Selepas `dibebaskan dan dilepaskan' oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dari tuduhan liwat II pada 0901 baru-baru ini, Hj Anwar tidak membuang masa. Beliau bersungguh-sungguh membuktikan bahawa beliau masih laku di pasaran politik Malaysia. Beliau masih bernafsu untuk membuktikan bahawa `janji 16 September' beliau bukan angan-angan kosong (Jangan ingat dia cuma bernafsu pada jantan betina!). Cuma beliau `menangguhkan' janji tersebut sebagaimana beliau menangguhkan kes liwat II sebanyak hampir 60 kali!
Soal video seks versi terbaru kononnya lakonan Hj Anwar semasa `lawatan kerja rasmi' ke bumi Siam Januari 2011, tidak mengganggu aktiviti politik Hj Anwar. Skrip jawapan akan dan sedang disediakan...:(
Kali ini Hj Anwar ingin membuktikan lagi...ini kali lah! Walaupun hakikatnya Ahli Parlimen (Bersara) ini sudah kurang `ummpphh dan power' tapi sekurang-kurangnya `road tour' Hj Anwar ke Sabah baru-baru ini tidaklah balik tangan kosong...Jangan ketawa geng!!!
Memang benar! akan ada wakil rakyat BN yang akan menyeberang dari BN ke parti bertentangan. Tidak semestinya menyertai PKR atau DAP dan jauh sekali PAS! Tetapi mungkin USNO (Baru) atau Sabah People's Front Party (SPF) sekiranya bukan SAPP...Samada tindakan ini akan dilakukan dalam masa terdekat ini atau selepas DS Najib mengumumkan PRU13, masih dalam pertimbangan.
Dijangkakan `tsunami' politik akan berlaku di Sabah jikapun tidak sebesar tsunami politik 2008 yang melanda bumi Semenanjung Malaysia aka Malaysia Barat, tsunami `kecil' ini adalah limpahan tsunami `kecil' pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2011.
Kata orang: Jangan berumah ditepi pantai, kalau takut dilambung ombak! Jangan dianggap tsunami kecil tidak mampu menenggelamkan kapal besar! Jangan sesekali memandang rendah.....Jangan sampai mengigit jari!
# DS Najib semakin sibuk ronda-ronda aka walkabout di seluruh Semenanjung aka Malaysia Barat! Jangan sampai lupa Borneo aka Malaysia Timur sudahlah...bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong semakin menjauhkan diri...
Opppssss....Hampir terlupa, BACA SINI tentang Ahli Parlimen (B) daripada BN yang join Hj Anwar! :)
No comments:
Post a Comment