Friday, December 31, 2010

Azam Tahun Baru 2011?

Warisan Tamar
31 Disember 2010, Jumaat

Pertama sekali, diucapkan selamat memasuki tahun baru 2011. Seperti biasa, kebanyakan orang berkobar-kobar untuk memulakan tahun baru. Semestinya ia sesuatu yang bagus. Itu pun jika keinginan itu benar-benar serius dan bukan sekadar bersandarkan kepada tahun BARU.

Apabila menjelang tahun baru pelbagai azam baru dipikirkan, disasarkan dan bermacam-macam!!! Namun begitu, daripada menekan diri untuk mencapai sesuatu dalam masa satu tahun, lebih baik menentukan deadline (tarikh/masa) untuk pencapaian yang dimahukan.

Hakikatnya, kita tidak perlu terlalu melihat kepada tahun baru untuk mencapai sesuatu. Sebaliknya kita perlu tentukan atau rancang ‘deadline’ untuk kita capai apa yang kita mahu. Tahun baru hanya set hari yang terhimpun dalam 12 bulan untuk kita lakukan sesuatu kerana ia merupakan rujukan keseluruhan manusia.

Salah satu kekurangan jika menjadikan tahun baru sebagai garis permulaan untuk perubahan adalah tahun baru hanya tahun sahaja. Hakikatnya ia adalah tarikh dan bilangan hari yang terus bergerak ke hadapan. Semalam dan yang lepas telah pergi selamanya, yang ada adalah sekarang dan akan datang.

Tidak kisahlah tarikh yang kita mulakan, sama ada 1/1/2011, atau pertengahan Januari tahun 2011, yang penting adalah bilakah target/deadline azam atau matlamat kita tersebut perlu dicapai.

Apabila kita menetapkan deadline, maka kita akan nampak berapa lama tempoh yang ada untuk kita berusaha. Kelebihan lain merancang deadline adalah kita akan lebih mudah merancang pengisian untuk mencapai matlamat tersebut.

Deadline tersasar?

Ia bukan satu masalah besar. Jika deadline matlamat kita tersasar, maka tambah tempoh atau tentukan semula deadline yang baru…itu pun kalau bos benarkan..ha…ha..

Tetapkan / Rancang Tindakan

Tidak guna menetapkan matlamat atau azam yang begitu bagus di atas kertas jika tiada perancangan tindakan (action planning). Tindakan perlu ditentukan dan ia perlulah tindakan yang betul dan ditetapkan pada masa yang sesuai.

Katakan deadline satu matlamat adalah pada 1/6/2011, maka anda perlu melakukan sesuatu dari tarikh permulaan sehingga ke tarikh akhir tersebut (deadline). Untuk memudahkan, pecahkan projek yang besar kepada tindakan-tindakan yang kecil sepanjang tempoh tersebut.

Sebab Untuk Bertindak = Momentum

Di dalam merancang matlamat, kita perlu jelas dua perkara iaitu APA (WHAT) dan juga MENGAPA (WHY). Apakah matlamat tersebut dan mengapa kita perlu capai matlamat tersebut. Apabila kita jelas terhadap matlamat yang ditetapkan dan mengapa ia perlu dicapai, maka momentum untuk bertindak akan wujud.

Jadi, jangan saja-saja meletakkan azam dan matlamat tanpa jelas mengapa dan untuk apa matlamat tersebut. Tanpa jelas mengapa, maka anda tidak ada sebab untuk bertindak dengan bersungguh-sungguh.

Kesimpulan:

1. Tahun baru hanyalah hari-hari biasa sahaja yang sama seperti tahun lepas di mana masa tetap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Masa terbaik untuk bertindak dan berubah adalah SEKARANG (secepat mungkin). Tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah.

2. Daripada fokus kepada satu tahun penuh, lebih baik menumpu kepada deadline bagi setiap matlamat atau perkara yang ingin dicapai. Masa untuk mencapai sesuatu tidak semestinya pada tahun yang baru, malah mungkin deadlinenya adalah pada tahun seterusnya.

3. Pencapaian perlulah dimulakan dengan pencapaian yang kecil-kecil dahulu dan diikuti dengan pencapaian yang semakin besar. Ini adalah psikologi minda. Tetapi hakikatnya setiap pencapaian adalah satu proses. Untuk capai sesuatu yang besar, ia perlu dilakukan sedikit demi sedikit (berperingkat). Sekali lagi, utamakan proses selain daripada sentiasa teruja untuk mencapai matlamat. Jika proses betul, maka matlamat akan tercapai.

4. Projek yang besar boleh dipecah-pecahkan kepada tindakan atau ‘task’ yang kecil. Ini membuatkan kita lebih bermotivasi dan tidak cepat letih/bosan sebab kita perlu lakukan sedikit demi sedikit. Sebaliknya bukan terus menerus menyiapkan keseluruhan projek dalam satu masa.

5. Tukarkan fikiran “saya perlu siapkan projek ini” kepada fikiran “bila saya perlu siapkan projek ini (deadline)?” Fikiran “perlu siapkan projek ini” akan menyebabkan anda melihat projek sebagai satu perkara yang besar yang mungkin boleh melemahkan motivasi anda. Sebaliknya fikiran menetapkan deadline akan membolehkan anda merancang sebaik mungkin (perancangan secara berperingkat).

Namun secara mudah, anda perlu tetapkan PROSES yang perlu anda lakukan. Proses itu adalah berperingkat dari satu langkah kepada satu langkah sehinggalah kepada pencapaian yang besar dan hebat.

Selamat Tahun Baru & Semoga Maju Jaya!


2 comments:

Tenang Lautan Biru said...

Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

http://tenangprk.blogspot.com/

Terima kasih.

warisantamar @ KualaLumpur said...

TLB,
beres...selagi ada upaya!