Tuesday, August 5, 2008

MUTAKHIR: PERSIDANGAN UMNO 2008 (OGOS)

Oleh Warisan Tamar
05 Ogos 2008, Selasa

Sekitar persidangan a.k.a mesyuarat UMNO yang baru memasuki peringkat cawangan di seluruh negara, tetapi sudah banyak `peristiwa' menarik perhatian. Adakah ia satu perkara biasa, luar biasa atau sebaliknya?

TAN SRI MUHYIDDIN
Sah! Beliau cuma mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada persidangan UMNO peringkat kebangsaan 2008. Alasannya setelah memikir dengan penuh ketelitian dan selepas agak lama juga ahli-ahli UMNO membuat pelbagai andaian dan tekaan, maka alasan beliau ialah tidak mahu `mengganggu' proses peralihan kuasa PM kepada TPM yang diuar-uarkan pada pertengahan 2010 kelak. TPM `memuji' langkah TS Muhyiddin sebagai langkah seseorang dalam pasukan!

BPR

Terkini! Veteran UMNO, Datuk Mazlan Harun bersama pimpinan UMNO Bahagian PJ Selatan membuat laporan di pejabat BPR yang mendakwa PM dan TPM melakukan `perbuatan rasuah politik'. Di Sg Besar, `kampung' Dato' Seri Dr Khir Toyo pula beberapa ahli UMNO cawangan sudah diambil keterangan atas dakwaan rasuah a.k.a politik wang! Sebelum itu, bekas calon ADUN BN/UMNO di Negeri Sembilan pula ditangkap akibat menawarkan wang RM500 kepada ahli/ketua cawangan UMNO agar mencalonkan beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO. Rasa-rasanya akan ada beberapa aduan kepada BPR akan menyusul...atas nama keadilan? demokrasi? kepentingan diri atau individu tertentu?...sama-sama kita lihat hasil siasatan BPR!

KOTA TINGGI

Dato' Seri Syed Hamid Albar, Ketua Bahagian UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan isu terkini iaitu kekecohan mesyuarat sebuah cawangan. Sebelumnya isu saman menyaman sudah berlaku....Nampaknya ada ahli UMNO di tempat DS Syed Hamid yang tidak `suka' beliau menjadi Ketua Bahagian!

NAIB PRESIDEN

Beberapa calon seperti MB Negeri Sembilan sudah U-Turn yakni menarik diri dari pertandingan jawatan ini. Yang lain masih steady...Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman juga menarik diri dan mengucapkan terima kasih kepada bahagian-bahagian UMNO khususnya di Sabah yang bercadang mencalonkan beliau. Kini perwakilan dan bahagian UMNO di Sabah bolehlah menimbang tara `kelayakan' Datuk Seri Shafie Apdal dan memungkinkan bahawa akan ada seorang Naib Presiden UMNO dari Sabah yang kelak juga berkemungkinan menjadi Timbalan Presiden UMNO a.k.a Timbalan Perdana Menteri. Kenapa tak percaya ka? Tidak mustahil bah...DS Shafie juga pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan di bawah DS Najib...dan senario politik kini dimana `perhatian' juga diberi kepada pentingnya `sumbangan dan kehadiran' UMNO Sabah...Apakah ini satu perkara mustahil? Kalau DS Shafie mendapat undi tertinggi Naib Presiden UMNO kelak...apa macam brader? Tidak semestinya dipilih tetapi ada `peluang' beb.....
Bahang pertandingan Naib Presiden mungkinkah akan reda sekejap?

PERGADUHAN/KEKECOHAN

Ada juga mesyuarat cawangan UMNO yang dikisahkan berlaku pergaduhan...malah menggunakan kekerasan ( memukul menggunakan kayu golf). Itu belum kira ada mesyuarat cawangan yang kecoh.....Hangat benar mesyuarat UMNO alaf milenium ini...

PEMUDA UMNO

Datuk Mukhriz kata beliau tidak yakin memperolehi cukup pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mengapa? Isu politik wang katanya...DS Khir Toyo, masih senyap...mungkin menumpukan kepada `penyelesaian' isu di `kampungnya'...

Sdr Khairy...hmmm...masih belum buka mulut secara rasmi. Diam-diam berisi brader! Ada saudara saya kata, jawatan Ketua Pemuda UMNO penting dan merupakan `talian hayat' kepada survival politik KJ. Maksudnya KJ perlu `mengukuhkan' asas dan tapak politiknya dalam UMNO sebelum bapa mertua beliau `berpencen' daripada jawatan Presiden UMNO. Apapun, siapa kata dia tidak layak? Inikan demokrasi...

WANITA UMNO

Peralihan kuasa wanita UMNO awal setahun daripada peralihan kuasa PM kepada TPM. Ia dijanjikan berlaku pada pertengahan 2009. Tan Sri Rafidah Aziz akan `berundur' lebih awal jika ada menentangnya pada pemilihan 2008...tidak payah calonkan dia kalau ada `penentang'...Itu kata Tan Sri....

PUTERI UMNO
Ada yang kata era Datuk Noraini, senyap dan play safe memanjang....Puteri lebih `jantan' zaman Datuk Seri Azalina! So, adakah puteri-puteri UMNO mahukan ketua yang lebih `jantan' ? Sama-sama kita lihat adakah YB Parlimen atau YB ADUN atau isteri Ketua Putera UMNO atau `ground leader' Puteri UMNO menjadi pilihan??? Biar puteri yang menentukannya...

PUTERA UMNO....

Maaf...no update! hehehe

Lawak seorang kawan...Mat Rempit mana reti nak mesyuarat-mesyuarat ni! Ada-ada sajaaaaa...

WT- Persidangan UMNO peringkat awal ini pun sudah berlaku macam-macam warna warni...Adakah ini petanda baik atau tidak baik? Jawapan saya - ia sesuatu yang subjektif!!!

Dalam suasana politik sekarang, bukan UMNO saja yang `berantakan'. MCA pun ada cerita sendiri, MIC ada kisah sendiri...malah PKR,PAS dan DAP pun ada sensasi tersendiri. Jadi, tiada siapa yang boleh kata parti mereka `lebih skema' dan `sunyi dari kontroversi'...

Hanya masa menentukannya. Kita cuma merancang...Allah jua menentukannya...


No comments: