Datuk Lajim sudah menegaskan bahawa ketiadaannya ketika lawatan TPM, Tan Sri Muhyiddin ke Sabah baru-baru ini hanyalah kebetulan dan bukan sepatutnya menjadi satu isu (seperti dinyatakan didalam akhbar Berita Minggu). Beliau bercuti dan cutinya TPM yang luluskan. Jadi isu atau spekulasi yang akhirnya menjadi persepsi politik bahawa beliau tiada semasa TPM ke Sabah disebabkan beliau sudah `tawar hati' dengan UMNO dan seolah-olah mengiyakan gossip Datuk Lajim akan meninggalkan UMNO adalah tidak benar. Buat permulaan, itulah jawapan klise yang biasa kita dengar!
Bagaimanapun, adakah gossip politik ini akan berhenti begini sahaja? Lazimnya, persepsi ini akan terus berlegar di persekitaran politik yang semakin hangat dengan PRU13. Ada beberapa persepsi juga yang boleh diterjemahkan lantaran gossip yang `melanda' Datuk Lajim. Antaranya akan ada pemimpin UMNO yang lantang mempersoalkan pendirian Datuk Lajim dan ini juga kadangkala boleh dianggap `peluang' politik untuk menonjolkan diri dan menarik perhatian bahawa merekalah pemimpin tegar UMNO dan mahu dianggap pejuang hebat UMNO. Maknanya, Datuk Lajim sudah membuka peluang kepada mereka untuk menonjolkan aksi kononnya `kesetiaan dan kehebatan' keUMNOan mereka jauh lebih hebat dari pemimpin yang lain. Dengan kata lain, aksi itu juga ada maknanya! (Mudah-mudahan dicalonkan atau dikekalkan untuk bertanding di PRU13)
Datuk Jumat Idris, Ketua Bahagian UMNO Sepanggar
Sepertimana tagline blog ini sejak 2008 lagi bahawa politik adalah seni kepada apa jua kemungkinan, maka isu Datuk Lajim keluar UMNO bukanlah sesuatu yang ganjil dalam dunia politik. Yang jelas, bukan sahaja Datuk Lajim akan `memanfaatkan' isu ini tetapi juga pemimpin lain juga akan menggunakan isu ini semaksima mungkin. Kalau dikalangan pemimpin BN, inilah masanya untuk bertindak seumpama pendekar parti yang akan dan mahu dilihat sebagai pemimpin paling tegar dalam kesetiaan dan perjuangan parti sekaligus mahu menidakkan kesetiaan dan pendirian parti Datuk Lajim. Pemimpin pembangkang pula sudah pasti akan mencari sudut-sudut dan ruang kosong untuk masuk daun asalkan dapat tumpang sekaki dalam permainan isu Datuk Lajim.
Apa manfaat kepada Datuk Lajim? Nabil Raja Lawak kata...lu fikirlah sendiri! Kalau mahu diinterpretasikan macam-macam kita boleh katakan. Mungkin ada yang mengatakan isu ini akan menenggelamkan politik Datuk Lajim. Tetapi ambil kira juga bahawa political mileage yang diraih oleh Datuk Lajim. Isu ini sedikit sebanyak akan sampai ke telinga Presiden UMNO! Dan jika benar khabar angin politik mengatakan bahawa DS Musa Aman ingin menggantikan Datuk Lajim dengan calon lain (dikatakan mereka yang mempunyai talian darah dengan DS Musa), maka isu ini adalah mesej jelas dari Datuk Lajim kepada DS Musa!
Akhirnya, isu Datuk Lajim hadir di majlis anjuran pemimpin pembangkang dan disusuli acara-acara berikutnya yang seolah-olah mesej berkias bahawa Datuk Lajim akan membawa persepsi baru dalam politik khususnya di Sabah adalah political game semua politician. Siapa yang akan mendapat manfaat atau musibah daripada permainan politik ini? Siapakah mangsa atau pemangsa dalam permainan ini? Kita lihat kesudahannya....Yang pasti, isu Datuk Lajim ini adalah antara permulaan kepada isu-isu politik yang lain menjelang PRU13 khususnya di Sabah.
Dan isu Datuk Lajim ini tidak akan tamat disini sahaja yakni dengan penafian `longgar' Datuk Lajim bahawa beliau bercuti....Opppsss! Ini mungkin dianggap persepsi politik...:)
No comments:
Post a Comment