Thursday, May 22, 2008

KISAH DARI BANGUNAN PARLIMEN

Dipetik dari agendadaily.com
Mei 22, 2008

Ketika di luar sana gosip dan isu politik kebelakangan ini panas berputar dengan macam-macam spekulasi… suasana di meja makan di belakang bilik rehat Ahli Parlimen ini tidak langsung mengambarkan dunia akan terbalik esok. Cakap-cakap tentang lompat melompat parti,pembangkang sudah set nak tawan Parlimen,apa kesan tindakan Tun Dr Mahathir keluar UMNO dan Datuk Mukhriz Mahathir nak ‘berperang’ dari dalam parti itu tenggelam dalam deraian ketawa dan jenaka sesama Ahli Parlimen Barisan Nasional,PAS dan Parti Keadilan Rakyat ini.

Cerita lebih lanjut dan pose-pose menarik boleh dilayari disini!!!


WT- Saya tertarik dengan kisah benar ini. Walaupun secara peribadi saya sendiri biasa melihatnya berlaku semasa bertugas di Parlimen satu masa dulu. Ia boleh menjadi `rekod' dalam blog saya dan berkongsi dengan saudara/ri pembaca/pelawat yang barangkali tidak berkesempatan `menonton' kisah benar ini. Kesimpulannya, mengapalah ahli-ahli dibawah terlalu (dengan izin) `ekstrem dan fanatik' tanpa batasan. Sedangkan pemimpin di atas bebas dan boleh bertepuk tampar tanpa `kelihatan' biar secalit pun rasa `benci dan jijik' dengan ideologi politik masing-masing. Macam sahabat saya kata...Apa Baranggggg!!!!

No comments: