Tuesday, February 17, 2009

HUJAH: CALON KETUA PEMUDA UMNO BERHUJAH




17 Feb 2009, Selasa

TEPAT jam 9.30 malam program yang dihoskan oleh Dr Agus bersiaran secara langsung dari Dewan Bahasa & Pustaka, KL. Panelist program HUJAH @ TV9 merupakan calon-calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bakal berentap pada bulan Mac nanti. Saya yakin majoriti ahli Pemuda UMNO seluruh Malaysia menontonnya. Demikian juga dengan Pemuda dari kelompok lawan - PR. Cuma mungkin Angkatan Muda PKR saja sibuk berkawal di kediaman ADUN Terlampau mereka...

Secara umumnya, banyak perkara positif daripada negatif apabila ada pertandingan jawatan tertinggi parti kategori Pemuda. Juga positif apabila melihat mereka menjawab segala soalan yang ditimbulkan oleh hos @ moderator. Soalannya juga mempunyai degree yang agak tinggi dan menguji keupayaan serta kebijaksanaan panelist. Bak kata Dr Agus `memilih pemimpin atas dua perkara utama - ELOK DAN PANDAI'.

Saya sempat mencatat beberapa isu yang diutarakan dan beberapa jawapan yang diberikan oleh calon-calon Ketua Pemuda. Azam saya sesiapa pun menang kalau `engkar dan alpa' dengan `janji' yang dikatakan malam ini, akan saya uar-uarkan dan riuh-riuhkan terutamanya di dalam blog saya. Secara umum juga, masing-masing ada gaya dan skil tersendiri. Cuma dari 3 calon tadi, secara peribadinya saya melihat DS Khir dihadapan kemudian Datuk Mukhriz dan Sdr Khairy.

Ada beberapa jawapan Sdr Khairy yang saya rasa makan tuan - antaranya apabila menyentuh tentang longgarnya prinsip bersama dikalangan cabang Pemuda antara parti komponen sehinggakan `diasak soal' oleh Dr Agus. Selebihnya, DS Khir `bijak' menjawab soalan Dr Agus dan saya percaya pengalaman sebagai MB di awal usia 35 tahun di negeri Selangor dan berhadapan dengan 1001 macam hal dan soalan-soalan media, maka beliau pandai menggunakan setiap sudut ruang untuk diisi dengan jawapan beliu secara bernas. Sementara Datuk Mukhriz pula sedikit tenggelam di awal bicara. Namun saya sangat suka stail bersahaja beliau menjawab soalan dan yang saya faham, beliau mempunyai prinsip yang kuat di dalam diri. Seumpama bapanya Tun Mahathir, berani bersuara walaupun apa yang terjadi. Saya meminati stail menjawab dan saya percaya beliau berkeupayaan tinggi untuk mengangkat Pemuda UMNO ke landasan sebenar. Sdr Khairy bukanlah lemah sangat, beliau `pandai' bercakap...emmm kadang takut juga stail begini sukar melaksanakan. Beliau berkeupayaan baik dalam berpidato.

Jika saya perwakilan, sebelum saya memangkah kertas undi saya sudah shortlisted 2 nama iaitu DS Khir dan Datuk Mukhriz. Bukan bermakna Sdr Khairy tidak bagus tapi belum cukup terbagus. Maaf!!! Apabila tangan sudah memegang pen/pensil....saya undi.....&*&*&*&??? (tunggu Mac nanti!).

SALAM TRANSFORMASI...



3 comments:

USD said...

Salam,
peremajaan Umno & menarik org muda bsama umno, bgmana? Hanya org muda yg faham org muda, pemuda 'tua' x mungkin faham...

Junaidi Blog said...

Pada kita orang muda pertandingan kali ini lebih meyuluh kepada kemampun berhujah . Samalah kelihatanya seperti AF .... Jika penyampaian hambar dan tak bertenaga sehebat mana sekali pun hujah dan isu yang dilontarkan pasti akan mempengaruh kefahaman ...meminjam petikan dilog Felim P.Ramli ... Kanda berbahasa bahasa tua ... ninda berbahasa bahasa muda , darah muda ... darah bergelora .... Satu hal yang perlu direnungi , formula terbesar pembangkang hari ini menarik minat ramai sekaligus taksub untuk mendengar ialah kepatihan pimpinanyabercakap .sehinggapun ...meka mampu menukar telur ayam menjadi telur itik .... Sedarlah juga kita bahawa salah satau penyumbang besar kelemahan BN/UMNO adalah terdiri dari meka yang tak @ patih berhujah .. hingga orang mual untuk mendengarnya ... DS.ANUAR IBRAHIM Tak sehabat mana pun berbanding Pak lah ... Berpuluh ribu orang mahu mendengr hujahnya ...Jadi beringatlah memilih pemimpin yang bukan hanya mempunyai kebolehan berfakta , berfikir ,dan membuat keputusan tepat akan tetapi asonasi ,riam , dan irama ucapan juga perlu untuk mencapai gimik penerimaan ..... bukan nak mencelah tentunya KJ perlu diundi tetapi Dr K dan MM PERLU DISOKONG ....

Junaidi Blog said...

Forum Perdana EhwalIslam ....
TV 1 penceramah tak menarik , penontn akan beralih keTV 3 ..Tak begitu