetapkan bakal menerima `hukuman’ sewajarnya.

Cuma bagi saya, berdasarkan pengalaman bekerja di sektor swasta baik di bawah GLC mahupun syarikat multinasional, `hukuman’ akibat kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan bukanlah bersifat punitive tanpa memberi ruang untuk self improvement . Maksud saya, janganlah umum menganggap atau menekan DS Najib supaya pemimpin kabinet yang gagal itu terus dihukum. Dalam pelaksanaan KPI, ada banyak langkah dan kaedah menangani masalah khususnya kegagalan dalam mencapai KPI. Malah mereka yang mencapai tahap `outstanding performance’ yakni melebihi tahap KPI yang ditetapkan lazimnya akan menerima extra treatment.

Misalnya dalam sesebuah syarikat, mereka akan diberikan bonus yang lebih besar dari yang lain. Justeru. tujuan dan matlamat KPI janganlah dipandang sebagai satu elemen untuk mencari salah atau memerangkap pemimpin kabinet. Ia adalah sebagai satu penanda aras (benchmark) terhadap level of performance. Bagaimanapun selepas segala `counter measures’ diambil, beliau gagal juga maka jawapnya…macam kata Donald Trump ` if I can hire you, I can fire you too!’.

Jadi yang tidak terpilih janganlah meroyan tidak tentu pasal. Macam kata Dato Shabery Cheek, ibarat main bola. Kadang kita diarah main sebagai defence, kadang sebagai midfield malah kadang juga kita memanaskan bangku simpanan. Tapi bagi mereka yang merasakan bahawa mereka dilabel sebagai `reserve sampai mati – RSM’ eloklah berbakti kepada rakyat semaksimum boleh. Sebab pada PRU13 nanti anda mungkin tidak tersenarai pun dalam barisan pemain BN!

Kepada DS Najib, berilah peluang dan ruang dan keizinan supaya rakyat bersuara agar mereka yang mencapai status RSM hendaklah dikeluarkan daripada senarai `pemain’ BN dalam PRU13 kelak. Rakyat muak dan menyampah dengan `perkhidmatan’ mereka di kawasan yang diwakili. Mereka selama ini berpayungkan kepada kekuatan UMNO dan BN semata-mata. Saya suka merujuk kata-kata DS Najib, era kerajaan lebih mengetahui (govt knows best) sudah berlalu. Makanya era untuk UMNO/BN letak tunggul kayu pun boleh menang atau wakil rakyat tidak pedulikan rakyat juga sudah berlalu.

Sebab era baru ini…UMNO tidak berkuasa, yang berkuasa adalah kuasa rakyat. Yang maha berkuasa adalah Allah s.w.t. Demikianlah sepatutnya yang tersirat disebalik `Rakyat Didahulukan, Pencapaian/Prestasi Diutamakan’.

6 comments:

Azizahns said...

sayangnya masih ramai yang tidak ambil pedulu... masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

dalam hal-hal pembangunan juga... tak semestinya sesuatu pembangunan itu benar-benar menguntungkan rakyat... kalau tidak masakan pembangunan islam hadari masjid terapung & masjid kristal di terengganu terus-terusan menjadi cemuhan rakyat di sana.

apa guna banyak deretan bangunan pencakar langit gedung membeli-belah merata-rata kalau ia menghapuskan peniaga-peniaga kecil yang rata-rata orang melayu..

tanyalah juga dimana lokasinya bangunan MARA untuk peniaga melayu... rata-rata akan menjawab nun dihujung sana .. bukan tempat laluan orang ramai ... jauh..

dimanakah silapnya...
menterikah...
pegawai perancangkah...

CINTA DUNIA said...

Saya bersetuju dengan posting sdr ini. Perubahan yang mesti dilakukan oleh setiap anggota jemaah menteri yang telah dinobatkan kelmarin ialah mereka hendaklah mengubah penampilan mereka. Kalau selama ini menteri dilihat sebagai tuan kepada rakyat tetapi yang itu sebenarnya silap.Hari ini sikap yang betul ialah rakyat adalah tuan kepada menteri. Betul kata sdr bahawa jawatan menteri janganlah dijadikan 'privilege' tetapi jawatan itu hendaklah digunakan untuk menolong rakyat.

USD said...

Yang x difahami oleh org kg sini:
1. Rasionalnya Ahmad Shabery pigi Menteri Belia...kalau mau rasional bg la dgn belia, klu KJ x boleh Razali Ibrahim kan ada @ Saifudin Abdullah bekas orang kuat MBM, @ busuk2 bg dgn Mukhriz wpun kalah @ Khir Toyo!
2. Tiada org lain dr Sabah yg layak jd menteri?

Anonymous said...

Barisan Kabinet kali ini nampak lebih "baik" sedikit berbanding dengan kabinet yang lalu. Tapi sedikit mengecewakan kerana perlantikan menteri belia dan sukan yang tidak disangka. kami mengharapkan Datuk Seri Azalina kembali ke KBS kerana beliau adalah pejuang orang muda yang sebenar. tengokla semasa pentadbirannya, beliau memajukan Rakan Muda ke tahap maksima, mewujudkan pelbagai program rakan muda dan belia. Beliau tidak suka ada bodyguard disekelilingnya apabila bertemu orng muda..pemimpin yang macam ni lah membakar semangat hati muda untuk terus mara ke hadapan. Apapun semoga YB Menteri yang baru ini mampu melakukan sesuatu. Amin.

PAPA GOMO said...

SALAM...
BARISAN KABINET YANG MANTAP. INI LAH YANG MEMBUATKAN ANWAR SEMAKIN KEPANASAN PUNGGUNG...HE HE HE...

HARAP EKONOMI KITA AKAN TERUS MAJU TAMPA MENGGADAIKAN AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU.

DAN ANWAR PERLU DI SINGKIRKAN....

Adisaputra said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara dan saya berharap barisan kabinet sekarang ni benar - benar untuk rakyat...