Oleh : Warisan Tamar
Tiada siapa menjangka hingga ke tahap ini tindakan Tun Dr Mahathir. Keluar dari UMNO dan hanya akan menyertai semula UMNO dengan syarat Pak Lah blah daripada UMNO atau Pak Lah sudah tiada dalam barisan kepimpinan UMNO. Jadi ahli biasa, Pak Tun tak marah kut!
Sah! Hari ini (Isnin, 19/05/2008 bersamaan 13 Jamadil Awal 1429H) Tun Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta semasa memberi ucapan di satu majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Setar (yang membincangkan nasib orang melayu pasca PRU12) dihadapan kira-kira 1000 orang yang majoritinya ahli UMNO Kedah.
Ini bukan cobaan tapi ini betul-betul….(meniru skrip lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee & Gang dalam Pendekar Bujang Lapok’! Beberapa ahli UMNO sudah mula mengikut jejak Tun Mahathir keluar dari UMNO walaupun khabarnya Pak Tun tidak menyuruh dan tidak juga menghalang....sendiri mau ingatlah!

Secara peribadi jika `isu’ keluar UMNO ini tidak ditangani dengan cermat dan berhemah, malapetaka lebih besar daripada prestasi malang dalam PRU12 lepas bakal menanti UMNO. Kali ini `bapa' segala tsunami mungkin bisa menghempaskan badai merobohkan istana yang dibina. Ayuh! rapatkan barisan bulatkan tekad - Jangan lupa tagline saya - politics is the art of the possible!!!
WT- Bulan Mei 2008 nampaknya semakin panas…lebih panas dari biasa! Padanlah saya rasa panas bulan Mei ini lain macam sikit rupanya Pak Tun ada cerita `hot'. Bahayanya kalau sudah `overheating' nanti boleh hangus dan hancus.
1 comment:
Salam.
Terkejut? Biasak la, dlm 2th ni pun cakap Bapak Tun sdh mcm bukan ahli Umno lg. So, apa la yg mengejutkn.
Pemimpin datang & pergi. Yg lalu, jasamu dkenang. Kini, tetap dsokong. Baru la aman sentosa. Mana ada dlm dunia yg perfect.
Post a Comment