Sunday, December 4, 2011

Pik San (Wanita Cina): 'Lelaki Melayu Selamatkan Saya'



'Jika bukan kerana lelaki Melayu itu yang menyelamatkan saya, nyawa saya mungkin terancam. Saya ketakutan melihat aliran air bertukar deras secara tiba-tiba dengan arus yang terlalu kuat' kata Pik San, 30 tahun seorang mangsa banjir di Kajang pada petang Sabtu 3/12/2011.

San yang bekerja sebagai Pen Pengurus Perkhidmatan Pelanggan amat berhutang budi kepada lelaki Melayu yang menyelamatkannya itu dan terkilan kerana terlupa bertanyakan nama individu terbabit akibat terlalu panik.

Nota: Video klip dirakam oleh orang yang dipercayai berbangsa Cina. Ini bukan rasis tetapi demikianlah realitinya. Dalam pada mereka menuntut itu dan ini sehinggakan `darah orang Melayu' ingin dimiliki, tidak cukup dengan jambatan emas dan sedulang hati nyamuk...hehehe...

Apapun, cayalah kepada `Lelaki Melayu' misteri tersebut...sesapa yang perasan diluar sana, hubungilah Berita Harian dan perkenalkan diri anda...hahaha...1Malaysia! 

1 comment:

Cikgu Di said...

Salam perkenalan.

Jika setiap kita mempunyai naluri kemanusiaan maka tentunya kasih sayang tidak akan terbatas dalam kelompok yang kecil kerana kita dilahirkan kedunia ini untuk saling kenal mengenal dan tolong menolong.

Maka lakukanlah kebaikan kerana budi yang ditabur ianya tetap mewangi hingga melintasi bangsa dan warna kulit......syabas untuk anda yang memiliki budi seluhur itu...

Dan alangkah damainya Malaysia ini jika kita memiliki percantuman budi dan rasa terima kasih...tampa sempadan agama dan tidak saling mencurigai ....walahualam