Menjenguk blog milik bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo, terdapat ulasan peribadi beliau terhadap apa yang beliau lihat dengan mata kepala beliau sendiri. Betul! Itulah realiti negeri Sabah. Belum lagi melawat ke beberapa daerah terutamanya di pedalaman.
Sesekali pucuk pimpinan pusat apabila berkunjung ke Sabah jangan naik helikopter, sebab mana mahu nampak `kebocoran' berbillion-billion peruntukan pembangunan. Jangan mengukur tahap pembangunan Sabah dengan melihat galaknya berdiri bangunan perniagaan atau shopping complex sebab itu cuma di ibukota sahaja. Rajin-rajin buat spot check ke kampung-kampung. Kalau krew Bersamamu TV3 sudah `kehabisan' modal di Semenanjung, datanglah ke Sabah - pasti beratus / beribu episod program `Bersama Mu TV3' boleh terhasil...
Bagi yang fikirannya terbuka, terimalah hakikat apa yang dikatakan oleh Dr Khir Toyo...
Selamat Membaca`Sabah Perlukan Perhatian Serius Kerajaan Persekutuan!!!
WT- Dari sudut hati saya amat berharap semua Ahli Parlimen dari Sabah benar-benar `lantang' dalam membawa isu dan aspirasi rakyat Sabah yang ketinggalan berbanding Semenanjung. Perjuangan berunsur peribadi dan memperkayakan diri rasanya eloklah diketepikan sahaja...
No comments:
Post a Comment