Saturday, August 2, 2008

HARGA MINYAK TURUN?

Utusan Online
02 Ogos 2008

PUTRAJAYA 1 Ogos
– Berkuat kuasa 1 September depan, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan minyak, manakala subsidi yang diberikan oleh kerajaan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan dasar itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga runcit baru petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengkaji secara teliti pola menurun harga minyak mentah dunia kebelakangan ini yang telah turun kepada AS$122 setong pada 29 Julai lalu berbanding harga tertinggi AS$148 setong pada awal bulan itu.

“Kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,” kata Perdana Menteri.

Dengan langkah itu, harga petrol berkemungkinan naik atau turun mengikut harga minyak di pasaran dunia.Abdullah memberi jaminan pada 11 Jun lalu bahawa harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.

Pada 5 Jun lalu, kerajaan mengumumkan penstrukturan semula subsidi minyak ketika harga minyak mentah di pasaran dunia sekitar AS$125 setong.Langkah menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya.

Pada paras harga tersebut, kerajaan menetapkan subsidi petrol adalah 30 sen seliter dan harga runcit petrol akan diselaraskan dari semasa ke semasa dengan menetapkan subsidi petrol sentiasa pada tahap 30 sen seliter.

Secara keseluruhan bagi bulan Jun, harga purata minyak mentah adalah AS$132 setong dan kerajaan terpaksa menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter.Sepanjang bulan Jun, kerajaan terpaksa menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter.

WT- Jika ini terlaksana bilamana harga minyak akan turun mengikut harga pasaran manakala subsidi 30 sen dikekalkan, saya rasa ramai rakyat Malaysia akan lebih memahami rasional kenaikan harga minyak tempohari. Janji menurunkan harga minyak `sekelip mata' dianggap retorik politik semata-mata.

Pemberian 2o meter padu air kepada rakyat Selangor pun terkial-kial untuk dilaksanakan. Khabarnya pemberian itu hanya berkuatkuasa sehingga bulan September sahaja. Jadi, kalau Anwar gagal di Permatang Pauh, `didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman' untuk kes liwat sekaligus gagal merealisasikan impian `PM in waiting' maka rasa-rasanya tamatlah `janji' air percuma itu. Janji lain??? Lupakan sajalahhh...

Kalau pemberian air percuma 20 meter padu pun terkial-kial untuk ditunaikan, bagaimana agaknya mahu menunaikan penurunan harga minyak 50 sen pada keesokan harinya selepas PM in waiting menjadi realiti? Cakap memang senang, lidah tidak bertulang. Terlajak perahu boleh tarik balik, terlajak kata...lu fikirlah sendiri...........

No comments: