Monday, April 20, 2009

SPESIS PEMIMPIN - ANDA PILIH


Warisan Tamar
21 April 2009, Selasa (AM)


ADA banyak criteria dan spesies pemimpin khususnya di Malaysia. Perdana Menteri DS Najib, dalam konsep Satu Malaysia banyak menekankan wajah-wajah pemimpin yang diperlukan oleh BN/UMNO dalam meniti arus transformasi politik kini dan masa depan. Antaranya beliau mahu pemimpin BN yang mesra rakyat, rendah diri, tidak sombong dan sebagainya. Dalam urusan pentadbiran pula beliau menegaskan bahawa tidak perlu `keraian’ melampau seperti bunga manggar, karpet merah, acara yang pelbagai dalam satu-satu majlis dan sebagainya.

Saya tahu ada pemimpin tidak kira dalam BN mahupun puak pembangkang yang mana `tugas hakiki’ mereka ialah merasmikan majlis sahaja (KPI utama). Pemimpin jenis ini tidak mempunyai agenda khusus yakni yang bersifat local / tempatan / domestic. Pada saya, rakyatlah akan menjadi penentu nasib mereka jika mereka dipilih semula menjadi calon. Saya pasti DS Najib sedar dan tahu serta akan mengambil tindakan sewajarnya kepada pemimpin a.k.a wakil rakyat seperti ini.

Dalam puak Pakatan Rakyat (tidak berdaftar di Malaysia) pun lagi ramai spesis seperti ini. Semoga wakil rakyat yang selalu sibuk bermain golf, rakyat dilanda musibah mereka sibuk bersantai diri dan bongkak tidak lagi akan menjadi wakil rakyat di dalam BN/UMNO. Nak jadi wakil rakyat PR, itu lu punya pasal sebab selagi AnuWar suka dengan `servis’ mereka maka surat `undated resignation’ tidak akan dikuatkuasakan.

Di pejabat saya, ada ditampalkan jenis-jenis kakitangan dan saya rasa sesuai diteliti dan direnungi semua khususnya oleh para wakil rakyat. Anda pilihlah yang mana satu kategori wakil rakyat yang anda suka dan mahu…

1) ADA, SANGAT DISEGANI
- TAK ADA, DITANGISI

2) ADA, DISEGANI
- TAK ADA, TAK APA

3) ADA, JADI MASALAH
- TAK ADA, BAGUS

4) ADA, JADI MASALAH
- TAK ADAPUN, JADI MASALAH

3 comments:

Safiya said...

saya suka baca blog anda, pemimpin ditempat ku tidak bersatu padahal 1 pucuk pimpinan.

Adisaputra said...

WT...satu lagi artikel yang bagus untuk percambahan minda antara kita rakyat Malaysia...Peminpin jenis yang pertama tu merupakan antara golongan yang semakin kurang dalam dunia ini tetapi spesis yang ke 4 tu semakin bertambah dalam dunia ini...tetapi saya yakin DS Najib telah pun membuat pemilihan yang baik bagi barisan kabinet beliau kecualilah ada beberapa orang yang mungkin bagi sesetengah orang seperti tidak perlu ada dalam barisan...Sebab sana sini orang masih bercerita tetntang kabinet sekarang dan pembaruan yang akan di bawa kelak...

warisantamar @ KualaLumpur said...

Safiya & Adisaputra,

Insyallah...kita terus berkongsi sesuatu yg mungkin memberi manfaat sesama kita insan biasa.

Teruskan bersama...Thanks!