Wednesday, April 23, 2008

PERGINYA SEORANG PENULIS A.K.A BLOGGER

Oleh Abd Aziz Taip
Warisan Tamar

Pagi ini saya menerima SMS mengatakan bahawa seorang penulis a.k.a blogger telah kembali ke rahmatullah. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Rustam Abdullah Sani ( Rustam A. Sani). Saya adalah salah seorang yang meminati tulisan-tulisan Allahyarham dan saya tidak pernah `boring' dengan tulisan dan hujah Allahyarham. Selain bahasanya yang pada saya menarik untuk dibaca dan difahami.

Saya berharap akan dapat memiliki buku tulisan terakhir Allahyarham yang sepatutnya dilancarkan tidak lama lagi. Buku Allahyarham tersebut adalah `Failed Nation? Concerns of a Malaysian Nationalist' dan `Social Roots of the Malay Left'.

Walaupun terdapat perbedaan ideologi politik antara saya dengan Allahyarham tetapi tulisan Allahyarham tidak mendorong saya untuk `membenci' Allahyarham tambahan pula saya adalah saudara seagama dengan Allahyarham.

WT- Al Fatihah untuk Allahyarham Rustam A. Sani...

No comments: