# Air merupakan keperluan paling asas kehidupan. Laporan akhbar dibawah adalah sebahagian kecil apa yang dialami penduduk negeri Sabah. Masalah air, banjir, isu tanah, PATI dan beberapa isu domestik yang lain selain daripada isu Perkara 20 dan `Sabah for Sabahan' pasti akan menjadi `isi kandungan' Pilihanraya Umum akan datang. Kita sudah jemu dan mangli dengan jawapan klise kepimpinan kerajaan sedia ada. Soalnya, apakah penyelesaiannya? Sudahkah kerajaan sedia ada bersedia dengan jawapan yang lebih diterima rakyat? Atau terus dengan jawapan klise...?
KUNAK: Penduduk Kampung Simpang Empat yang menghuni kira-kira 160 rumah dekat sini merayu pihak berkuasa air Kunak supaya segera mengatasi masalah bekalan air yang terputus di kampung berkenaan sejak empat hari lalu.
Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Simpan Empat, Ibrahim Tabir, berkata penduduk kampung berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bekalan air dari loji air Sungai Kalumpang dan bekalan air yang terputus sejak Jumaat lalu benar-benar menyukarkan kehidupan harian penduduk.
Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Simpan Empat, Ibrahim Tabir, berkata penduduk kampung berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bekalan air dari loji air Sungai Kalumpang dan bekalan air yang terputus sejak Jumaat lalu benar-benar menyukarkan kehidupan harian penduduk.
"Untuk makluman, sejak tahun lalu, Kampung Simpang Empat hanya dibekalkan air paip pada waktu malam. Itupun untuk tempoh tiga jam sahaja sehari. Pada waktu siang, bekalan air paip tidak ada. Bagaimanapun, penduduk masih mampu bertahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ibrahim berkata, pihaknya menghubungi Jurutera Air Kunak untuk mengetahui punca masalah bekalan air namun gagal dan masalah berkenaan pula tidak dapat dimajukan ke pejabat air Kunak kerana kakitangan sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.
Katanya, keadaan itu memaksa ramai penduduk terutama suri rumah mencari punca air alternatif seperti di sungai berhampiran di kawasan ladang kelapa sawit untuk membasuh pakaian dan pinggan mangkuk kerana tangki simpanan air mereka sudah hampir kering malah ada yang sudah kosong sama sekali.
No comments:
Post a Comment