Friday, January 27, 2012

Semakin Panasss: Kisah Lompat Parti & UMNO (Sabah) Sdn Bhd!


31 Januari 2012 dijangka satu pengumuman politik akan dilakukan di Sabah. Ramai yang sudah menduga dan ramai juga yang masih tak faham bahasa...:) jangan marah geng! Apa yang akan diumumkan? Press conference? Whateverlahhh....tapi seperti entri sebelum ini, ia berkait rapat dengan kedudukan UMNO Sabah dan UMNO di Sabah. 

What? Any different between UMNO Sabah and Umno di Sabah? Ada kawan kata ada beza antara kedua-duanya. Apa yang bezanya? Kawan kata, lu fikirlah sendiri...I am sorry! Tapi kawan juga kata, dua-dua ada persamaan iaitu lebih afdal katanya UMNO di Sabah dan UMNO Sabah dijenamakan sebagai UMNO (Sabah) Sdn Bhd...! 

Wow...maknanya kena daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pasti ada Lembaga Pengarah. Pasti ada pemegang saham samada terbesar mahupun terkecil. Apapun demikianlah persepsi politik kata kawan. Segelintir kalaupun tidak majoriti orang politik mungkin mengiyakan `jenama baru' ini. Pasti juga akan ada yang menafikannya. Kawan kata, sendiri mau ingat lah....

Amat malang sekiranya senario dan kisah politik dimana pemimpin UMNO Sabah menyeberang ke parti lawan dipandang enteng dan remeh oleh kepimpinan UMNO. Jawapan teramat klise dan  umpama skrip apabila masing-masing pun berkata bahawa tindakan tersebut tidak memberi kesan kepada BN/UMNO! atau tindakan mereka sudah diduga dari awal lagi atau pemimpin berkenaan sebenarnya sudah tidak mempunyai pengaruh politik atau pemimpin berkenaan tidak memperolehi apa yang diminta dan sebagainya yang biasa kita dengar! Ini pasti mengecewakan....

Sekiranya benar Sabah People's Front Party (SPF) menjadi pilihan, usahlah kepimpinan UMNO memandang rendah keupayaan mereka. Walaupun sejak mutakhir ini, berita nasional lebih banyak bercerita tentang bagaimana bumi Semenanjung akan dilimpahi apa jua kemudahan duniawi sekiranya BN kekal memerintah. Sesekali diselitkan beberapa perkataan dan ayat dalam ucapan seperti menyebut bangsa Kadazan dan bangsa Iban, sebagai tanda tidak melupakan rakyat Malaysia di Malaysia Timur! 
Nampak gayanya, deposit tetap di Sabah dan Sarawak seperti menjadi deposit sampai mati milik BN. Sekurang-kurangnya mungkin itulah persepsi dan tanggapan sebahagian pemimpin BN sendiri. Adakah mustahil untuk kita menanggung kerugian dengan deposit tetap kita? Perancang kewangan akan mengatakan hampir mustahil kerugian akan dialami oleh pelabur! Dalam politik, adakah ia serupa dengan realiti kewangan?

Akan menjadi kesilapan besar jika apa yang diumumkan (dijangka) pada 31 Januari 2012 diambil mudah dan dilayan secara angkuh oleh kepimpinan BN! Kita lihat apa yang berlaku...

Jangan lupa ` politik adalah seni kepada apa jua kemungkinan'


Kaitan entri diatas boleh dibaca dalam tulisan-tulisan dibawah:

No comments: