Monday, December 26, 2011

Hj Anwar Ibrahim 901 (09 Jan 2012): Nafsu Liwat Yang Memualkan!


Sekali lagi, PKR akan mengheret rakyat dalam isu moral pemimpinnya, Anwar Ibrahim. Dua kes liwat yang angkara nafsu sendiri, akhirnya mahu dikongsi beban dengan rakyat. 

Awang mendapat tahu, gerakan besar-besaran sedang diatur untuk mengadakan pelbagai aktiviti -menjelang, ketika dan selepas - keputusan mahkamah bagi kes liwat beliau pada 9 Januari ini. Ia dikenali sebagai Kempen Bebaskan Anwar 901. Ribuan poster telah dicetak selain diuar-uarkan menerusi Internet.

Nasib Anwar akan diketahui pada tarikh berkenaan sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. 

Difahamkan, antara perancangan yang dibuat ialah menghimpunkan seramai mungkin ahli PKR dan penyokong pembangkang di bangunan mahkamah. Arahan ibu pejabat PKR kepada cabang-cabang parti itu di seluruh negara telah dikeluarkan. 

Anwar sebelum ini dikatakan kurang senang kerana tidak ramai penyokong pembangkang termasuk ahli PKR hadir memberi sokongan sepanjang perbicaraan tersebut berlangsung. 

Seandainya Anwar didapati bersalah oleh mahkamah, ada senario tertentu sudah disusun. Demonstrasi liar di jalanan yang membawa kepada ketegangan akan berulang kembali sebagaimana yang mewarnai ibu negara pada 1998 dan 1999. 

Difahamkan, beberapa pertemuan bagi menjayakan semua misi itu sedang dilakukan. Ia juga dilihat peluang bagi pakatan pembangkang membina momentum baru untuk memulihkan sokongan rakyat yang kini dikatakan memihak kepada Barisan Nasional (BN). 

Gerakan melobi NGO antarabangsa, mendapatkan simpati kedutaan asing dan kuasa besar serta mempengaruhi media Barat giat dilakukan. Jika perancangan menjadi kenyataan, kekecohan di Kuala Lumpur yang dicetuskan oleh penyokong Anwar akan mendapat liputan meluas di luar negara seolah-olah Malaysia bakal mengikut jejak Mesir, Libya, Tunisia dan Syria. 

Awang sudah jangka Anwar akan mengambil strategi yang sama iaitu pre emtif. Dari awal kes tersebut, tekanan demi tekanan dikenakan ke atas mahkamah dan hakim. Berpuluh-puluh penangguhan dimohon. Anwar juga menggunakan pentas politik di dalam dan luar negara menyerang institusi mahkamah sambil mempertahankan diri. 

Kali ini, skrip Anwar masih sama. Beliau mendakwa tidak bersalah dan kononnya menjadi mangsa konspirasi. Pada Anwar, keadilan hanya untuk orang besar seperti beliau dan bukannya orang biasa yang tidak berdaya seperti Mohd. Saiful dan Azizan Abu Bakar (mangsa kes liwat pertama).

Dalam sejarah politik dunia, akan muncul dari semasa ke semasa pemimpin yang dahsyat pembohongannya sehingga liat untuk tumbang. Kelebihan Anwar, beliau memang pandai bermuslihat dan mengelirukan rakyat. Awang faham, politik adalah seni menyakinkan orang ramai dan pengundi. Tetapi janganlah mempergunakan rakyat untuk menangani kegagalan diri sendiri mengurus nafsu serakah.

Belajarlah menjadi budiman. Awang bosan dengan pemimpin terlampau yang hipokrit. Apabila galak melakukan maksiat tidak ingatkan rakyat. Tetapi apabila mahu diadili oleh mahkamah maka mencari perlindungan rakyat. Lalu terkeluarlah pelbagai slogan termasuk rakyat adalah hakim. Cukup dan insaflah. Jangan hanya kerana nafsu seseorang kita semua nanti ditimpa musibah besar.

No comments: