Oleh Warisan Tamar
Tanggal 21 Ogos 2008 / 19 Syaaban 1429 (Khamis) lebih kurang jam 3 pagi, ibu saudara (Sinderi Bt Hj Bastin) yang saya sayangi dan hormati telah kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat melawat Allahyarham di hospital sehari sebelum itu dan sempat berbual sambil bertanya khabar dan akhirnya mencium tangan Allahyarham sebelum meninggalkan hospital. Kata ibu saya Allahyarham teringatkan saya dan rindu (bahasa Bisaya: naka gondom) lalu ibu saya mencadangkan supaya saya pergi menziarahi Allahyarham yang berada di Hospital Beaufort ketika itu.
Allahyarham adalah kekanda kepada ibu saya. Saya menyayangi beliau sebagaimana beliau menyayangi ibu saya sebagai adindanya. Saya menghormatinya kerana Allahyarham adalah seorang ibu saudara saya yang tidak pernah tergugat kasih sayangnya kepada ibu saya dan kami adik beradik biarpun apa saja badai masalah dan krisis melanda di dalam keluarga kami. Dalam pada saudara mara yang lain menjauhkan diri, Allahyarham tetap menziarahi adindanya iaitu ibu saya dan kami anak-anak saudaranya di rumah dan langsung tidak `terbekas’ di dalam diri dan hatinya akan apa jua permasalahan yang berlaku.
Istimewanya, Allahyarham sentiasa ingat untuk bertanyakan anak-anak saya bila kami berjumpa…demikian rapatnya Allahyarham kepada kami sekeluarga. Kehilangannya adalah satu kerinduan bukan saja kepada anak-anaknya tetapi kepada ibu saya dan kami sekeluarga. Allahyarham benar-benar kekanda yang baik kepada ibu saya dan ibu saudara yang paling `cool’ kepada saya adik beradik. Kami sekeluarga sudah tentu merindui kelibatnya menziarahi kami di rumah dan ibu saya sudah pasti kehilangan kekanda yang amat menyayanginya.
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman. Al Fatihah!

No comments:
Post a Comment