Thursday, September 25, 2008

UMNO YANG SEMAKIN HANGAT

Warisan Tamar
26 September 2008, Jumaat

HARI ini Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat khas. Keputusan telah dicapai. Umum sudah tahu bahawa mesyuarat peringkat Bahagian akan diteruskan seperti dijadualkan iaitu dari 9 Oktober 2008 hingga 9 November 2008. Bagaimanapun mesyuarat dan pemilihan peringkat Tertinggi UMNO ditunda dari Disember 2008 kepada Mac 2009.

Presiden UMNO pula turut `mengubah' beberapa perkara penting dalam diari politik beliau. Beliau menanti sehingga menjelang 09 Oktober 2008 (tarikh mula mesyuarat peringkat Bahagian UMNO) untuk menyatakan pendirian beliau samada untuk kekal bertanding jawatan Presiden atau sebaliknya.

Matematiknya cukup mudah. Jika Datuk Seri Abdullah Badawi mengambil keputusan tidak bertanding maka jawapan sahihnya ialah UMNO bakal mempunyai Presiden yang baru sekaligus Perdana Menteri yang baru...opps! maaf bukan Anwar Ibrahim...dia cuma PM olok-olok kerajaan langit! Maka yang jelas Datuk Seri Najib akan diangkat menaiki takhta Presiden. Tapi jangan lupa Tengku Razaleigh tidak pernah berkata untuk mengundur diri....Adakah akan ada lagi kejutan-kejutan dalam UMNO?

Yang pasti peralihan kuasa antara Pak Lah dan Datuk Seri Najib telah `ditamatkan' kerana Pak Lah sendiri mengakui bahawa penangguhan AGM UMNO pada bulan Mac 2009 adalah kerana untuk mempercepatkan transisi kuasa. Maka, tidak perlulah tunggu sehingga 9 Oktober!

Persoalannya, adakah dengan `hilangnya' Abdullah Ahmad Badawi dalam diari politik UMNO dan negara maka banyak masalah akan dapat diselesaikan? Pada saya, ramai pemimpin UMNO malah ahlinya di akar umbi merasakan Pak Lah sudah menjadi satu liabiliti dan agak `lemah-lembut' dalam solusi banyak hal parti dan pentadbiran kerajaan. Mungkin dengan tiadanya `liabiliti' maka lebih lancarlah segala urusan...hmmm! kita tengoklah nanti.

WT- Peralihan kuasa wajar disegerakan untuk menyejukkan suhu kehangatan UMNO ketika ini kerana tugas `memulih dan memperkasa' UMNO bukan satu tugas mudah dan boleh diselesaikan `over-night'. Yang penting semua ahli UMNO harus bersatu padu dan dengan kukuhnya perpaduan barulah agenda pengukuhan parti dapat dilaksanakan dengan baik sekaligus meraih kemenangan bergaya pada PRU13 kelak.

2 comments:

USD said...

Bolehkah lagi Umno diperkasa ? 2 mlm bturut di Surau kita kami sudh bdiskus smpi jm 12 tghmlm, mcari formula pd masa depan...nampak gayanya tempat kita bukan di sini la...tunggulah PRU13.

warisantamar @ KualaLumpur said...

Sdr,
Perbincangan adalah sesuatu tindakan yg amat baik. Ia sepatutnya memberikan pelbagai input untuk mencapai sesuatu solusi. Saya beranggapan perbincangan dengan persepsi dan input yg berbeza amat besar gunanya kerana lazimnya ia akan menghasilkan keputusan yg lebih matang dan kukuh. Berbanding jika perbincangan bersifat sehala. Justeru, teruskan perbincangan yg akan membawa kpd solusi yg paling ideal utk diterjemahkan.
People says that always consider your second thought before make your final decision!
In politics everything is possible. Politik adalah seni. Kadangkala ia terlalu abstrak untuk kita mengertikan. Lain orang lain interpretasinya…sama juga lain orang lain strateginya! Tapi saya cenderung mengambil kira, seseorang ahli politik teramat gagal apabila ia gagal belajar dan gagal mengambil langkah berkesan setelah gagal kali pertama. Pendek kata, politik itu berseni dan ia ada 1001 macam jalan…

Selamat berdiskusi bro! Sampaikan Salam Aidilfitri saya utk semua saudara mara….

Adioss…