Warisan Tamar
20 Febuari 2009, Jumaat
20 Febuari 2009, Jumaat
SATU perhimpunan secara aman diadakan di Dewan Tun Abd Razak, PWTC pada 19 Febuari 2008 Khamis bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Raja-raja sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan & Rukunegara. Saya melihat kehadiran yang begitu ramai sejak petang lagi di sekitar kawasan PWTC. Perhimpunan sebegini adalah jauh lebih baik dan beretika berbanding mengadakan demonstrasi jalanan yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam (lazimnya jalanraya menjadi sibuk dan `jammed’) malah memberi imej yang buruk.
Saya tertarik melihat `perpaduan’ walaupun dalam mood pertandingan bilamana ketiga-tiga calon Ketua Pemuda turut turun padang. Umum boleh saja berkata `biasalah mahu menayangkan diri’. Saya tidak kisah malah biarkanlah…lebih baik melihat dari aspek positif! Biarkan mereka berlumba-lumba mendapatkan sokongan dan berusaha menunjukkan `kemampuan’ mereka. Akhirnya perwakilan Pemuda UMNO akan menentukannya. Saya juga berharap `perpaduan’ dikalangan mereka bertiga akan berterusan hatta selepas pemilihan selesai kerana tentu amat manis jika mereka juga saling berganding bahu untuk memastikan kemenangan calon BN di perbukitan Gantang dan Selambau…(`Lenjan’ belum diisytiharkan lagi!).
Walaupun di dalam hati masing-masing mahu menang jawatan Ketua Pemuda, sekurang-kurangnya apa yang kita dan saya lihat ketiga-tiga calon tersebut boleh bergelak ketawa bersama dan bertanding dalam suasana harmoni. Malangnya kamera telefon bimbit saya pula kehabisan bateri untuk merakam `detik’ harmoni itu (gambar diatas ihsan/ disalin dari Agendadaily). Sebagai sebahagian Pemuda UMNO, saya boleh berasa senang hati bila calon Ketua Pemuda saya bersikap gentleman dan profesional serta boleh berganding bahu dalam situasi politik terkini yang penuh dengan `babak-babak menarik’. Semoga senario ini akan memberi impak positif kepada Pemuda UMNO dan BN amnya.
DAULAT TUANKU…SELAMAT BERJAYA CALON KETUA PEMUDA!
No comments:
Post a Comment