Sunday, August 31, 2008

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Oleh Warisan Tamar

RAMADAN tiba lagi. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana telah dipanjangkan usia dan diberi peluang untuk bertemu semula bulan yang penuh dengan keberkatan. Puasa memberi jutaan makna kepada kita umat Islam. Semoga puasa kali ini akan terus meningkatkan keutuhan perpaduan dan kekuatan umat Islam khususnya di negara kita Malaysia. Selamat berpuasa saya dan keluarga ucapkan kepada seluruh keluarga, sahabat handai, pengunjung blog saya dan umat Islam seantero dunia. Semoga kita terus diberkati oleh-Nya.

WT- Syukur juga kepada Allah, kakak saya telah selamat melahirkan anak lelaki dua hari lepas (30 Ogos 2008). Sementara itu, seorang sahabat saya yang juga `junior' saya semasa di SM Sains Selangor yang lebih dikenali dengan panggilan `Pak Tam' kini masih koma di ICU, Pusat Perubatan Damansara akibat dijangkiti kuman di dalam paru-paru. Sama-sama kita panjatkan kesyukuran untuk kelahiran umat Islam ke dunia ini dan memohon agar sahabat saya itu dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan. Insyallah!!!

No comments: