Friday, December 31, 2010

Azam Tahun Baru 2011?

Warisan Tamar
31 Disember 2010, Jumaat

Pertama sekali, diucapkan selamat memasuki tahun baru 2011. Seperti biasa, kebanyakan orang berkobar-kobar untuk memulakan tahun baru. Semestinya ia sesuatu yang bagus. Itu pun jika keinginan itu benar-benar serius dan bukan sekadar bersandarkan kepada tahun BARU.

Apabila menjelang tahun baru pelbagai azam baru dipikirkan, disasarkan dan bermacam-macam!!! Namun begitu, daripada menekan diri untuk mencapai sesuatu dalam masa satu tahun, lebih baik menentukan deadline (tarikh/masa) untuk pencapaian yang dimahukan.

Hakikatnya, kita tidak perlu terlalu melihat kepada tahun baru untuk mencapai sesuatu. Sebaliknya kita perlu tentukan atau rancang ‘deadline’ untuk kita capai apa yang kita mahu. Tahun baru hanya set hari yang terhimpun dalam 12 bulan untuk kita lakukan sesuatu kerana ia merupakan rujukan keseluruhan manusia.

Salah satu kekurangan jika menjadikan tahun baru sebagai garis permulaan untuk perubahan adalah tahun baru hanya tahun sahaja. Hakikatnya ia adalah tarikh dan bilangan hari yang terus bergerak ke hadapan. Semalam dan yang lepas telah pergi selamanya, yang ada adalah sekarang dan akan datang.

Tidak kisahlah tarikh yang kita mulakan, sama ada 1/1/2011, atau pertengahan Januari tahun 2011, yang penting adalah bilakah target/deadline azam atau matlamat kita tersebut perlu dicapai.

Apabila kita menetapkan deadline, maka kita akan nampak berapa lama tempoh yang ada untuk kita berusaha. Kelebihan lain merancang deadline adalah kita akan lebih mudah merancang pengisian untuk mencapai matlamat tersebut.

Deadline tersasar?

Ia bukan satu masalah besar. Jika deadline matlamat kita tersasar, maka tambah tempoh atau tentukan semula deadline yang baru…itu pun kalau bos benarkan..ha…ha..

Tetapkan / Rancang Tindakan

Tidak guna menetapkan matlamat atau azam yang begitu bagus di atas kertas jika tiada perancangan tindakan (action planning). Tindakan perlu ditentukan dan ia perlulah tindakan yang betul dan ditetapkan pada masa yang sesuai.

Katakan deadline satu matlamat adalah pada 1/6/2011, maka anda perlu melakukan sesuatu dari tarikh permulaan sehingga ke tarikh akhir tersebut (deadline). Untuk memudahkan, pecahkan projek yang besar kepada tindakan-tindakan yang kecil sepanjang tempoh tersebut.

Sebab Untuk Bertindak = Momentum

Di dalam merancang matlamat, kita perlu jelas dua perkara iaitu APA (WHAT) dan juga MENGAPA (WHY). Apakah matlamat tersebut dan mengapa kita perlu capai matlamat tersebut. Apabila kita jelas terhadap matlamat yang ditetapkan dan mengapa ia perlu dicapai, maka momentum untuk bertindak akan wujud.

Jadi, jangan saja-saja meletakkan azam dan matlamat tanpa jelas mengapa dan untuk apa matlamat tersebut. Tanpa jelas mengapa, maka anda tidak ada sebab untuk bertindak dengan bersungguh-sungguh.

Kesimpulan:

1. Tahun baru hanyalah hari-hari biasa sahaja yang sama seperti tahun lepas di mana masa tetap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Masa terbaik untuk bertindak dan berubah adalah SEKARANG (secepat mungkin). Tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah.

2. Daripada fokus kepada satu tahun penuh, lebih baik menumpu kepada deadline bagi setiap matlamat atau perkara yang ingin dicapai. Masa untuk mencapai sesuatu tidak semestinya pada tahun yang baru, malah mungkin deadlinenya adalah pada tahun seterusnya.

3. Pencapaian perlulah dimulakan dengan pencapaian yang kecil-kecil dahulu dan diikuti dengan pencapaian yang semakin besar. Ini adalah psikologi minda. Tetapi hakikatnya setiap pencapaian adalah satu proses. Untuk capai sesuatu yang besar, ia perlu dilakukan sedikit demi sedikit (berperingkat). Sekali lagi, utamakan proses selain daripada sentiasa teruja untuk mencapai matlamat. Jika proses betul, maka matlamat akan tercapai.

4. Projek yang besar boleh dipecah-pecahkan kepada tindakan atau ‘task’ yang kecil. Ini membuatkan kita lebih bermotivasi dan tidak cepat letih/bosan sebab kita perlu lakukan sedikit demi sedikit. Sebaliknya bukan terus menerus menyiapkan keseluruhan projek dalam satu masa.

5. Tukarkan fikiran “saya perlu siapkan projek ini” kepada fikiran “bila saya perlu siapkan projek ini (deadline)?” Fikiran “perlu siapkan projek ini” akan menyebabkan anda melihat projek sebagai satu perkara yang besar yang mungkin boleh melemahkan motivasi anda. Sebaliknya fikiran menetapkan deadline akan membolehkan anda merancang sebaik mungkin (perancangan secara berperingkat).

Namun secara mudah, anda perlu tetapkan PROSES yang perlu anda lakukan. Proses itu adalah berperingkat dari satu langkah kepada satu langkah sehinggalah kepada pencapaian yang besar dan hebat.

Selamat Tahun Baru & Semoga Maju Jaya!


Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya VS Harimau Borneo


Warisan Tamar
30 Disember 2010, Khamis

SELURUH negara masih lagi meraikan kemenangan skuad bolasepak negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010. Indonesia benar-benar terluka! Ada peminat bolasepak bukan Malaysia berkata rakyat Malaysia menyambut kejuaraan ini bagaikan menjulang Piala Dunia! Kerajaan `menghadiahkan' cuti umum kepada rakyatnya. Kata saya, Apabila Malaysia menjulang Piala Dunia kelak...percayalah sambutan dan kemeriahannya pasti amat jauh lebih hebat dari sekarang. Rakyat Malaysia memang sangat hebat dalam meraikan sesuatu kemenangan dan juga amat hebat dalam mengkritik sesuatu kekurangan! Uniknya Malaysia...

Dalam pada kita bergembira sambil bercuti ekstra (walaupun ramai juga yang terpaksa bekerja!) ada pelbagai suara sumbang. Antaranya kewajaran cuti umum diberikan, sikap sesetengah warga Malaysia yang tidak habis-habis meludah tanahair sendiri dan sebagainya. Saya lebih tertarik kepada isu Harimau Malaysia lebih sesuai daripada gelaran Harimau Malaya. Ini disuarakan oleh YB Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia Sukan Negeri Sabah. Baca Disini! Saya secara peribadi menyokong bahawa usahlah digelar Harimau Malaya! Mengapa?

~ Kita kan menguar-uarkan 1Malaysia...Apakah kurang dan cacat celanya nama Malaysia?

~ Menyebut Malaya sebenarnya membawa kepada persepsi dan memori yang kurang menyenangkan kepada penduduk warganegara Malaysia di negeri Sabah & Sarawak. Apabila kita mengatakan kejayaan skuad bolasepak ini adalah kejayaan pasukan Harimau Malaya maka ia mungkin menyentuh sedikit perasaan penduduk di Malaysia Timur.

~Rakan dan saudara-saudara di Malaysia Barat usahlah mengganggap bahawa penduduk Sabah & Sarawak terlalu emosional dan terlalu sangat berkira! Pada saya tidak...Sebenarnya rakyat Sabah & Sarawak mungkin tanpa disedari oleh sebahagian besar penduduk di Malaysia Barat sudah `mengorbankan' sebahagian besar hasil bumi mereka untuk kesejahteraan seluruh negara. Pada ketika Semenanjung Malaysia belum mencapai kemakmuran seperti sekarang khususnya diawal kemerdekaan, kutipan hasil untuk membangunkan negara banyak diperolehi daripada hasil bumi Sabah & Sarawak. Kejayaan Malaysia sekarang pastinya disebabkan oleh faktor-faktor di Sabah & Sarawak.

Justeru, usahlah pula bilamana kita semakin maju dan mengecapi rangkaian lebuhraya hebat serta pelbagai infrastruktur jauh lebih baik daripada apa yang penduduk Sabah & Sarawak nikmati ketika ini maka kita terlalu pantas melabel rakyat Malaysia di Sabah & Sarawak terlalu demanding dan emosional. Dan soal sensitiviti dan pentingnya mengambil kira perasaan orang lain diketepikan!

Adakalanya saya terfikir perlukah kita mewujudkan dua pasukan bolasepak atau apa jua sukan negara iaitu pasukan Malaysia Barat dan pasukan Malaysia Timur? Mungkin partisipasinya lebih meluas dan semua pihak tidak perlu merasa kecil hati dan merasa dipinggirkan! Maka tidak akan timbul lagi sebarang `kesulitan' sekiranya sesiapa jua mahu menggunakan gelaran Harimau Malaya dan Harimau Borneo!

Sesekali sebelum kita melabuh tirai 2010 dan membuka lembaran Masihi yang baru, mencuit sedikit apasalahnya...

Malaysia! Tanah Tumpah Darahku....


Wednesday, December 29, 2010

Tahniah! Malaysia Juara Suzuki AFF Cup 2010



Warisan Tamar
29 Disember 2010, Rabu


MALAYSIA JUARA! Seluruh pelusuk Malaysia malah Indonesia menjadi saksi bahawa Malaysia adalah juara Piala Suzuki AFF 2010. Banyak pelajaran dan pengajaran boleh diambil kesan kemenangan ini...banyak sangat kesan motivasi yang boleh dijadikan atau diambil sebagai teladan baik untuk motivasi hidup, politik, sosial dan ekonomi.

Ternyata Indonesia yang terlalu gah dan bangga serta serba sedikit angkuh dengan kemenangan 5-1 di peringkat kumpulan, terpukul dan tersembam menyembah bumi! Malaysia terlalu ampuh...jika para pemain sudah kelihatan `malas-malasan' di 10-15 minit terakhir masih menguatkan benteng pasti Indonesia terus tercalar. Harimau tidak mahu `memakan atau membunuh' Garuda! Harimau cuma mahu agar Garuda belajar menghormati dan memandang tinggi keupayaan lawan. 

Tahniah! Saya memilih hampir kesemua pemain sebagai pemain terbaik. Dari penjaga gol ~ Fahmy hinggalah ke posisi serangan Norshahrul ~ Safee...mereka melabuhkan tirai 2010 dengan memori indah buat rakyat Malaysia! Terimakasih...

Secara peribadi saya bangga dengan pemain termuda dalam pasukan iaitu Fadhli Shas (jersi 27) yang baru berusia 19 tahun tetapi bermain dengan penuh disiplin dan saya percaya jika beliau kekal berdisiplin dan benar-benar mahu cari makan dalam bolasepak...beliau adalah harapan Malaysia untuk masa mendatang.

Tahniah Malaysia...

Tuesday, December 28, 2010

Nik Aziz Mati & Nik Aziz Hidup!


Warisan Tamar
28 Disember 2010, Selasa


GEMPAR! Memang gempar apabila dimaklumkan bahawa hamba Allah bernama Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia. Menjadi gempar lagi bilamana hamba Allah yang lain iaitu Nik Aziz Nik Mat juga berkata beliau belum mati! Jadi siapa yang mati? Memang benar sebenar-benarnya Nik Aziz Nik Mat sudah meninggal dunia...sepertimana dilaporkan oleh akhbar. 

Kisah sebenarnya adalah seorang hamba Allah bernama Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Cerita kemalangan ini ada disini. Ia sama sekali tidak berkaitan dengan Nik Aziz Nik Mat yang sedang sakit dan belum mati. Nik Aziz Nik Mat seorang hamba Allah yang menjadi Menteri Besar Kepala sudah perasan bahawa para blogger menulis berita kematiannya. Nik Aziz Nik Mat ini menuntut orang terlibat supaya meminta ampun dan maaf. [Ramai yang sudah diampunkan oleh beliau! termasuk Elizabeth Wong yang tertangkap gambarnya yang mengerikan itu] Kata Nik Aziz Nik Mat yang masih hidup ini, orang sudah memfitnahnya mati! Soalan: Kenapa takut mati ke?

Demikianlah kisah Nik Aziz Nik Mat antara hidup dan mati. Apabila rasa riak dan takbur, kita selalu ingat dunia ini kita seorang yang punya hatta nama kita pun kita ingat kita seorang di dunia ini! Maafkanlah pemikiran nyanyuk seperti ini...kesian pada orang tua! Orang tua begini lagi ditegur lagi buang tebiat...So, biarkanlah!

Teringat dengan keceluparan Azmin Ali bila berkata tentang Tun Mahathir yang dimasukkan di hospital semasa lawatan Tun Mahathir ke Australia...Katanya Tun Mahathir tersungkur di bumi Australia! Rasanya kalau Azmin berani mengata tentang Nik Aziz Nik Mat, sudah tentu Azmin Ali kena sumpahan Nik Aziz Nik Mat!

# Tahniah kepada TS Isa Samad atas lantikan sebagai Pengerusi FELDA yang baru!

Monday, December 27, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 Final 1st Leg Malaysia vs Indonesia



26/12/2010 (Ahad)
Indon tersungkur di bumi Malaysia...
Kenangan Terindah!

Bravo! Malaysia Tanah Airku...

Sunday, December 26, 2010

Final (Kedua) Tidak Diadakan Di Jakarta? Padan Muka...



Warisan Tamar
27 Disember 2010, Isnin

PETANDA Piala Suzuki AFF 2010 menjadi hak milik mutlak Malaysia bilamana AFF memberikan amaran bahawa venue Final kedua tidak akan diadakan di Stadium Bung Karno, Jakarta. Ini kerana perangai buruk penyokong Indon itu sendiri...Tabiat suka berdemo asalkan mendapat upah dan tidak perlu tahu cerita sebenar membawa kepada perangai sebenar penyokong Indon. Walaupun saya yakin tidak semua rakyat Indon bertabiat buruk sedemikian tetapi perangai hodoh segelintir mereka inilah yang kerap menggugat hubungan harmoni antara Malaysia dan Indonesia. Ditambah dengan adu domba pengkhianat no.1 negara iaitu Anwar Ibrahim yang suka memburukkan tanahair sendiri. Tabiat buruk penyokong Indon ini saling tak tumpah dengan perangai hodoh Anwar Ibrahim...

# Rasanya Indonesia bolehlah offer jawatan Pengurus Pasukan Bolasepak Indonesia kepada Anwar Ibrahim...dia mempunyai kepakaran dalam soal adu domba dan sangat suka kepada kekacauan dan demonstrasi!

Indon Tersungkur di Bukit Jalil! Tahniah Malaysia...Tanah Tumpah Darahku!


Warisan Tamar
27 Disember 2010, Isnin


MALAYSIA BOLEH! Puluhan ribu penyokong Malaysia berpesta dan bergembira dengan kemenangan pada Final (Pertama) AFF Suzuki Cup 2010 malam tadi. Rabu nanti hanya 90 minit memisahkan kejayaan mutlak milik Malaysia. Malaysia tidak memerlukan pemain import kelahiran mana-mana negara untuk mencipta kejayaan.  Kita berbangga dengan anak jati Malaysia. Sekiranya tewas pun perlawanan malam tadi, rasanya kita masih mampu bersyukur bahawa bolasepak Malaysia masih mempunyai masa depan. Kita sudah puas mengkritik dan sebaiknya kita meraihkan kemenangan ini. Kemenangan ini milik semua warga Malaysia. 

Mungkin agak klise, bilamana semua menghamburkan pujian tatkala Malaysia menang khususnya dalam mana-mana perlawanan sukan paling popular iaitu bolasepak! Tapi apasalahnya...diharap FAM dan mereka yang mentadbir dan mengurus pasukan bolasepak negara akan terus meningkatkan kualiti dan mengembalikan kehebatan bolasepak kita. Acapkali kita kembali merudum dan suara mengkritik terpaksa dihamburkan hanya kerana pengurusan skuad bolasepak kita sebenarnya terlebih ghairah...Sedangkan kebajikan dan kemajuan mutu bolasepak negara tidak menjadi prioriti. Akan ramai mahu menonjolkan diri...seakan-akan tidak mahu ketinggalan menjadi tokoh apabila kejayaan dikecapi. 


Dulu YB Khairy J juga ghairah sehingga berjaya menjawat jawatan no.2 dalam FAM..meskipun ramai mengatakan ia kerana beliau menantu kepada Perdana Menteri ketika itu. Ghairah beliau ditunjukkan dengan idea MyTeam beliau...kini MyTeam entah kemana...dan YB Khairy juga sudah mengundurkan diri dengan alasan yang juga klise...Mudah-mudahan tiada lagi aktor seumpama beliau dalam mana-mana sukan di Malaysia. Kadangkala ramai terfikir apakah tujuan dan misi disebalik keinginan menjadi `tokoh' dalam organisasi pengurusan bolasepak negara? Tidak mengapa...kita lupakan kisah YB Khairy J...jangan lagi ada `tokoh' seumpamanya selepas ini. Pada pemilihan UMNO 2013, saya tidak terkejut jika YB Khairy J juga memberi jawapan klise untuk berundur dan tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Itu rasanya lebih baik...malah ada yang mengharap beliau berundur lebih awal...tapi mana mungkin akan berlaku!

Kejayaan malam tadi dengan 3 gol tanpa balas...bukanlah bergantung kepada faktor nasib tetapi selayaknya mereka memenangi perlawanan itu berkat dedikasi dan disiplin mereka. Pasukan lain termasuk Indonesia, usahlah terlalu memandang rendah keupayaan rakyat dan negara Malaysia dalam melahirkan dan mewujudkan pasukan yang ampuh dan kuat. Jika suka memandang rendah keupayaan lawan, itulah akibatnya...

Tahniah...dan kita akan menumpukan perhatian kepada perlawana kedua di Jakarta, Indonesia. Malaysia pasti berjaya...percayalah!

Saturday, December 25, 2010

Malaysia: Tanah Tumpah Darahku...Gegarkan Stadium Bukit Jalil!



Warisan Tamar
25 Disember 2010, Sabtu

SALAM Perjuangan kepada pasukan muda Malaysia. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk melihat bagaimana Indonesia tersembam di bumi Malaysia, tanah tumpah darahku...Bagaimanapun, kita bimbang wujud tekanan kepada pemain Malaysia...atau bahasa sukannya kadangkala dikatakan `off-form' dan akhirnya puluhan ribu penyokong Malaysia kecewa. Mudah-mudahan kita disajikan dengan pesta kemenangan! Indonesia tidaklah mustahil untuk menyembah bumi Malaysia...

Ayuh Malaysia...Ini kali lah kau Indon!

Tuesday, December 21, 2010

Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti


Warisan Tamar
21 Disember 2010, Selasa


Bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, hari ini mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada parti itu yang didakwanya tidak mengamalkan demokrasi.

Awang Ahmad Sah, 51, berkata beliau sudah bosan dengan masalah dalaman parti itu yang tidak sepatutnya berlaku jika kepimpinan PKR mendengar keluhan rakyat.

"PKR bukannya satu platform yang baik untuk memperjuangkan hak penduduk Sabah," katanya.

Turut mengumumkan keputusan untuk keluar PKR ialah bekas ketua cabang Beaufort Lajim Yusof, 66.


Saturday, December 18, 2010

Tahniah! Malaysia Finalis Piala Suzuki AFF 2010


Warisan Tamar
18 Disember 2010, Sabtu


MALAYSIA melayakkan diri ke final Piala Suzuki AFF 2010.  Vietnam tersungkur dan tersembam di Hanoi. Ternyata bermain cantik dan menguasai permainan bukanlah jaminan kemenangan. Eloklah kita puji dan beri pujian kepada skuad muda Malaysia ini. Sudah acap kali kita melemparkan segala kekesalan dan kekecewaan kepada pasukan yang ditubuhkan untuk bermain bola bagi mewakili tanahair kita. Kita sudah acap kali juga mengimbau dan konon-kononnya merindui saat-saat indah ditahun 70an khususnya bilamana Malaysia merupakan antara gergasi Asia dalam sukan bolasepak. Dulu Korea Selatan lebih-kurang sahaja tahap dan taraf mutu bolasepak mereka dengan Malaysia. Tapi kini, mereka ada Park Ji Sung di Man Utd dan menjadi hero Asia di Man Utd! Malaysia? Kita masih dibuai mimpi...

Saya berbangga dengan cara bermain dan semangat anak-anak muda dalam pasukan Malaysia ini. Cuma saya bimbang kerana seringkali apabila kita mula mencipta angan-angan dan mula `meriakkan diri' dengan satu dua kemenangan ~ sudahnya kita kembali menghantukkan kepala kita ke dinding konkrit kerana skuad Malaysia kembali kepada penyakit lama...apalagi kalau tewas kepada pasukan kerdil misalnya Timor Leste. Selepas dikritik selumat-lumatnya, apabila skuad Malaysia bermain menentang mana-mana pasukan...waima diberikan tiket percuma sekalipun...rakyat Malaysia seakan-akan meludah dan memperlekeh keupayaan anak muda dalam skuad muda Malaysia. Demikianlah malangnya menjadi pemain dan bermain bolasepak di Malaysia! 

Itu belum lagi kita bicara tentang Liga Malaysia...gaji, KWSP dan sebagainya yang tidak berbayar! Bermain bolasepak di Malaysia bukan platform cari makan yang boleh menjamin anak bini pemain selamat daripada kebuluran. Jadi pemain Malaysia...setakat glamer dan dapat cuit-cuit aktress, itu memang biasa berlaku! 

Apa sekalipun, tiket final pertama di Bukit Jalil nanti pasti laku selaku-lakunya. Kata orang acara `besar' penutup 2010. Maka ramailah rakyat Malaysia berduyun-duyun memenuhi Stadium Bukit Jalil meskipun ada diantaranya sebelum ini seakan-akan mahu meludah dan merasa loya dengan negara Malaysia itu sendiri. Mereka yang menuduh Malaysia bukan bumi yang bertuah dan memberi tuah kepada mereka juga akan datang ke Stadium. Tidak mengapalah! Bukan ada orang yang tahu :(

Selamat Berjuang ~ Malaysia!

Thursday, December 16, 2010

APCO: Kisah Benar dan Sebenarnya!


Warisan Tamar
16 November 2010, Khamis


APCO `terkenal' di Malaysia khususnya apabila kelompok pemimpin dan wakil rakyat Pembangkang di Parlimen melemparkan segala macam tuduhan bahawa APCO adalah entiti Israel dan telah meresapi ke dalam kelambu Polis Diraja Malaysia dan lebih teruk Kerajaan Persekutuan dituduh bahawa telah menggunakan entiti Israel iaitu APCO dalam mempromosikan slogan 1Malaysia yang kononnya bersamaan dengan slogan 1Israel. 

Anwar dengan diiringi 3 Ahli Parlimen yang totok menyokong dan mendukung punggung Anwar telah dilayangkan kad merah oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Kononnya mempertahankan Anwar `pemimpin anugerah tuhan' yang bercakap benar tentang bahayanya APCO yang telah menyusup masuk ke Malaysia. APCO adalah agenda Israel!!! Anwar kelihatan terlalu hebat dan mulia dalam soal mempertahankan maruah negara. Walaupun naluri dan nafsu meliwat beliau tidak pernah padam, beliau kononnya amat prihatin dengan gerakan Israel yang memasuki pentadbiran negara. Anwar Peliwat nampak seperti `pemimpin anugerah tuhan' yang sangat hebat di muka bumi Malaysia!

Bagi yang masih mempercayai kelentong Anwar Ibrahim, elok rasanya membaca maklumat berkaitan APCO yang dijelaskan oleh YB Zulkifli Nordin di dalam Pembohongan APCO. Jika masih mempercayai Anwar, rasanya elok juga kalian mempercayai betapa Anwar punya skil dan gaya hebat dalam aktiviti liwat beliau! 

Liwat Tetap Liwat!

Wednesday, December 8, 2010

Ingin Dipilih Menjadi Calon BN Pada PRU13?

[Maaf! Gambar dan cerita tidak berkaitan secara langsung melainkan pembaca sendiri ingin menafsirkan persamaan yang ada antara gambar dan cerita! Nota: Gambar adalah memaparkan seorang yang dikhabarkan `gila' dengan angka dan bulan ~ 16 September]


Maka bersuaralah Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) YB Khairy J kepada para pemudanya~ bahawa jika ingin dipilih, terpilih atau memilih untuk dicalonkan sebagai calon kepada parti BN, mereka yang perasan, perasaan dan mula memasang angan-angan hendaklah `mengampu atau membodek' YB Khairy J ~ Kata YB Khairy J lagi jika sekadar mengampu Khairy Jamaludin, belum cukup untuk seseorang yang perasan, perasaan dan berangan untuk terpilih, dipilih dan memilih untuk menjadi calon BN pada PRU13 kelak.

Udang Disebalik Mee Maggi : Bodek dan ampu lah YB Khairy J ~ Tapi harus juga ada usaha-usaha lain, jangan terlalu berharap dengan YB Khairy J...

Selamat Membodek Para Pemuda BN Yang Perasan, Perasaan dan Berangan Mahu Jadi Calon!


PULAU PINANG 7 Dis. - Calon Pergerakan Pemuda UMNO untuk pilihan raya umum akan datang perlu terdiri dalam kalangan mereka yang diterima rakyat serta mempunyai kemahiran, bukan individu yang hanya tahu mengampu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin memberitahu, calon berpotensi yang sedang dikenal pasti juga tidak semestinya memegang jawatan tinggi atau perlu mengikut hierarki tetapi yang mampu 'mencuit' hati rakyat. 

"Pemuda kini sedang mengenal pasti calon yang kita boleh ketengahkan dan orang itu bukan hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja. Kita sedang cari mereka betul-betul bekerja dan mempunyai keperibadian yang boleh diterima rakyat.

"Antara sifatnya merendah diri, senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan ada intelek selain tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana itu antara cara untuk raih sokongan orang muda," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432HÙ‡

Semoga kita terus dirahmati dan diberkati Allah s.w.t. 
Warisan Tamar sukacita mengucapkan 
Selamat Tahun Baru 1432H....

Saturday, November 27, 2010

Soalan SPM Bocor?

Warisan Tamar
27 November 2010

[#AMARAN: Meniru adalah satu perbuatan yang ditegah! Sila baca arahan sebelum menjawab.]

SOALAN bocor??? Kementerian Pelajaran harus menyiasat perkara ini jika benar-benar berlaku! Sekali lagi maaf para sahabat dan rakan pembaca...Masalahnya soalan objektif ini telah `ditayangkan' kepada umum...saya rasa Anwar Ibrahim harus bertaubat...jangan asyik tahubuat saja! Apalah sedap sangat meliwat???

Soalan: Tahukah anda kenapa hanya 22% ahli turun mengundi?
Jawapan:
A: Korupsi Kuasa
B: Banyak Penipuan
C: Pemilihan Paling Kotor
D: Kesemua Diatas

Saya rasa calon-calon peperiksaan tidak akan mempunyai masalah untuk menjawab soalan diatas walaupun tidak dibocorkan kepada umum. Pandai-pandailah bawa diri...hahaha...jawapan dalam poket sendiri!

Selamat Menjawab!

#AMARAN: Meniru adalah satu perbuatan yang ditegah! Sila baca arahan sebelum menjawab.

Sunday, November 21, 2010

BN: Logo Baru, Warna Baru ~ Muka Baru?

Warisan Tamar
21 November 2010


LOGO Dacing yang menjadi lambang dan panji-panji pasukan Barisan Nasional semakin menghampiri penamat riwayat hidup sejak `dilahirkan' pada 1 Jun 1974. Logo dan warna biru yang sinonim dengan Barisan Nasional akan `dimuziumkan'. Apakah logo dan warna pilihan 2010? Segar dan mekarkah logo dan warna baru Barisan Nasional itu kelak? 

Kata orang logo dan warna, hanyalah `penyeri' dan pelengkap wadah perjuangan sesebuah parti siasah. Pada saya, yang lebih penting untuk Barisan Nasional adalah transformasi dalam pengurusan dan pentadbirannya. Ia sedang dan berterusan dilaksanakan dibawah DS Najib. Samada ia diterima rakyat atau sebaliknya, sudah tentu PRU13 kelak adalah jawapannya!


Semoga dengan logo dan warna baru Barisan Nasional kelak, makin ramai juga muka baru ditonjolkan dan ditampilkan sebagai pemimpin Barisan Nasional. Ada baiknya mereka yang boleh dikategorikan sebagai `political animal' mahupun ` dinosaur politik'...diberi `peluang dan keizinan' untuk mengundur diri dan jika susah sangat ~ tendanglah dengan kekerasan! Jika itulah pilihan yang ada. Lebih baik mereka ditendang keluar atau Barisan Nasional yang akan disepak keluar!!!

# Akan datang kita bicara soal ~ kronisme dan nepotisme dalam politik Malaysia! Tungguuu...

Saturday, November 20, 2010

AIDC Terus Berbisa!


Warisan Tamar
20 November 2010


JIKA orang politik mahupun musuh Anwar Ibrahim dalam politik akan beranggapan bahawa memusuhi Anwar Ibrahim hanya kerana Anwar Ibrahim itu sendiri adalah beban dan liabiliti kepada ahli politik itu sendiri yakni Anwar Ibrahim sudah `menceroboh' suasana ketenangan politik seseorang, tetapi tidak bagi AIDC. Maksud saya, AIDC `menentang dan menelanjangi' Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim penipu dan berbohong banyak perkara kepada rakyat Malaysia dan sudah tentu kepada agama, bangsa dan negara.

Meskipun baru-baru ini, kelihatan AIDC bagaikan menghampiri `jalan mati', ternyata AIDC belum ketandusan semangat perjuangan. Sesiapa yang `mengenali' AIDC sudah pasti `menghormati' bagaimana perjuangan AIDC. Andai apabila tiba masanya politik Anwar Ibrahim dikapankan bersama-sama PKR, pihak yang mendapat laba khususnya UMNO dan BN harus `menghargai' sumbangan AIDC. Bagaimana AIDC perlu dihargai? Terpulanglah kepada mereka.....Lazimnya, tiada siapa pun akan mengingati apatah lagi mahu menghargai.


Friday, November 19, 2010

Selamat Pengantin Baru! Dr Badrol Amin!!!





Warisan Tamar
19 November 2010, Jumaat

TAHNIAH! memang benar-benar tahniah kepada manusia yang menggelar dan digelar Ustaz Badrul Amin. Beliau kelahiran pantai Timur Sabah. Pemimpin tegar reformasi Anwar Ibrahim yang sedang berhadapan kes liwat II. Kini merupakan pemimpin kanan PKR ~ sebuah parti yang semakin karam! 

Badrol Amin dikenali dengan zikir munajat beliau yang kata orang boleh membawa seseorang yang mendengar atau menyertainya `cair' atau mencurahkan airmata. Beliau pernah bertanding pada PRU di Sabah namun tewas kesemua percubaan beliau. Kemudian bertanding lagi di bumi Semenanjung. Tewas lagi....bak kata orang hidung kemek, pipi tersorong-sorong! Kerana `kesetiaan' beliau kepada perjuangan `suci & murni' Anwar Ibrahim, beliau `makan gaji' dengan kerajaan Negeri Selangor!

Tahniah! Dr Badrol Amin ~ memang benar telahan orang ramai ~ suara beliau bisa mencairkan hati orang apalagi yang bernama wanita.  Selamat Pengantin Baru ~ Badrol Amin & Harlina Zainuddin (Kuota No.2)!

# Al Ustaz Badrol Amin pun ada nafsu ~ dia juga manusia biasa, tidak maksum. Eloklah dia berkahwin lagi...jika mampu zahir batin, apa salahnya kuota dipenuhi sepenuhnya! Cayalah Ustaz...ayat memang power lah orang tua ni!

Thursday, November 4, 2010

Positif di Galas dan Batu Sapi! Tahniah

Warisan Tamar
05 November 2010

UMUM sudah mengetahui, Barisan Nasional (BN) merampas semula DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan Parlimen Batu Sapi dengan bergaya. Meningkatkan jumlah majoriti sekaligus menafikan keghairahan dan nafsu songsang Pakatan Rakyat termasuk SAPP merupakan satu bonus kepada BN. 

Kepada UMNO dan BN, usahlah leka dengan kemenangan yang dikecapi. Jika momentum dikekalkan, rakyat didahulukan maka tidak syak lagi PRU13 akan mengesahkan kegemilangan BN. Ia juga menjadi amat penting agar rakyat marhaen `mengenali' kesumbangan dan kesombongan pihak pembangkang Pakatan Rakyat. 

Usah juga lupa peranan kecil jikapun tidak mahu mengakui peranan dan sumbangan besar para blogger pro BN/UMNO dalam menyemarakkan arus transformasi dan mendedahkan pekung di dalam dada Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Kit Sial!

Saya petik ucapan Datuk Seri Najib pada Perhimpunan UMNO 2010 baru-baru ini ~

`Alhamdullilah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis UMNO telah telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita' (Datuk Seri Najib, 2010)

Politic is the art of possible...

Wednesday, November 3, 2010

Galas Batu Sapi - Selamat Mengundi!





Warisan Tamar
03 November 2010

KEPUTUSAN ditangan para pengundi!
Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Monday, November 1, 2010

Dr Asri Cari Nahas!

 
Warisan Tamar
 2 November 2010, Selasa

SAYA katakan Dr Asri cari nahas sebab `saranan' beliau agar Anwar Ibrahim `berambus' dari arus politik sekarang bakal menggamit dan mengajak reaksi negatif dan jika bernasib `baik' memperolehi pelbagai cemuhan dan nista serta tuduhan dari mereka yang memperjuangkan Anwar Ibrahim. Seperti kata Karpal Sink ~ Anwar Ibrahim harus bertaubat!

Entah berapa ramai lagi pihak samada yang pernah berjuang bermati-matian mahupun cendikiawan serta ilmuan yang berpandangan bahawa Anwar Ibrahim harus bertaubat dan disisihkan dari politik mahupun `kehidupan' rakyat di Malaysia amnya. Tapi masih ada yang `menyanjung' malah `mempertahankan' apa yang dikatakan `konspirasi liwat' terhadap Anwar Ibrahim. Sebenarnya bukan setakat aktiviti liwat yang menhancurkan Anwar tetapi Anwar sudah `melewati' (boleh baca: meliwati) kepentingan agama, bangsa dan negara dengan kerakusan politik beliau hanya untuk melepaskan tengkuk beliau! (Nota: tengkuk beliau pernah sakit akibat jatuh dari kuda ~ ada banyak spesis kuda! Saiful pun pernah menjadi kuda)


....`Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.' (Oleh Dr Maza)

Baca selanjutnya di ~

Saturday, October 30, 2010

Tahniah: Kelantan Juara `Baru' Piala Malaysia 2010



Warisan Tamar
30 Oktober 2010, Sabtu


TAHNIAH kepada skuad Kelantan dan Syabas kepada pasukan Negeri Sembilan. Kemenangan 2-1 sudah cukup untuk mengubat kecewa Kelantan pada final 2009 juga kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 1-3. Cuma, mentaliti dan disiplin penyokong Kelantan rasanya masih `ketinggalan' dari banyak aspek. Sampai bila kita harus `berbangga' dengan `kekasaran dan ketidaksopanan' sebagai penyokong sebegini? Mungkin juga selama mana Kelantan menanti kejayaan sulung dalam merangkul Piala Malaysia, selama itu juga lah menugkin harus kita menanti tahap `profesionalisme' penpnton dan penyokong bolasepak tanahair. 

Hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk menterjemahkan `permainan cantik, penyokong terbaik' memang tidak tercapai. Apapun, tahniah sekali lagi kepada skuad Kelantan!!!

GOMO JANG GOMO....

PRK P185 Batu Sapi, Sandakan: SAPP Spoiler, Yong Taik Lee Also Penyamun!


# Yong Teck Lee, cuma seorang `political animal’ yang opportunist terhadap apa saja peluang yang ada. Ada byk persamaan `sifat politik haiwan’ YTL dengan Anwar. Antaranya opportunis, ketua yang dictator, rekod perkhidmatan lampau yang buruk dan lain-lain. Menggunakan ungkapan `Sabah for Sabahan', Borneosation, dan perkara 20 memang `tips' paling mudah untuk sesebuah parti politik untuk meningkatkan atau mengajak `semangat perubahan’ dikalangan rakyat Sabah dan perkara/isu berkenaan memang `boleh jual' di Sabah. Saya percaya kalau kena gaya dan kekecewaan melampau terhadap kerajaan sedia ada, isu-isu ini merupakan `bom atom’ yang mampu `menghancurkan’ kerajaan. 
Tetapi, Yong Teck Lee mahupun Anwar Ibrahim atau Parti Karam & Rosak (PKR) bukanlah individu atau organisasi sahsiah yang boleh dipercayai apatah lagi dijadikan sandaran untuk `menyelamatkan’ Sabah dan rakyat Sabah! Pilihan yang ada masih Barisan Nasional!!!
                                                                                                                              
MELIHAT ketrampilan Yong Teck Lee (YTL) yang sedang menawarkan diri sebagai calon Parlimen Batu Sapi,pengundi di kawasan ini seharusnya melihat lebih jauh tentang peranan, sikap, sifat serta betapa oportunisnya bekas Ketua Menteri Sabah ini seandainya mereka mahu memilih YTL sebagai wakil rakyat mereka. Rekod masa lampau YTL perlu dinilai sebaiknya oleh pengundi-pengundi dalam kawasan Parlimen ini.
YTL yang kononnya sedang berjuang atas konsep `Sabah for Sabahan’ dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihanraya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya. Berputar belit segala fakta beliau dendangkan bagi meraih undi dan ada kalanya segala fakta ataupun cabaran yang beliau lemparkan seperti meludah ke langit kerana ada tindakan dan perbuatannya semasa menjadi Ketua Menteri dulu dilakukan oleh beliau dan ada yang tidak mampu dilakukan olehnya. Telunjuk lurus tapi kelingkingnya berkait.
Rakyat Sabah mungkin tidak pernah dan akan melupakan peranan yang beliau mainkan dalam kes rasuah dari tahun 1996 hingga 1998. Rakyat Sabah juga mungkin tidak lupa apa yang berlaku semasa YTL menjadi Ketua Menteri Sabah satu ketika dulu.
Pada 1996, YTL (ketika itu Ketua Menteri Sabah)  mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri, Sapi Plantation milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
Ini didedahkan oleh Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, yang ketika itu merupakan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Beliau berjumpa YTL di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation bernilai RM16.8 juta.
Pendedahan dibuat Wasli ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu 12 Februari 2004 untuk menghadapi 5 pertuduhan rasuah melibatkan RM1 juta dan pemberian saham 3.36 juta unit saham milik LKTNS.
Perjumpaan Wasli dan YTL kerap diadakan selepas itu, bukan sahaja di pejabat tetapi di luar pejabat. YTL turut menghubungi Wasli bagi memaklumkan kaedah pemberian wang. Wasli diminta bertemu dengan ejen YTL yang hanya dikenali melalui nombor plat pendaftaran kereta ejen terbabit.
Briskmark ditubuhkan untuk dijadikan wadah bagi dana politik YTL.
Menjelang PRU 1999, YTL menerima sejumlah wang lagi daripada Wasli. Wasli turut diarahkan memberi hadiah berupa wang tunai RM500,000 kepada lapan ahli lembaga pengarah Bismark, selain Yong, beliau membayar wang tunai RM500,000 kepada setiap daripada lapan anggota lembaga Briskmark sebagai derma kepada mereka. Mereka ialah Datuk Salleh Otik, Datuk Ismail Jook, Abdul Kader Pateh, Laimun Laikim, Michael Emban, Talib Aning, John Liaw dan Catherine Yong.
Ketika menjadi ketua Menteri Sabah, beliau ada kaitan dengan sebuah syarikat iaitu Warisan Harta Sabah (WHS) rugi RM114 juta, berikutan keputusan YTL (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS  dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham ‘blue chips’ dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.
Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM114  juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan dividen daripada MISC. YTL juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.
Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.
Selama tempoh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun. 
Semasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak  hak-hak rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon,Tebobon,Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.
Hak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh YTL ialah;-
I)             1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan.
II)            Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta.
III)          Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta.
IV)          Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.
V)           Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings.
VI)          Duit rakyat di Perbendaharaan Negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan)
VII)         Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.

YTL juga dipercayai mempunyai perwatakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai malah disifatkan antara pemimpin yang mendokong sifat opurtinis dengan mengambil kesempatan atas hubungan baiknya dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan hingga membolehkan beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989. Pada 19 Julai 1990, YTL dilantik oleh Ketua Menteri (Pairin), sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994.
Rentetan krisis dalaman PBS pada waktu itu mendorong YTL keluar PBS  bertindak pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum, sama seperti PBS.  YTL menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik Bahkan, YTL sendiri mengepalai kumpulan mengkhianati Pairin.
YTL dipercayai mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan banyak menerima dana melalui kapasiti Anwar sebagai Menteri Kewangan. Pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Kemudian YTL umum SAPP keluar BN pada 17 September 2008.
Sebaliknya, pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum PRU 2008 apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah membuat kenyataan “'Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)” bagi mengulas tindakan YTL itu. Maksudnya, YTL merupakan satu-satunya Presiden parti komponen BN Sabah yang tidak tercalon dalam PRU 2008. YTL menuntut janji jawatan Senator, tetapi tidak dipenuhi Musa dan Tun Abdullah Badawi. DUN Sabah yang bersidang tidak mencadangkan nama YTL sebagai Senator tetapi Musa mencadangkan nama lain.
YTL dipercayai termakan janji habuan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim berikutan “angan-angan 16 September”, iaitu pertukaran kerajaan berdasarkan kontroversi puluhan MP akan lompat parti. YTL juga mengakui pernah menemui Anwar sebanyak dua kali dalam tempoh itu, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur. Tindakan SAPP keluar BN hanyalah strategi untuk meredakan kegagalan ’16 September’.
Bagaimanapun,  di pihak YTL, tindakan itu seperti ‘melangsaikan hutang’ dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri - Menteri Kewangan dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee tidak lagi berhutang dengan Anwar.
Pada 20 September 2008, Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan, Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan Alex Lim Su Chung, dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin, bersama 2000 ahli SAPP yang lain bertindak keluar parti itu kerana tidak bersetuju dengan keputusan YTL. Menurut Raymond, perkara itu tidak mendapat persetujuan SAPP, tetapi hanya diputuskan secara de facto oleh YTL dan penyokongnya di kalangan ahli Majlis Tertinggi SAPP.

Thursday, October 28, 2010

PRK P185 Batu Sapi, Sandakan: The Beauty of 20 Points Agreement for Sabah

Warisan Tamar
29 Oktober 2010, Jumaat

PERJANJIAN 20 Perkara merupakan perjanjian yang membawa banyak pengaruh dalam peranan Sabah dalam Malaysia. Saya percaya 20 Perkara ini penting untuk diperhalusi dan tidak diabaikan. Namun saya juga percaya bahawa membincangkannya secara terbuka dan melulu tanpa mengambilkira semangat dan kejayaan yang dicapai dalam Perjanjian tersebut juga adalah tidak wajar. Mempolitikkannya juga akan lebih merumitkan dan tidak dapat tidak mampu memecahbelahkan perpaduan. Pada saya, tindakan secara politik haruslah diambil sebagai satu langkah terakhir untuk mendesak dan memastikan pematuhan Perjanjian tersebut. Saya tidak fikir SAPP melalui Yong Teck Lee jujur dalam memperjuangkan perkara ini. Beliau juga merupakan seorang `political animal' di Sabah dan walaupun ada yang mengagumi beliau kerana berani menimbulkan isu sensitif seperti Sabah for Sabahan, Perkara 20 dan sebagainya. 


THE 20 POINTS

Point 1: Religion

While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo

Point 2: Language

  • a. Malay should be the national language of the Federation
  • b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day
  • c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.

Point 3: Constitution

Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

Point 4: Head of Federation

The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation

Point 5: Name of Federation

“Malaysia” but not “Melayu Raya”

Point 6: Immigration

Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Point 7: Right of Secession

There should be no right to secede from the Federation.

Point 8: Borneanisation

Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible.

Point 9: British Officers

Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo.

Point 10: Citizenship

The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:
  • a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence
  • b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”
  • c) sub-paragraph (iii) should not contain any restriction tied to the citizenship of parents – a person born in North Borneo after Malaysia must be federal citizen.

Point 11: Tariffs and Finance

North Borneo should retain control of its own finance, development and tarif, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit.

Point 12: Special position of indigenous races

In principle the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malaya formula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo.

Point 13: State Government

  • a) the Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council
  • b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo.

Point 14: Transitional period

This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government.

Point 15: Education

The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control.

Point 16: Constitutional safeguards

The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state. 

(Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three-fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two-thirds majority would be sufficient.)

Point 17: Representation in Federal Parliament

This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore.

Point 18: Name of Head of State

Yang di-Pertua Negara.

Point 19: Name of State

Sabah.

Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.

The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo.