Oleh AgendaDaily
Selasa, 08 April 2008
Selasa, 08 April 2008
ZAHARIN Mohd Yasin asalnya adalah satu nama kecil dalam arina politik tanahair.Dulunya bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur ini lebih dikenali dalam lingkungan orang UMNO sahaja kerana perwatakannya yang vokal dan jenis ‘ lepas cakap’.
Kisah Zaharin tiba-tiba menarik perhatian satu negara bila dia menjadi blogger pertama dipecat dari UMNO.
"Sewaktu bersua di lapangan terbang saya terus memohon maaf kepada Pak Lah dan beliau tidak berkata apa-apa tetapi wajahnya nampak sebak,” kata Zaharin
Malah boleh dikatakan perhatian orangramai di negara ini pada kewujudan laman-laman blog terus menjadi-jadi setelah isu pemecatannya menjadi berita besar.
Ini gara-gara Zaharin menerusi laman blognya yang popular ‘ Sang Kelambai’ dan terus aktif hingga ke hari ini telah berterusan membelasah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam setiap tulisan.
Kebetulan pemecatannya pada 26 September 2006 oleh Lembaga Disiplin UMNO telah diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.
Tindakan itu tidak menutup mulutnya sebaliknya laman blognya semakin ganas menghentam Abdullah.
Selain laman blognya, Zaharin meneruskan tindak tanduknya menerusi sebuah laman web tv bebas dimana dia menjadi pengulas politik undangan dari masa ke semasa.
Dia juga menghentam Abdullah dalam beberapa ceramah politik yang disertainya.
Semasa kempen pilihanraya umum baru-baru ini dia adalah penceramah utama yang kerap turun padang di Rembau khusus untuk membelasah menantu Perdana Menteri,Khairy Jamaluddin yang bertanding atas tiket BN di kerusi parlimen itu.
Tiba-tiba pagi Isnin satu kejutan berlaku.
Lokasinya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semasa ramai orang politik berhimpun di situ menyambut ketibaan Abdullah untuk mengadakan pertemuan dengan para pemimpin UMNO dan BN Sabah.
Antara kelibat yang kelihatan di situ tidak lain tidak bukan ialah Zaharin sendiri.
Siapa yang tidak hairan melihatnya di situ.
Dia terus mencuri perhatian apabila meluru menyapa Abdullah tidak lama lepas Perdana Menteri turun dari pesawat pada jam 10.30 pagi dan bersalaman dengan para pemimpin UMNO dan BN yang menyambutnya di situ.
Sewaktu bersemuka dengan Abdullah dia kelihatan bersalaman dan bercakap sesuatu.
Selepas pertemuan Abdullah dengan para pemimpin UMNO di Hotel Sutera Habour kira-kira jam 3 petang,sekali lagi Zaharin bersua dengan Abdullah.
Kali ini mereka berpelukan.
Apa dah jadi ?
Misi saya terhadap Pak Lah dah selesai.Mungkin peranan saya tidak besar tetapi sebagai blogger sentiasa menghentam beliau dan melakarkan banyak kata-kata yang menjadi ikutan orang
“Sewaktu bersua di lapangan terbang saya terus memohon maaf kepada Pak Lah dan beliau tidak berkata apa-apa tetapi wajahnya nampak sebak,”kata Zaharin kepada Agendadaily.
Manakala di Hotel Sutera Habour semasa berbual sejenak Zaharin memberitahu Perdana Menteri mulai sekarang dia akan berusaha membantu mengukuhkan balik UMNO.
Katanya Abdullah menerima permohonan maafnya dan mereka sama-sama sekata nak buka ‘ buku baru’.
Anihnya kenapa Zaharin tiba-tiba berubah ?
Apapun dia segera menjelaskan kedatangannya ke Kota Kinabalu bukan diatur oleh sesiapa atau perubahan pendirian kerana ‘dibeli’ dan sebagainya.
Katanya tujuan asal dia datang ke Kota Kinabalu adalah untuk menyiasat sendiri kebenaran cerita dan dakwaan mengatakan ada kalangan ahli parlimen BN nak melompat ke pembangkang.
Menurutnya dia pergi ke lapangan terbang semasa ketibaan Perdana Menteri untuk ‘ lihat-lihat’ saja.
Namun katanya dia merasa tersentuh bila tiada dikalangan para pemimpin UMNO dan BN di situ yang memandang serong,mengata atau menyindirnya.
“Lagipun misi saya terhadap Pak Lah dah selesai.Mungkin peranan saya tidak besar tetapi sebagai blogger sentiasa menghentam beliau dan melakarkan banyak kata-kata yang menjadi ikutan orang...saya rasa saya turut sama menyumbang pada tsunami politik yang melanda UMNO dalam pilihanraya umum baru ini,”katanya.
Menurut Zaharin sebenarnya dia sudah terasa nak ubah pendirian bila Abdullah membuat pengakuan beliau memikul tanggongjawab atas prestasi teruk BN dan kekalahan di empat negeri lagi dua hari lalu.
“Bagi saya satu pengakuan bertanggongjawab itu penting bagi seseorang pemimpin,”katanya.
Katanya beliau tidak mahu lagi melihat UMNO terus terumbang ambing dan kalangan ahlinya dan pemimpinnya bercakaran sesama sendiri mencari salah siapa dan sebagainya.
“Walaupun kini saya bukan ahli UMNO setelah dipecat dari parti tetapi jiwa dan roh saya masih lagi UMNO…Selama 35 tahun saya jadi ahli parti jadi saya mahu lihat parti saya stabil balik dan Pak Lah diberi peluang membetulkan balik keadaan.
“Ibaratnya UMNO macam sebuah kapal yang bocor ditengah lautan.Maka semua orang dalam kapal itu harus sama-sama bantu membantu membawanya balik ke pelabuhan.Mana ada orang buang nakhoda kapal di tengah laut ketika ia sedang dilambung lautan bergelora,”katanya.
Menurut Zaharin beliau tidak setuju dengan tindak tanduk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah terus menerus membelasah Abdullah.
“Yang sudah tu sudahlah…Dalam keadaan sekarang mereka sepatutnya tampil sama-sama membetulkan keadaan dari dalam dan bukannya tumpu perhatian nak singkir Perdana Menteri,”katanya.
“Tun dan Ku Li adalah pemimpin besar.Saya tidak akan kata apa-apa pada mereka.Saya akui dulu saya selalu bersama mereka.Sebaliknya sekarang saya sendiri akan berusaha untuk menarik mereka yang sokong tindak tanduk Tun dan Ku Li agar kembali membantu Pak Lah mengukuhkan balik UMNO,”katanya.
Menurut Zaharin sekalipun UMNO ada sedikit sebanyak kekurangan tetapi ia satu-satunya wadah yang paling selamat bagi orang Melayu berpayung.
Baginya PKR-PAS–DAP adalah satu pakatan pembangkang yang tidak menentu nasib masa depannya.
“Sekarang ada Datuk Seri Anwar nampak macam OK …soalnya kalau sesuatu terjadi padanya atau lepas beliau tidak ada nanti apakah lepas itu PAS boleh berkerjasama dengan DAP.Semua orang tahu bagaimana rapuhnya hubungan kedua parti.Sebaliknya UMNO dan BN sudah teruji selama ini.
“Tengoklah nanti…saya menduga lepas ini sokongan orang Melayu akan kembali kepada UMNO seperti dulu.Oleh itu dari sekarang para pemimpin UMNO harus fokus pada usaha memantapkan balik parti.
Zaharin memberitahu dia akan memohon untuk masuk balik UMNO.
“Jika tak diterima balik sekalipun saya akan tetap membantu UMNO dari luar,”katanya.
Bagaimana tentang laman blog Sang Kelambai? Apakah ia akan kiritikal macam dulu?
“Saya tidaklah hentam Pak Lah macam dulu-dulu tetapi tetap menegur apa yang saya nampak hal-hal tidak betul dalam parti dan kerajaan,”katanya.
WT- Pernah makan semeja dengan blogger Sang Kelembai yang popular dgn tagline Bloggers Pertama Dipecat Dari UMNO. Beliau seorang yang selamba dan masih bergaul dgn geng-geng UMNO dan aktif berkempen untuk calon PKR Parlimen Rembau (menentang calon BN - Sdr Khairy Jamaluddin) pada PRU12 yang lalu. Sesungguhnya `politics is the art of the possible'. Macam lagu Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia !!!
No comments:
Post a Comment