Saturday, April 12, 2008

KETUA PEMUDA UMNO? SIAPA SELEPAS HISHAMUDDIN?

Oleh Abd Aziz Taip
Warisan Tamar


Sejak Ketua Pemuda UMNO, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein mengumumkan pada 3 April 2008 bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya sejak 10 tahun lepas , maka bertambah hangatlah perdebatan dalam politik UMNO. Dari hari pengumuman keputusan PRU12 hinggalah ke hari ini, polemik dan perdebatan politik khususnya di dalam UMNO nampaknya tidak berkesudahan. Orang kata ` lepas satu timbul satu lagi' isu dan kejutan...

Di kalangan pemerhati politik, pengumuman Dato' Seri Hishamuddin bukanlah terlalu mengejutkan kerana ia dijangka dan sekadar mengotakan janji untuk memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO untuk penggal yang terakhir. Antara yang terawal menyatakan minat untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan yang akan diadakan pada penghujung tahun 2008 adalah Datuk Mukhriz Tun Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun/EXCO Pemuda UMNO) dan Dato' Seri Khir Toyo (ADUN/Bekas Menteri Besar Selangor/AMT UMNO).

Selepas itu, beberapa nama turut dikaitkan dengan jawatan `hot' tersebut. Antaranya,

  1. Sdr Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau/ Naib Ketua Pemuda UMNO)
  2. Dato' Shaziman Mansor (Ahli Parlimen Tampin/ Menteri KTAK)
  3. Datuk Tajuddin Abd Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak/Ketua Pemuda UMNO Pasir Salak)
  4. Tan Sri Rahim Thamby Chik (Bekas Ketua Pemuda UMNO/AMT UMNO)

Saya yakin akan ada lagi nama-nama yang akan disebut, di`push' dan dicadangkan serta menawarkan diri. Apapun semua calon Ketua Pemuda UMNO masih tertakluk kepada peraturan kuota pencalonan yakni perlu sekurang-kurangnya menerima 20% pencalonan daripada peringkat bahagian.

Terkini! Semua ahli Pemuda UMNO yang ingin bertanding pada pemilihan Disember 2008 adalah diwajibkan supaya mempunyai laman web atau blog.


WT- UMNO memerlukan pemuda yang perkasa dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara. Kita mungkin sudah diresapi oleh budaya `keparat' dan tak tahu dek untung. Sayang sekali pemuda UMNO kini dilihat lesu diperingkat akar umbi. Lebih banyak program `mengarut' daripada program `membina'. Lihat saja `gaya' Pemuda UMNO sekarang, segak dengan baju putih seluar hitam...hasil jahitan `tailor2' terkemuka... Fuyohhhh...kata orang itu baru namanya PEMUDA UMNO....Alahai sudah2 lah dengan gaya `keparat' tersebut, bergelumanglah dengan anak-anak muda (bukan mat rempit tau...) selami masalah dan perjuangkan penyelesaian total permasalahan.

No comments: