Tuesday, February 17, 2009

PILIHANRAYA KECIL: SATU PROSES DEMOKRASI YANG `MEMBAZIR’


Warisan Tamar
18 Febuari 2009, Rabu


AGAK skeptikal (skeptical) bila saya mahu menulis bahawa mengadakan pilihanraya kecil (PRK) terlalu kerap merupakan satu proses amalan demokrasi yang perlu dipenuhi tetapi juga adalah satu proses yang membazir dari banyak aspek. Pembaca boleh saja mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pernyataan ini atau bersetuju. Ini juga satu proses `pendemokrasian’ seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak yang suka sangat melabel diri mereka sebagai pejuang rakyat.

Sesebuah kawasan DUN mahupun Parlimen hendaklah diisi dengan memilih melalui pengundian seorang wakil kepada rakyat atau pengundi di dalam kawasan berkenaan. Banyak factor mendorong pemilihan/pengundian semula perlu diadakan selepas ditentukan dan disahkan kekosongannya. Pengisytiharan mahkamah, kematian ahli dewan sedia ada dan perletakan jawatan atas pelbagai sebab.

Saya menyentuh tentang `pembaziran’ apabila PRK terpaksa dilaksanakan bukan setakat membazirnya dari segi kewangan tetapi juga aspek lain seperti tenaga dan masa. Pembaziran ini lebih menyakitkan hati bilamana sesuatu PRK itu terpaksa diadakan hanya kerana disebabkan perletakan jawatan. Perletakan jawatan pula disebabkan oleh masalah peribadi samada masalah rendah moral mahupun terdapat unsur kelucahan. Ini bermakna individu itu dipilih oleh parti berkaitan adalah individu yang memang ada masalah atau menyimpan masalah. Bila masalah yang disimpan tersembur keluar mula memberi seribu dalih. Moralnya memang betul lah langkah meletakkan jawatan sebab rakyat tidak akan bersetuju dan menerima wakil mereka yang berakhlak dan bermoral low class. Tetapi langkah sebegini telah menyebabkan kerajaan menggunakan bajet yang bukan sedikit dari segi kewangan, tenaga kerja dan masa diperuntukkan. Bayangkan bajet tersebut kerajaan gunakan untuk membeli beras dan sedekahkan kepada semua rakyat yang memerlukan. Ramai rakyat yang kenyang! Jangan beri sedekah seks… (KEMASKINI: Kenyataan YB Datuk Choe Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri berkaitan perbelanjaan PDRM semasa PRK Kuala Terengganu di Parlimen)

Saya menerima hakikat PRK di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang perlu diadakan kerana disebabkan kematian wakil mereka. Ini kita tidak dapat elakkan dan kita terima reality tersebut. Tetapi bagi kes Bukit Selambau, Permatang Pauh dan Bukit Lanjan (dijangka akan berlaku) PRK yang terpaksa diadakan memang membazir. Ketiga-tiga kawasan ini terpaksa diadakan PRK kerana nafsu manusia. Satu kerana nafsu kuasa dan dua lagi berkaitan nafsu seksualiti. Ketiga-tiganya juga wakilnya dari parti yang sama iaitu Parti Kuat Retorik. Ini juga bermakna ada 5 PRK telah dan akan diadakan selepas Mac 2008 (PRU12) seperti ditunjukkan oleh YB Cik Elizabeth Wong di dalam gambar diatas.

Saya berharap rakyat dan pengundi terutamanya di kawasan terbabit iaitu di tiga bukit di tiga negeri yang berderetan dari Kedah, Perak dan Selangor agar membuka mata dan minda. Mungkin setahun yang lalu ramai yang mengikut emosi dan amarah. Saya percaya di pihak Barisan Nasional, signal dan indicator yang diberikan pada PRU12 yang lalu telah menyedarkan dan mengejutkan kealpaan segelintir kepimpinan BN itu sendiri.

3 comments:

Junaidi Blog said...

Salam singgah ...Saya setuju dengan pendemokrasian yang membazir berhubung PRK ditiga buah negari... namun saya juga tak setuju bila pembaziranya dikaitkan dengan kelebihan pemberian subsidi untuk rakyat ... kedengaran anjal untuk diterjemahkan ...tentunya ada persoalan yang harus diukur....melalui proses penilaian pendemokrasian yang lebih jauh....dalam erti kata mendapatkan semula apa yang telah hilang ... dimana harapan yang lebih besar dapat dijangkakan ... dianatar nasib dan kebetulan jelas BN telah diberikan peluang tak syak lagi ini adalah anugerah dari tuhan ...

Menjadi suatu pernyataan bila direnungkan ... rakyat ketika ini terutama pengundi tak gelabah sangat....yang gelabah dan resah pimpinan ... tambah pula disogok dengan pelbagi pandangan dan tafsiran yang cukup mengujakan ....apa yang jelas usaha dan kerja keras menggembalikan apa yang pernah dimilik BN merupakan agenda besar yang harus digerakkan agar kepercayaan rakyat hari ini mampu menentukan kepercayaan rakyat akan datang ....

Junaidi Blog said...

BAIKI DAHULU HULU SUNGAI MAKA AKAN BAIKLAH KUALA SUNGAI.....

Junaidi Blog said...

Salam terima kasih ...kerana sudi menrima blog kita sedanya ... Tidak ada yang lebih membahagiakan selain rasa dihargai ...