Wednesday, April 22, 2009

MASALAH BANJIR DI BEAUFORT: ADA HARAPAN UNTUK MENGHARAP


Warisan Tamar
22 April 2009, Rabu (PM)


TERIMAKASIH dan syukur saya kepada Ilahi dan YB Kamarlin. Mengapa? Kerana `rintihan’ masalah banjir di Beaufort, Sabah telah diluahkan dalam Sidang DUN Sabah baru-baru ini. Peruntukan sebanyak RM6.8 juta disediakan kerajaan negeri Sabah untuk menangani masalah banjir berkenaan. Berita penuh tentang pemberitahuan itu ada di dalam Utusan Malaysia dan Blogger UstazSaid juga ada memaparkannya.

Apa yang penting selepas ini ialah jangan sampai apa yang dikata tidak dikota. Spt kata UstazSaid, kata harap dikota! YB Kamarlin harus menjadi `juara’ dalam hal ini. YB perlu membuat follow up apa status dan perkembangan peruntukan tersebut. Saya tidak kisah siapa yang dapat projek untuk `melangsaikan’ RM6.8 juta itu asalkan kerja-kerja penambahbaikan yang dimaksudkan dapat dilihat secara fizikal. Tapi kalau ada yang `mengkritik' YB pasal ketidaktulusan projek…itu kita cerita lainlah!. Saya juga tidaklah mengharapkan 100% selesai masalah banjir tetapi sudah amat bersyukur jika ia dapat `meringankan’ masalah banjir yang sudah berdekad lamanya.

Saya mendapat maklum bahawa usaha untuk `menjerit’ di DUN Sabah dan `meminta’ perhatian jabatan berkenaan juga dilakukan telah oleh wakil rakyat yang lain termasuk wakil rakyat DUN Lumadan sebelumnya. Namun yang dikesalkan dan menjadi tandatanya sebelum ini adalah tiadanya perkembangan dan status terkini terhadap usaha-usaha tersebut. Sumber orang politik tempatan kata ada perkembangan dan status positif sebenarnya tapi rakyat tidak tahu dan tidak diberitahu. Semoga selepas ini YB Kamarlin akan terus `menjerit’ dan `meminta’ supaya masalah banjir akan dapat diatasi dan direalisasikan. Jangan sekadar janji retorik!

Bukan sahaja YB Kamarlin sebenarnya tapi YB Datuk Hajjah Azizah (DUN Klias) serta dua Ahli Parlimen (YB Datuk Hj Lajim dan YB Datuk Sapawi) juga harus turut sama bertanggungjawab dan menyingsing tangan sehingga projek ini menjadi kenyataan. Inilah masalah nombor wahid penduduk dan rakyat di Beaufort!

Dikesempatan ini juga, saya ingin menjelaskan kepada rakan/sahabat/saudara pembaca bahawa kritikan atau apa saja luahan ketidakpuasan hati samada kepada wakil-wakil rakyat saya mahupun UMNO/BN amnya bukanlah berniat negatif. Ini adalah era dimana apabila kita sayang maka kita kena berani menegur dan mengingatkan. Zaman `govt knows best’ dan `YB always right’ sudah berlalu.

Saya menyatakan ini kerana sahabat saya semasa lepak-lepak di warung tepi jalan dua hari yang lalu yang juga pembaca blog saya yang setia bertanya `bro, aku tengok (Jbaca) tulisan blog ko macam mahu menghentam YB-YB ko saja?’ Interpretasi masing-masing saya percaya berbeza-beza. Kadang-kadang saya mungkin mentafsirkannya A tetapi pembaca mungkin mentafsirkannya sebagai B. Misalnya adakah 1 + 1 = 2? Saya serahkan kepada kebijaksanaan pembaca yang saya hormati dan hargai.

Saya sendiri tidak pasti samada YB-YB saya membaca tulisan saya atau tidak. Atau mungkin `para pegawai khas’ mereka ada membaca. Saya tidak pasti. Tetapi pada saya, mereka sudah diundi mewakili rakyat di kawasan saya makanya mereka harus dikejutkan jika tertidur atau disedarkan jika sedang alpa dan lalai. Sebagai blogger, blog adalah medium saya!. Sebabnya mereka hanyalah manusia biasa…mereka bukan maksum dari dosa (tidak seperti pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang maksum dari sebarang dosa dan kesilapan). Jika mereka tidak mahu bangkit dari kelemahan dan `ketiduran’ mereka…sama-samalah kita berdoa agar mereka tidak dicalonkan lagi pada PRU13 kelak. Jika tercalon juga….haaahhh…itu lu pikirlah sendiri…sendiri mau ingat bro! apa baranggg…betul tak?

Kepada para wakil rakyat, jadilah spesis pemimpin yang ketika ada, amat disegani dan dihormati serta disayangi rakyat dan apabila tiada (tidak menjadi YB lagi) ditangisi dan dirindui perkhidmatannya oleh rakyat. (Tapi pencacai dan kontraktor bawah ketiak YB pun menangis juga bila YB sudah tiada…sebab no `purujek’ no fulus!...hehehe)

Salam Transformasi…

3 comments:

Adisaputra said...

Alhamamdulillah...Akhirnya ada juga YB yang prihatin dengan masalah banjir yang sering melanda...semoga peruntukan RM6.8 juta yang akan disalurkan dapat membantu mengatasi masalah banjir ini...Tahniah kepada YB kamarlin yang nampaknya telah pun membakitkan permasalahan ini di parlimen...Diharapkan Yb - yb lain juga akan terus bersuara demi membela nasib kami....

apa yang kami para blogger suarakan bukanlah untuk menghentam atau memalukan sesiapa tetapi sekadar menyatakan apa yang kami rasa dengan harapan pemimpin - pemimpin kami dapat membela nasib kami...

BELL said...

'Credit' harus diberikan kepada YB Kamarlin Hj Ombi, ADUN N27 Lumadan kerana telah berjaya 'menjolok sarang tebuan' sehingga gugur ke tanah..hasilnya usaha YB dan harapan penduduk di kawasan daerah Beaufort sedikit lega dengan perkembangan ini. Sekurang-kurangnya langkah pertama sudah dapat di gerakkan.

Tapi bak kata WT, lain lah cerita bagaimana untuk 'melangsaikan' peruntukan yang diberikan, rakyat pastinya akan mahu melihat 'progress' peruntukan ini dapat dilihat dengan mata kepada mereka sendiri secara fizikal dan azali, bukan sekadar menatap di dada2 akhbar tempatan. Semoha harapan ini terus menyala dan bukannya seperti obor mana-mana temasya sukan, sampai masanya akan terpadam jua.

Kami 'menghentam' atau 'mengkritik' YB bukan bermakna kami benci atau tidak menyokong BN/UMNO, parti pemerintah ini sebenarnya dekat dihati namun transformasi harus dilakukan oleh para YB sekalian, seperti program realiti AF7 yang ditransformasikan supaya penonton tidak bosan,loya hingga muntah2, begitu lah juga para YB sekalian.

Keberanian YB harus ditegaskan. Janganlah kerana di DUN sabah hanya ada 1 kerusi pembangkang/bebas, maka semua YB BN hanya menjadi pak turut atau tukang angguk sahaja. Budaya pemimpin begitu sudah berlalu dan rakyat pun cukup fed up dengan perangai YB yang begitu.

Semoga dengan peruntukan ini dalam mengubah sedikit sebanyak muka bumi Beaufort yang mudah sangat dilanda banjir. Kalau tidak semua pun, sekurang-kurangnya suku masalah banjir di beaufort ini akan selesai tidak lama lagi.
Sekian dan terima kasih.

warisantamar @ KualaLumpur said...

adisaputra/bell,

demikianlah harapan kita semua. semoga ia tidak sekadar cakap. less talk more action.