Kuala Lumpur -- Semua ahli Pemuda UMNO yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan dalam pergerakan itu Disember ini diwajibkan mempunyai laman web atau blog masing-masing supaya dapat memperkenalkan diri dari segi latar belakang, pemikiran dan hala tuju jika terpilih untuk memimpin pergerakan itu.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abd Rahman Dahlan, berkata pendekatan itu membolehkan calon bertanding berupaya berkempen dengan lebih bebas, adil dan dikenali keseluruhan perwakilan.
Katanya, selain kaedah biasa dan bersemuka, melalui kemudahan internet, Pemuda yakin lebih ramai calon berwibawa dapat diberi peluang menawarkan khidmat di samping membantu mengurang dan membanteras politik wang.
"Langkah ini sebahagian daripada rumusan Pemuda menerusi sesi pertemuan dan percambahan fikiran dengan 60 profesional muda Melayu, antaranya peguam, doktor, akauntan, jurutera dan pensyarah serta wakil badan bukan kerajaan dan kelab UMNO di luar negara, Selasa lalu", katanya kepada laman web Pemuda di sini, hari ini.
Beliau seterusnya berkata, pergerakan juga menganjurkan perdebatan maya sempena proses pemilihan akan datang, iaitu calon yang menawarkan diri di peringkat Pusat akan berdebat mengenai isu berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pemuda dalam internet.
Katanya, bagi memastikan proses komunikasi lebih berkesan dan berterusan dengan golongan muda, platform teknologi terkini seperti internet, SMS dan MMS diguna pakai.
WT- Ini satu langkah baik sebenarnya tapi keperluan mempunyai laman web mahupun blog tidak sepatutnya dibuat kerana terpaksa (cthnya kerana bertanding jawatan Pemuda UMNO). Jika ini diwajibkan maka `haram' jika ditinggalkan atau jika tidak dilakukan. So, untuk `menghalalkan' dan mmbolehkan bertanding, laman web atau blog mesti diwujudkan. Laman web atau blog yang dibuat kerana ikut-ikutan atau terpaksa, lazimnya akan menjadi `tukun tiruan' bilamana dicampak ke laut akan menjadi `pusat' lepak segala macam ikan. Ia akan terbiar tanpa tuan...Tidak Percaya? Kita tengoklah selepas pemilihan selesai...laman web dan blog pun selesai (bungkus) jugak laaa...
Ada baiknya `kewajipan' ini dipanjangkan sekurang-kurangnya ke pemilihan Pemuda UMNO peringkat bahagian...Saya sudah ada advantage sebab sudah ada blog sendiri...hahax3...Bayangkan Pemuda UMNO mula bercerita tentang teknologi terkini dunia IT...ke hulu ke hilir dgn `gadget ' IT...baru ada kelassss walaupun `action' saja lebihhhh....maaf melawak skitttt!
#Adakah di dalam Perlembagaan UMNO calon bertanding wajib mempunyai laman web/blog?
1 comment:
laman web penting untuk perkembangan website
Malaysia Web Design
Post a Comment