Saturday, May 10, 2008

HAPPY BIRTHDAY UMNO 62 TAHUN

Oleh : Warisan Tamar

Hari ini 11 Mei 2008, mengikut takwim UMNO maka genaplah usia UMNO (United Malay National Organization) ke 62 tahun. Bermakna kalau mengikut perkiraan umum tentang tumbesaran seorang bayi pada tahun 1946, maka bayi itu kini sudah melalui proses tumbesaran yang penuh ranjau. Kini bayi itu sudah selayaknya digelar `datuk' malah mempunyai deretan cucu cicit penyambung warisan jika membina mahligai rumahtangga dengan jayanya.

Pada usia 62 tahun, pelbagai persepsi dan lontaran idea diberikan samada oleh ahli-ahli UMNO, bukan ahli UMNO dan rakyat Malaysia tanpa parti berkaitan masa depan dan sejauh mana relevannya UMNO di persada politik negara khususnya sebagai teraju utama pembela untung nasib agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Apa sekalipun persepsi dan lontaran idea itu baik manis mahupun pahit, ia wajar diperhalusi dan pimpinan UMNO harus melapangkan dada menerima apa jua yang diluahkan oleh rakyat umumnya demi memastikan survival dan relevannya UMNO kepada rakyat bukan setakat terkongkong kepada ahlinya.

Selamat Ulangtahun ke 62 kepada UMNO dan ahlinya.....

WT- Hakikatnya UMNO dan ahlinya harus bermuhasabah jika mahu parti UMNO terus relevan di persada politik negara atau `menerima' hukuman lebih `daring' atau tindakan `kamikaze' rakyat Malaysia...Teruskan berjuang ahli-ahli UMNO untuk agama, bangsa dan negara!

No comments: