Monday, April 7, 2008

PEMBUKA KATA BLOG WARISAN TAMAR

Secara tidak sengaja saya mulakan posting di dalam blog ini selepas lebih kurang 28-30 hari selesainya PRU12. Adapun sebelum ini saya `berkecimpung’ di arena blog hanya untuk menguar-uarkan perniagaan saya…dan banyak `menggunakan’ masa saya membaca blog-blog bertemakan politik…Setelah puas `mengaut’ pengalaman melalui pembacaan blog orang lain…ada baiknya saya `menyumbang’ idea saya di dalam blog ini untuk tatapan umum…walaupun saya cuma menjadi `wakil rakyat’ sepanjang masa untuk seorang yang bernama isteri dan tiga orang pewaris negara yang masih kecil…rasanya luahan rasa saya juga harus dikongsi bersama. Sekiranya sudi membaca, terimakasih daun keladi lain kali datang lagi…kalau mahu melontarkan komen…dipersilakan asalkan ia dilakukan dengan rasa tanggungjawab dan nawaitu yang baik.

Terlebih dahulu izinkan saya menyusun jari memohon kemaafan sekiranya ada tulisan-tulisan saya yang menyentuh hati dan mengusik kalbu tuan/puan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk dan lemah itu datangnya dari kelemahan saya sendiri sebagai seorang insan kerdil disisi-Nya.

ps – Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional DUN N23 Lumadan iaitu Saudara Kamarlin Ombi dan P178 Sipitang iaitu Dato’ Sapawi Hj Ahmad atas kemenangan dan menjadi wakil kepada saya dan rakyat di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Rakyat Malaysia. Semoga amanah yang diberi dipikul dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Assalamualaikum YB……

1 comment:

USD said...

baru sempat nangantang da blogmu ti. Tahniah, smoga dgn adanya blog ti boleh tokou bdiskusi lbh tbuka & matang. Smoga hari2 depan lbh baik drpd kaniab, espesially dlam kluarga tokou.