Saturday, August 2, 2008

KETUA PEMUDA UMNO : MUKHRIZ MENGAKU KALAH?

Utusan Online
02 Ogos 2008

JITRA 2 Ogos - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, gejala politik wang dan penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam pemilihan peringkat cawangan Pemuda mampu menutup peluangnya untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan itu pada pemilihan Disember ini.

Malah beliau yang sebelum ini optimis mengenai peluangnya bertanding jawatan tersebut, tidak lagi yakin untuk mendapat jumlah pencalonan mencukupi ekoran amalan tidak sihat tersebut yang didakwanya berlaku di seluruh negara.

Berdasarkan keadaan itu, jelasnya, hanya `keajaiban’ yang membolehkan beliau mendapat jumlah pencalonan mencukupi untuk bertanding memandangkan kubu-kubu kuatnya turut goyang akibat gejala berkenaan.

''Dalam keadaan gejala rasuah politik yang sedang berleluasa dalam negara kita sekarang ini, keyakinan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda terhakis.

''Kalau amalan ini dibiarkan berlaku pada masa ini, saya tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan,'' katanya selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Jitra di sini hari ini.

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan di peringkat cawangan Pemuda UMNO di seluruh negara.


WT- Saya rasa Datuk Mukhriz terlalu dibayangi oleh faktor persekitaran. Desakan dan tekanan juga mampu membuatkan kita kadangkala hilang motivasi dan keyakinan. Bawa bertenang Datuk! Mesyuarat peringkat bahagian belum pun bermula...ini baru peringkat cawangan tapi saya juga percaya beberapa `campaigner groups' sudah memulakan langkah melobi dan berkempen untuk `bos' mereka.

Dalam hal jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya rasa dan yakin Naib Pemuda UMNO sedia ada - Sdr Khairy Jamaluddin akan dicalonkan bertanding bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dato' Seri Dr Khir Toyo pula dalam senyap, tidak menyatakan hasrat berundur dari pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda itu. Tapi di `kampung' beliau sendiri sudah ada `bunga-bunga' jawatan Ketua Bahagian UMNO yang beliau sandang akan dicabar oleh ahli UMNO kerdil. Mengapa? Bukan soal demokrasi tapi ada ketidakpuasan hati rasanya terhadap kepimpinan beliau. Justeru bagaimana dengan percaturan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Masih relevan kah?

No comments: