Friday, April 11, 2008

30 HARI SELEPAS 08 MAC 2008

Oleh Abd Aziz Taip
Warisan Tamar


Hari ini sudah lebih 30 hari selepas hari pengundian bagi Pilihanraya Umum ke 12 pada 08 Mac 2008 berlangsung. Keputusannya telah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia baik yang berada di dalam negara mahupun luar negara (melainkan warganegara yang memang tidak ambil `pot’ tentang negaranya sendiri).

Secara umumnya, keputusan di luar dugaan telah pun terukir dan akan tercatat dalam sejarah Malaysia untuk tatapan anak cucu kita di masa akan datang. Keputusan PRU12 yang mana pada pandangan saya telah membuatkan ramai pihak terkedu.

Kenapa…. tak percaya ke..???

Bukan tak percaya tapi terkejut kata seorang teman saya yang boleh dikategorikan sebagai penyokong tegar Barisan Alternatif (kini dijenamakan semula sebagai Pakatan Rakyat). Katanya lagi, siapa sangka dengan keputusan pilihan rakyat itu sebab beliau cuma mengandaikan paling kuat pun BA cuma mampu untuk menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Bagaimanapun tanpa menduga, awal pagi 9 Mac 2008, ramai YB-YB muka baru muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan…(sekarang pun musim hujan di Lembah Kelang).

Empat negeri (Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah) ditawan oleh BA tidak termasuk Kelantan dan Kuala Lumpur (hanya Parlimen Setiawangsa dimenangi BN). Maka, bangun pagi penyokong-penyokong BA pada 9 Mac 2008 tidak seperti bangun pagi sebelumnya…dan bermulalah `analisis’ pasca pilihanraya di merata tempat dan sudah tentu penyokong BA bangga mengatakan bahawa segala strategi dan percaturan kempen mereka mengena.

Tapi kurang pula kedengaran kelantangan membicarakan `kecacatan’ SPR mengemudi dan mengendalikan PRU12. Kalau kalah macam PRU 11 dan sebelumnya, sudah pasti awal pagi itu SPR akan menjadi bahan analisis…mungkin mood `meraikan’ kemenangan tak terduga tidak ingin diganggu buat seketika. Cuma nun di utara Semenanjung Malaysia, Pesuruhjaya PAS Negeri sudah awal-awal mencabar kemenangan calon BN dimahkamah (keputusan awal mahkamah tidak memihak calon PAS berkenaan)…

Di pihak yang lain, BN memulakan awal pagi 9 Mac tanpa rasa ceria terutamanya di negeri yang terpaksa diserahkan tampuk pemerintahan. Menonton lintas langsung di kaca TV juga hambar dan kemunculan Pak Lah kira-kira jam 1-2 pagi pada 9 Mac 2008 jelas berbeza dengan kemunculan di PWTC melalui kaca TV semasa mengumumkan kemenangan terbesar BN pada PRU11.

Sugul dan tidak bermaya kata seorang sahabat saya yang merupakan penyokong kuat BN/UMNO. Apabila saya forward kepada beliau SMS yang saya terima daripada seorang sahabat di KL kira-kira jam 9 malam (8 Mac 2008) yang lebih kurang begini isi kandungannya `Penang BA memerintah, Selangor dan Perak may lose 2/3’. Sahabat saya itu membalas begini `Ko buat lawak apa bro! Mana mungkin…’ Saya biarkan SMS itu tanpa dibalas sebabnya saya pun ikut terkedu…hahaha. Kenapa, tak percaya ke..???

Bukan tak percaya tapi terkejut .

Saya dan sahabat-sahabat saya itu bolehlah saya tafsirkan mengalami sindrom yang sama dengan sebilangan besar rakyat Malaysia – sindrom bukan tak percaya tapi terkejut.

Secara peribadi, saya katakan orang itu penipu jika dia sudah menduga ini akan berlaku…atau seperti kata orang `tsunami politik’ akan berlaku sedemikian rupa. Sesiapa pun boleh bercakap `aku dah tahu dah…BN kalah di 4 negeri'. Saya cuma percaya jika ada orang yang berkeyakinan tinggi bahawa Kelantan akan terus berada dalam dakapan PAS. Selain daripada itu, saya tidak percaya.

Maksudnya, saya tidak percaya ada orang 100% yakin bahawa 4 negeri itu akan diperintah oleh BA seperti hari ini. Kalau bercakap selepas keputusan keluar pada lewat 8 Mac 2008, siapa pun boleh cakap bahawa dia 100% yakin BN akan kalah dan BA akan memerintah di 4 negeri itu tidak termasuk Kelantan.

Saya akan menarik balik `kepercayaan’ saya ini jika ada yang boleh membuktikan bahawa beliau ada membuat akuan bersumpah menyatakan bahawa pada 9 Mac 2008 BA akan memerintah di Selangor, Perak, Kedah dan Penang (dengan syarat ia benar-benar oath yang sahih).

Tapi saya juga percaya 100% ramai sahabat dan saudara seagama saya dalam BN khususnya UMNO `sangat percaya’ bahawa BN akan terus memerintah walaupun akan tewas di Kelantan dan majoriti Dewan Rakyat kurang 2/3. Tapi tidak percaya BN akan kalah di 4 negeri tersebut secara sekaligus.

Cerita di atas sudah banyak kita dengari di mana jua anda berada… saya sekadar ingin mengimbau semula suasana 30 hari selepas 8 Mac 2008, di mana pelbagai komentar, analisis, rayuan, hentaman, tekanan, pujian, kutukan, mesyuarat agung khas, surat peribadi, forum, perletakan jawatan, keluar parti masuk parti dan sebagainya diajukan dan dilemparkan baik antara BA dan BN, malah antara ahli di dalam BA mahupun BN. Saya percaya jika keputusan pada lewat 8 Mac 2008 dan awal pagi 9 Mac 2008 itu sudah diketahui orang sebelum hari berkenaan lagi, nescaya `pesta analisis dan komentar’ selepas tsunami itu tidak serancak sepanjang tempoh 30 hari selepas 8 Mac 2008.


Kesan kekalahan BN di beberapa negeri itu dan kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen mencetuskan pelbagai polemik dan paling `panas’ rasanya adalah gesaan supaya Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri meletakkan jawatan!!!

Saya agak jika tsunami itu tidak berlaku – dua perkara biasa ini akan menjadikan kita bosan mendengar dan membaca. Apa dia?

i) SPR akan diserang habis-habisan kerana tidak telus, tidak adil, pengundi hantu, main kotor dan…blah blah blah…

ii) Akan melaungkan kepada rakyat dengan bangganyaaaa…hanya kami mampu mentadbir negara dan rakyat sangat yakin kepada kami…blah blah blah…


Justeru itu, memang benar bahawa keputusan PRU12 itu telah memberikan impak pro dan kontra kepada kedua-dua belah pihak…dan mencorakkan warna baru kepada pelantar politik Negara.

Dan hingga saat ini, saya yakin terutamanya sahabat-sahabat saya itu, tidak lagi terkedu iaitu setelah melalui 30 hari selepas 8 Mac 2008 kerana apa yang berlaku di depan mata bukannya cobaan tapi betul-betul!!!

Saya bersetuju bahawa adalah tidak adil untuk kita menghakimi pelbagai pihak hanya selepas 2/3 minggu memerintah baik kerajaan BN mahupun BA. Demikian juga untuk terus menyalahkan dan menghentam Pak Lah hinggakan `kehilangan’ isteri beliau pun sudah menjadi isu dahhhh…hahaha…lucu juga apabila Pak Lah beriya-iya benar menyelak kain Datin Seri Jeanne untuk menunjukkan kesan rawatan selepas pembedahan kecil ke atas tumit DSJ…

(Ada orang mengatakan DSJ tidak biasa berjalan kaki jauh-jauh almaklum masa kempen kena banyak berjalan kaki membantu kempen suami…alahhh..itupun satu andaian, yang sebenarnya hanya Pak Lah dan DSJ yang tahu…melainkan Dr Mahathir yang merawatnya…hahaha)

Berilah peluang orang `bernafas’…Berilah Pak Lah ruang untuk menjalankan tugasnya…orang akan kata, dah beri peluang lama dahhh…betul tapi orang yang dituduh melakukan kesalahan jenayah pun diberi peluang secukupnya untuk membela diri!

Maka saya turut bersetuju sepertimana pendapat beberapa individu lain – berikanlah mereka (kerajaan BN dan BA) tempoh sekurang-kurangnya 100 hari untuk mereka mengotakan janji-janji pilihanraya mereka atau sekurang-kurangnya menunjukkan dengan jelas dan terperinci segala perancangan serta kaedah pelaksanaan janji-janji mereka itu.

( Datuk Zahid Hamidi memberikan tempoh 44 hari kepada kakitangan di bawahnya untuk melakukan perubahan dan mengambil tindakan proaktif…Katanya di Barat tempoh 100 hari digunakan untuk mengukur sesuatu perancangan dan pelaksanaan. Pantang orang bersalin pun 44 hari sahaja tambah beliau. Jadi beliau cenderung mengikut tempoh `berpantang’ ibu-ibu yang selesai bersalin…suka hatilah Datuk!)

Apapun,bagi saya bukan sahaja kerajaan memerintah secara umum diberi tempoh tersebut malah semua YB-YB haruslah sudah siap sedia dengan 5W1H (What, Who, When, Where, Why and How)…jika tidak mampu berceramah di merata tempat, apa salahnya buat salinan untuk semua perancangan bertulis dan edarkan kepada semua rakyat yang memilih mereka sebagai wakil….alahaiii! takkan lah untuk membuat salinan / photostat pun mahu tunggu peruntukan sebagai ahli Dewan…apa barangggg!!!!


WT - Adalah lebih baik berundur selangkah untuk membolehkan kita mara dua langkah….daripada terhegeh-hegeh untuk maju 10 langkah tapi akhirnya mati langkah…

No comments: